hai assalammualaikum 

Aneka Resipi U.S Potatoes Yang Sihat Sempena World Nutrition Day 2023 - Pada 28 Mei adalah Hari Pemakanan Sedunia (World Nutrition Day ) dimana ia adalah untuk menyebarkan kesedaran tentang kepentingan pemakanan yang betul kepada orang ramai. Hari Pemakanan Sedunia adalah amat penting untuk rakyat Malaysia terus meningkatkan tahap kesihatan dan imuniti badan mereka. Salah satu cara paling berkesan untuk mencapainya adalah melalui pengambilan pemakanan yang baik dan pilihan makanan yang sihat.

Tema Hari Pemakanan Sedunia pada tahun ini adalah "Fuel For The Future" yang menggalakkan kita belajar tentang membuat pilihan makanan yang betul dan membangunkan tabiat pemakanan dan aktiviti fizikal yang sihat. Selaras dengan itu, nad nak kongsi dengan korang antara salah satu makanan sihat yang kita boleh ambil ialah dengan US Potatoes yang mempunyai banyak khasiat dan manfaat bagi mereka yang menjalani kehidupan aktif dan cergas.



Aneka Resipi U.S Potatoes Yang Sihat Sempena World Nutrition Day


Kesihatan dan pemakanan telah menjadi tumpuan bagi kebanyakan kita semua. Pemakanan yang betul bermakna mendapat kesemua lima nutrien penting - karbohidrat, protein, vitamin, mineral dan lemak dalam perkadaran yang seimbang. 


Korang tau tak, US Potatoes ni kentang yang kaya dengan nutrien dan mengandungi lebih banyak tenaga. Dengan kentang ini sahaja korang boleh membuat aneka variasi resipi yang mudah dan sihat. U.S. Potatoes juga merupakan sayuran padat nutrien menjadikannya pilihan makanan yang sihat untuk mengekalkan kesihatan keluarga. Nad sendiri menggunakan US Potatoes sebagi dalam menu harian nad.

Tidak kira US Potatoes segar atau sejuk beku, ia adalah ramuan serbaguna yang boleh memberi inspirasi kepada kita untuk menyediakan pelbagai hidangan daripada pembuka selera, sup, hidangan utama hingga pencuci mulut. Selain itu, U.S. Potatoes adalah padat nutrien yang menyediakan tenaga, vitamin dan mineral utama.

US Potatoes merupakan ramuan makanan berkhasiat untuk dimasukkan ke dalam setiap hidangan dan boleh menjadi hidangan yang sihat untuk World Nutrition Day atau bila-bila masa sahaja sepanjang tahun.

Sebenarnya, banyak manfaat US Potatoes ni untuk kita menjalani kehidupan aktif dan cergas. Kentang boleh memberi tenaga kepada badan dan menyokong prestasi sukan. Karbohidrat ialah pembekal tenaga penting bagi otot semasa bersenam dan juga proses pemulihan selepas sesi bersenam, justeru membantu mencapai prestasi fizikal dan mental yang optimum.



Manfaat US Potatoes


Sebiji U.S. Potatoes sederhana mempunyai kira-kira 110 kalori yang mudah dihadam. Lagi bagus, US Potatoes tidak mempunyai kolesterol, sifar natrium dan sifar lemak.

Sebiji U.S. Potato mengandungi kira-kira 26 gram karbohidrat (9% nilai harian) untuk menjana otot dan otak seseorang. Penting kita ambil karbohidrat untuk membekalkan tenaga kita seharian dalam melakukan kerja.

Selain itu, U.S. Potatoes kaya dengan Vitamin C (30% nilai harian) yang menjadikan makanan lebih sihat dan memainkan peranan penting dalam menyokong sistem imun badan.

U.S. Potatoes juga kaya dengan Vitamin B6 tau. Satu kentang menyediakan 10% daripada nilai harian yang disyorkan. Vitamin B6 penting untuk fungsi sel yang betul dan membantu metabolisme.

US Pottaoes mempunyai 3 gram protein berasaskan tumbuhan. Protein adalah blok binaan untuk pertumbuhan dan komponen utama otot, ligamen, dan tisu penghubung.

Bukan itu sahaja, US Potatoes tinggi kalium - Satu kulit saiz sederhana pada kentang mengandungi 620 miligram kalium atau 15% DV lebih banyak daripada pisang bersaiz sederhana. Kaliumberfungsi  membantu mengawal keseimbangan cecair dan mineral di dalam dan di luar sel, mengekalkan tekanan darah normal, penting untuk menghantar impuls atau isyarat saraf, dan dalam membantu otot mengecut.

Banyak kan khasiat US Potatoes ni. Ia mampu membekalkan tenaga dan nutrien untuk mengekalkan aktiviti harian korang. Kalau nak makan kentang ingat US Potatoes..hehe. Banyak cara resipi boleh buat dengan US Potatoes ni, rebus boleh, masak boleh. Ni nad kongsikan resipi sihat dengan US Potatoes.

Resipi US Potatoes Yang Mudah Dan Sihat


Sempena sambutan World Nutrition Day, US Potatoes telah menjemput Chef Jason Manson untuk berkongsi empat resepi menggunakan US Potatoes yang mudah, sedap dan sihat iaitu 

1) Layered U.S. Potato Parmesan Stacks glazed with Asian style BBQ Sauce

Layered U.S. Potato Parmesan Stacks glazed with Asian style BBQ Sauce



2) Oven baked US Hash brown Potato Bruschetta topped with sour cream, avocado, and salmon cucumber salsa 

Oven baked US Hash brown Potato Bruschetta topped with sour cream, avocado, and salmon cucumber salsa



3) U.S. “Accordion” Crispy Potato Glazed with Dark Miso Glazed and Served with Curry Aioli  

U.S. “Accordion” Crispy Potato Glazed with Dark Miso Glazed and Served with Curry Aioli



4) Ultra Crispy Baked US Chili lime Potato Wedges topped with Spicy Garlic Ponzu Aioli and fresh lime 
Ultra Crispy Baked US Chili lime Potato Wedges topped with Spicy Garlic Ponzu Aioli and fresh lime


US potatoes mempunyai pelbagai nutrisi, dan boleh dijadikan pelbagai hidangan. Sajian-sajian ini mudah disediakan dan pastinya sedap serta berkhasiat sesuai dihidangkan dalam majlis keluarga dan juga sebagai sajian segera. US potatoes menjadi pilihan tepat untuk kesihatan dan kekuatan fizikal kita. Jadi, kalau korang nak korang nak cuba resipi berkhasiat berasaskan ubi kentang, korang boleh rujuk resipi yang nad kongsikan ini. Selamat mencuba!

Untuk ketahuilebih lanjut berkenaan US Potatoes boleh layari 
SHARE 2 comments

Add your comment

  1. waahh! Saya sangat suka makan potato. Nanti bolehlah cuba buat resipi-resipi ni

    ReplyDelete
  2. benda wajib ada kat rumah heheheh semua suka macam2 boleh buat ni

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2