hai assalammualaikum
Ubi Kayu Rebus Di Chow Kit Kuala Lumpur - Bukan senang nak cari ubi kayu rebus berdekatan rumah ni. Tanya suami, dia pun bukan tau sangat. Nama je orang KL, tapi banyak perkara dia pun tak tau sangat. almaklumla, dia pun pergi tempat yang dia biasa pergi je, tak hairan dengan tempat viral ke apa. Nad jela sorang yang teringin pergi bila nampak makanan viral ni, tapi tak semua kesampaian dapat pergi..huhuhu.
Biasala, tekak, kadang teringin nak makan sesuatu. Nampak pulak video dekat tiktok ubi kayu rebus. Hah, macam tahu-tahu sahaja nad tengah teringin nak makan ubi kayu rebus. Mujurla nampak video dekat tiktok, ubi kayu rebus di Chow Kit Kuala Lumpur. Terus kongsi video tu dengan suami. Suami cakap ni dekat dengan Pasar Chow Kit, kalau nak pergi pagi-pagi, sebab dekat situ susah parking.
Ubi Kayu Rebus Di Chow Kit Kuala Lumpur
Cadangnya nak pergi hari Sabtu, waktu subuh, tapi kelaut dah, sampai ke pagi, sebabnya semalam ada event malam. Lepastu, pergi Ahad, pun sama ingat nak pergi lepas solat subuh, dalam pukul 7 pagi macam tu. Tapi anak-anak susah bangun pulak, jadi pergi pukul 8.30 pagi. Maka bergerakla ke Chow Kit Kuala Lumpur.
Korang tau kan, hari Ahad ni ada laluan free kereta depan Sogo tu, maksudnya takda kereta lalu dekat situ, hanya boleh naik basikal dan berjalan kaki sahaja. Nad tau, tapi tak sangka dia tutip jalan sampai ada jalan yang sepatutnya cepat masuk dalam pasar Chow Kit tapi dia tutup. Ingat laluan yang free kereta sahaja, rupanya dah lain-lain jalan juga ditutup. Dari dekat jadi jauh nak pusing pergi Chow Kit. Almaklumla, nad tak pernah ke pasar Chow Kit ni, apatah lagi suami, sebab dia tau,dekat situ sesak.
Memang mulut dia pun dah membebel je, sampai nad cakap, "dahla jom balik". Dia tetap cari jalan ke pasar Chow Ktit tu, sebab dia tau, isterinya ni, kalau tak dapat akan merajuk entah berapa hari..hahaha. Walaupun membebel tetap cari jalan sampai boleh masuk Pasar Chow Kit.
Entah berapa pusing, akhirnya jumpa juga jalan tu. Tapi nad sahaja yang turun, suami pusing lagi satu round untuk ambil nad. Sebab takda parking. Sesak gila ye kawasan tu. Mungkin kalau pergi waktu time kerja, takda sesak macam ni. Tapi tu la, tekak nak juga kan..huhu.
Lokasi Ubi Kayu Rebus Chow Kit Kuala Lumpur
Suami turunkan nad dekat Stesen Minyak Shell, nad jalan sekejap je. Ubi kayu rebus ni depan bangunan Safuan Plaza, takda kedai pun hanya pakai motor sahaja.
Masa nad sampai tak ramai orang, tapi lepas nad order, tiba ramai orang ye. Nak kena tunggu pulak ubi tu direbus dalam 10 minit. takpela, boleh je tunggu, sebab takda buat apa pun. Sambil tunggu sambil layan media sosial.
Kira-kira macam takdala lama sangat, tiba-tiba je dah siap..hahaha. Ngam siap bungkus, siap suami round satu pasar, jumpa balik dekat stesen shell tu..hahaha.
Makan la dekat warung mamak, dah keluar tu kan, sarapan dekat kedai jela.
Jenis Ubi Kayu Rebus
Ubi kayu rebus ni ada saiz besar dan saiz kecil, Nad pilih ubi rebus kecik, beli dua bungkus, satu lagi letak sambal, satu lagi tak letak. Dua-dua ubi kayu rebus ni ada kelapa dengan gula, ala lupala gula apa dipanggil.
Puas hati la rasanya, lembut, takda yang keras. Cicah dengan nyok dan gula pun sedap. Dahla penuh takda kedekut mana pun. ambil yang kecik pun dah kenyang.
Sambal dia pun sedap, memang ngam sangat.
So tak rasa menyesal, bersesak semua. Dah dapat makan ni, ok la..hahaa.
Kalau dulu, dekat kampung banyakla pokok ubi kayu ni. senang je, cabut dan rebus. Dulu takda pulak teringin nak makan, sekarang bila susah cari nak pulak kan. Bayangkan, tanam dekat kampung pokok ubi kayu ni, mesti laku. Ubi kayu pun dah ramai permintaan agaknya.
Korang nak cuba boleh je waze atau google maps ubi kayu rebus Chow Kit.
Add your comment