Al'Ard Minyak Zaitun Palestinian Premium Organik Extra Virgin Pilihanku - Selalu nad tengok rancangan memasak, mesti ada penggunaan minyak zaitun dalam masakan. Yela, banyak kebaikan minyak zaitun ni sebenarnya untuk tubuh badan kita. Penggunaan minyak zaitun ni digunakan secara meluas bukan setakat untuk masakan, malah kecantikan dan perubatan. Dalam banyak-banyak minyak zaitu di pasaran, minyak zaitun pilihan nad ialah minyak zaitun Al'Ard Palestinian Premium Organik Extra Virgin.

Selama ni nad fikir, minyak zaitun ni untuk masak sahaja, rupanya ada minyak zaitun yang boleh diminum terus. Tu pun nad tau dari kawan yang selalu berkongsi tentang kebaikan minyak zaitun ni. Bagus kita amalkan minyak zaitun ni sebagai suplement harian kita. Tak perlu ubat suplement kapsul atau campuran tu semua, gantikan dengan minyak zaitun ni untuk cegah sebarang penyakit. 

Tapi jangan sembarangan minum minyak zaitun, nad cadangkan lebih baik korang pilih minyak zaitun Al'Ard ni, minyak zaitun yang diyakini dan berkualti tinggi, memang datang dari Palestin. Jadi lebih berkhasiat dan melalui proses yang betul.

Al'Ard Minyak Zaitun Palestinian Premium Organik Extra Virgin Pilihanku



AL' ARD MINYAK ZAITUN

Apa itu Minyak Zaitun?

Minyak Zaitun atau Olive Oil adalah minyak yang diperolehi daripada buah zaitun yang melalui proses  untuk mendapatkan minyak yang berkhasiat. 

Al'Ard Palestine Organic Extra Virgin Olive Oil merupakan antara keluaran minyak zaitun terbaik di dunia. AlArd adalah syarikat pertama di dunia untuk mendapatkan ISO 22000 bagi pembotolan minyak zaitun, sebagai bukti kecemerlangan dalam menghasilkan dan pembotolan minyak zaitun. Produk minyak zaitun yang dihasilkan ini adalah berkualiti tinggi serta mematuhi Standard dan Piawaian yang telah ditetapkan. 

Minyak Zaitun Al'Ard adalah minyak yang serbaguna, boleh diminum secara terus, campur ke dalam makanan, menumis makanan hingga lah ke sapuan ke kulit dan juga rambut. Pengambilan makanan yang sihat dan organik adalah sangat penting untuk mengekalkan tubuh yang sihat. 

Al'Ard minyak zaitun Palestinian Premium Organik Extra Virgin First Harvest, Limited Edition


Sebenarnya banyak jenis minyak zaitun Al'Ard ni,yang nad minum ni Al' Ard minyak zaitun Palestinian Premium Organik Extra Virgin First Harvest, limited edition. Hah, kenapa First Harvest? Nad kongsi kelebihan Minyak Zaitun First Harvest ni.

AL' ARD MINYAK ZAITUN

Kelebihan Minyak Zaitun First Harvest


- Minyak Zaitun Palestine “FIRST HARVEST” Ini adalah dari buah zaitun yang dituai pada hari pertama musim tuaian buah zaitun (Olive Harvest 2022/2023). 
- Ianya adalah Minyak Zaitun Premium Organik Extra Virgin Hasil proses perahan pertama (First Cold Pressed) menggunakan mesin berteknologi moden dan terkini bagi mengekalkan kandungan khasiat minyak zaitun. 
- Ia adalah hasil tuaian buah dari pokok zaitun asli di Palestine jenis Nabali, Roomy Dan Souri yang telah ditanam sejak ratusan malahan ribuan tahun dulu. 
- Minyak zaitun FIRST HARVEST ini mempunyai kandungan Acidity Oleic Acid yang rendah, kurang dari <0.5% dan total Phenols yang lebih tinggi dari minyak zaitun lain di pasaran Malaysia. 
- Ia mengandungi pelbagai khasiat Antioksidan, Vitamin dan Mineral.
- Minyak zaitun telah mendapat pengiktirafan Organik : EU ORGANIC dan JAS ORGANIC (JAPANESE AGRICULTURE STANDARD). dan telah dijual di lebih 30 buah negara di seluruh dunia termasuk Negara Barat, Timur Tengah Dan Rantau Asia Termasuk Australia. 
- Proses pembotolan secara Nitrogen Injection dan Penggunaan Botol Kaca Gelap Kalis Cahaya UV dibuat bagi menghasilkan minyak zaitun berkualiti tinggi dan masih kekal berkhasiat.

AL' ARD MINYAK ZAITUN

Hadiah Istimewa setiap pembelian Al' Ard minyak zaitun Palestinian Premium Organik Extra Virgin First Harvest, limited edition

PALING TERISTIMEWA bagi pembeli produk FIRST HARVEST, korang berpeluang memenangi hadiah bernilai lebih RM100,000.00 untuk dimiliki oleh lebih 400 orang pemenang. Lebih 400 hadiah istimewa dari Palestine yang akan dipilih dari Cabutan Nombor Istimewa serta 3 Cabutan Nombor Bertuah yang akan dilakukan secara berskala mulai bulan June 2023 ini. 

Diantara Hadiah Hadiah  Utama yang telah disediakan adalah: 
1 Tiket untuk Pakej Umrah bagi 2 orang Pemenang dan.. 
1 Tiket untuk Pakej Umrah dan Ziarah ke Palestine bagi 2 orang Pemenang.

Buat Maklumat Para Pengguna Semua.
A) Setiap kotak produk FIRST HARVEST ada mengandungi Kad Penghargaan yang mempunyai Nombor Siri tersendiri bermula dari Nombor 0001 sehingga 9999. 
B) Bagi mengambil bahagian dalam Cabutan Nombor Bertuah ini, para pembeli perlu melakukan pendaftaran dengan mengisi Borang  Google yang disediakan secara online / Online Google Form dan nantikan tarikh Cabutan Bertuah tersebut. 
C) Para pembeli produk FIRST HARVEST yang telah melakukan pendaftaran boleh menyemak Nombor Siri Istimewa yang terpilih untuk memenangi hadiah Istimewa dari Palestine melalui website www.alard.my dan ikut arahan bagi mendapatkan hadiah yang telah disediakan. 

Apa lagi, belilah, mana tau rezeki korang kan.

Kebaikan minyak zaitun

Macam nad kata tadi, banyak manfaat dan kebaikan minyak zaitun ni untuk tubuh badan kita, antaranya:
- Mengurangkan kolesterol di dalam badan. 
- Kajian menunjukkan seseorang yang mengambil minyak zaitun secara kerap akan mempunyai risiko lebih rendah mendapat penyakit kardiovaskular iaitu penyakit jantung, darah tinggi, strok dan kolesterol tinggi.
- Ianya kaya dengan antioksida, ia bertindak sebagai antikeradangan.
- Minyak Zaitun ini dikaitkan dengan diet mediteranean yang dapat menurunkan risiko penyakit.
- Membantu pencernaan dan mengurangkan ulser perut (gastrik).
- meningkatkan sistem imun, antivirus dan antibaketria.

Cara pengambilan minyak zaitun 

Minyak zaitun ni kita boleh ambil banyak cara

AL' ARD MINYAK ZAITUN


1) Di ambil secara terus
- Minum 1 sudu besar sebelum sarapan dan sebelum tidur. Jarakan pengambilan air 3 minit selepas minum Minyak Zaitun.

2) Di campur dalam makanan. 
- Campurkan beberapa sudu dalam masakan yang telah siap dimasak, tak kisahlah sup, masak lemak, kari, semua pun boleh atau di cicah dengan roti dan Za’atar atau buat sos bersama yogurt.

AL' ARD MINYAK ZAITUN

AL' ARD MINYAK ZAITUN


Ni cara nad buat.

3) Sebagai sapuan pada anggota badan dan rambut. 
- Minyak zaitun boleh juga sapu di bahagian anggota badan bagi melembap dan merawat masalah kulit serta keradangan sendi dan kesan parut. Membantu masalah eczema, sakit lutut dan melebatkan rambut.

Macam nad, pertama kali minum minyak zaitun First Harvest  Al' Ard ni. Memang rasa pelik mulanya, yela tak baisa kan. Tapi disebabkan nak sihat, kita telan jela. Setiap hari minum minyak zaitun ni, lama-lama ok je rasanya. Macam nad ni ada kolesterol dalam badan, takda tinggi sangat, dan kalau boleh taknak la makin tinggi kolesterol jahat tu. Jadi, ambil la minyak zaitun Al'Ard ni untuk kurangkan kolesterol dan jaga kesihatan tubuh badan. Rasanya light sahaja, senang nak telan dan rasa fresh.

Bagusnya minyak zaitun ni seluruh keluarga boleh amalkan. Takkan kita nak jaga kesihatan diri kita je kan, mestilah nak satu keluarga sihat. Lagi bagus untuk ibu yang mengandung.

Pilih Minyak Zaitun Asli


Korang kalau nak beli, jangan main beli je. Kena cari minyak zaitun yang betul dan asli. 
1. Pilih Grade EXTRA VIRGIN (EVOO) sahaja.
2. Mesti dalam botol kaca gelap kalis UV, Ultra Violet atau Tin Aluminium. 
3. Pembotolan dengan "Nitrogen Injection". 
4. Ada maklumat "HARVEST DATE", Production Date & Expiry Date. 
5. Pastikan ada maklumat syarikat pengeluar dari negara asal. 
6. PASTIKAN BUKAN ⛔ EVOO Dalam Botol Plastik. 
7. PASTIKAN BUKAN ⛔ Dalam Bentuk Kapsul atau Softgel. 
8. PASTIKAN BUKAN ⛔ Minyak Zaitun UNFILTERED Atau Tanpa Tapisan.

Produk Al' Ard


Selain minyak zaitun, Al' Ard juga mempunyai rangkaian produk yang lain, seperti Za'atar, Tahini, Freekeh, Maftoul, Green Olive Pickle, Meramieh, Dried Zaatar Leaves, Watermelon Seeds, Black Seed Oil,  Black Seed Paste, sabun habastussauda dan macam-macam lagi. Sumac dan Zaatar tu sesuai untuk apa-apa hidangan, dan elok makan bersama minyak zaitun. Kesemua produk makanan ini ditanam dan diproses secara asli menggunakan resepi turun temurun sejak ribuan tahun lalu.
Ianya dihasilkan oleh para petani Islam dan ahli koperasi wanita Palestine.

AL' ARD MINYAK ZAITUN

AL' ARD MINYAK ZAITUN

SUMAC daripada keluarga Anacardiaceous menghasilkan buah beri merah tua, yang dikeringkan dan dikisar menjadi serbuk kasar.SUMAC digunakan secara meluas dalam menyediakan pelbagai hidangan termasuk nasi, sayur-sayuran, dan daging. Nak buat air Sumac pun boleh. Rasa dia macam masam, macam lemon la. Banyak khasiat sumac ni kalau baca dekat google.

AL' ARD MINYAK ZAITUN

Dapatkan Produk Al' Ard


Bagus sangat produk Al' Ard ni untuk kesihatan. Setiap produk mempunyai kelebihan dan manfaat masing-masing dan semu aproduk adalah organik. Korang boleh dapatkan produk Al'Ard dengan layari 
Website:
SHARE 6 comments

Add your comment

  1. Minyak zaitun al ard ni memang terbaik dan bagus untuk kesihatan.

    ReplyDelete
  2. Wow, Nadia! Your review of the Al’Ard Minyak Zaitun Palestinian Premium Organik Extra Virgin is incredibly informative and engaging! 😄 I never realized that olive oil had so many benefits, not just for cooking but also for beauty and health. 🌿 It’s amazing how versatile this oil is and how it can be incorporated into our daily lives. The fact that Al’Ard minyak zaitun is of such high quality and comes from Palestine makes it even more appealing. 🌍 Plus, the special first harvest edition sounds absolutely amazing with its low acidity and high phenol content. 👌 It’s great to see that they have a range of other organic products too, like Za’atar and Tahini. 😋

    ReplyDelete
  3. I really appreciate your tips on how to choose authentic olive oil and your personal experience with drinking it. It’s always reassuring to hear someone’s first-hand account. 😊 And the chance to win amazing prizes with each purchase is definitely a bonus! 🎁

    Thanks for sharing all this valuable information, Nadia! You’ve definitely convinced me to give Al’Ard Minyak Zaitun a try. 🙌

    ReplyDelete
  4. minyak zaitun Al'Ard sangat bagus dan bagus pemakanan baby jugak

    ReplyDelete
  5. IQ pernah tengok orang makan macam tu je sumec tu, da ler masam kan?

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2