hai assalammualaikum

Sambut Birthday Di Atsky Kuala Lumpur - Happy Birthday To Me!! Happy Birthday To Me!!..hehehe. Semestinya bulan Julai yang ditunggu, tarikh lahir seorang Nadia.. Kihkih. Alhamdulillah, masih diberi nafas, kesihatan yang baik dan menjalani kehidupan seperti biasa. Terima kasih mak yang melahirkan dan menjaga saya, tak lupa ayah mencari rezeki dan membesarkan saya. 

Tak mintak banyak, ku sentiasa berdoa semoga semua perkara yang aku lakukan dipermudahkan. Semoga tercapai apa yang dihajati. Usia bertambah jangan difikirin.. Hahaha
Terima kasih kawan-kawan yang memberi ucapan. Semoga korang semua hidup diberkati dan menjalani kehidupan yang penuh bahagia.


Untuk suami terima kasih sambut birthday isteri. Semoga suami sentiasa diperluaskan rezeki, rezeki tak pernah putus seperti air yang mengalir. Terharu tau.. Nad ni bukan setiap tahun sambut birthday, bila suami ada rezeki lebih, dia akan belanja. Tahun ni kita create kenangan bersama keluarga.

ATSKY KUALA LUMPUR,

Sambut Birthday Di Atsky Kuala Lumpur


Sebenarnya dah lama teringin nak makan dekat Atsky. Sebelum ni, Atsky ada dekat Kota Damansara je, so macam jauh, tak dapat nak pergi. Tapi, akhirnya dia buka juga dekat Kuala Lumpur, dekat pulak dengan rumah nad. Cuma view dekat Damansara tu lawa la sikit, view KL ni belakang bangunan jela tapi masih lawa bila waktu malam. Tengola gambar nad tu. Heehe

Lokasi Atsky Kuala Lumpur


Atsky Dine ni ada dua tempat, satu di Trec Kuala Lumpur, satu lagi di Damansara. Nad pergi dekat Atsky Kuala Lumpur, dekat je dengan rumah nad ambil masa 12 minit sahaja.

ATSKY KUALA LUMPUR,

Atsky Kuala Lumpur

Address: H-1-11, HIVE, TREC, No. 438 Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur.
Cawangan KL (Cik Yaya)

Atsky Kota Damansara

Address: A-3A-08 & Roof Garden,Dataran Cascade, Kota Damansara. PJ. 
Jalan PJU 5/1, 47810 Petaling Jaya, Selangor 
(Bersebelahan Giant Kota Damansara)
Cawangan Damansara (Cik Syasya)

Nak ke tempat dia, perlu naik tangga, sebab dia bahagian atas. 

Kalau korang nak sambut birthday siap decoration, korang boleh booking dulu dan mintak diaorang deco. Jadi datang nanti dah siap semua. Kalau taknak decoration nak makan sahaja, boleh walk in sahaja. Nak booking tempat walaupun tak sambut apa-apa event pun boleh. 

Macam nad, terus walk in sahaja sebab takda decoration pun, cuma makan-makan sahaja. Tu pun nad dah happy sangat. Jadi tak perlu booking. Cumanya, kena la datang awal, takut ramai pulak. Nasib baik waktu nad datang takda ramai orang, dan dapat tempat yang view lawa. Pemandangan lagi lawa memang dah dicop orang la untuk sambut birthday. Memang ramai masa tu sambut birthday dan anniversary tau..hehee.

ATSKY KUALA LUMPUR,

ATSKY KUALA LUMPUR,

Dekat Atsky ni ada banyak tempat duduk, bahagian berbumbung dan open space. Nad pilih yang open space, baru cantik. Nasib waktu tu, cuaca pun elok je.

Makanan pulak, kita orang pilih western dan dessert. 

Harga Dan Menu di Atsky


Ni antara menu yang kitaorang makan. Terdeloin steak, Seafood Bolognase, Chicken Finger dan Fruity Waffle. 

ATSKY KUALA LUMPUR,

Tenderloin Steak RM 26.80

ATSKY KUALA LUMPUR,

Seafood Bolognase RM22.80

ATSKY KUALA LUMPUR,

Fruity Waffle RM27.90

ATSKY KUALA LUMPUR,

Chicken Fingers RM 14.80

Dekat Atsky pun ada menu berasakan nasi mengikut pilihan seperti Buttermilk, Kung Pao, Blackpper, Sweet &Sour, BBQ, dan Salted Egg. 

Minuman pulak Root Bear Float, Apple Mujito, Orange dan air kopi.

Harga dekat sini sangatla berpatutan, sama je macam kedai western lain. 

ATSKY KUALA LUMPUR,

Tapi penambahan dekat sini, pemandangan dia yang sangat cantik. Kalau nak tengok sunset memang lawa.

Masa ni pekerja dekat Atsky yang tolong ambilkan gambar kitaorang...hehe. Mungkin tengok kitaorang macam strugle je nak ambik kan..hahha. Nasib dia tolong, lawa sikit gambar dengan bangunan berlampu belakang tu.

Apa-apa pun korang boleh tengok dulu sebelum pergi.

Bagi nad, makanan dekat sini sedap dan harga berpatutan

Info lanjut Atsky Kuala Lumpur


Korang bolehla cuba makan dekat sini, sambut hari istimewa dekat sini. Boleh layari 

Nama je facebook Atsky Damansara tapi rasanya dia letak gambar Atsky di KL juga.
SHARE 2 comments

Add your comment

  1. I must say, it sounds like the perfect place to celebrate a birthday! 🎉 I love how you shared your personal experience and the gratitude you expressed towards your loved ones. It’s heartwarming to read about the special moments you shared with your family.

    The location seems amazing, and even though the view in Damansara is a bit more picturesque, I’m sure the one in Kuala Lumpur is still beautiful, especially at night. 🌆 And it’s great to know that Atsky offers both indoor and outdoor seating options.

    ReplyDelete
  2. I couldn’t help but notice the delicious food you enjoyed there. The Tenderloin Steak, Seafood Bolognese, Chicken Fingers, and Fruity Waffle all sound incredibly tempting! 😋 Plus, I appreciate that Atsky offers a variety of rice dishes as well. It’s always nice to have options.

    The reasonable prices and the stunning view make Atsky Kuala Lumpur a must-visit spot for any occasion. I’ll definitely keep it in mind for my next birthday celebration or special gathering. 🎂

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2