hai assalammualaikum

Hari Raya Aidiladha 2023 : Suasana Korban Di Jalan Paip Meru - Alhamdulillah, sekali lagi dapat nad rewang dengan saudara mara terdekat bantu majlis ibadah korban bagi yang membuat korban. Masih umur panjang dapat merasa ni semua. Al-Fatihah bagi yang telah pergi. Tahun lepas, gotong royong korban ni berjalan dengan lancar, tahun ni juga syukur alhamdulillha, berjalan dengan lancar. Ni semua hasil kerjasama dari semua pihak dan mereka yang membuat ibadah korban. Saje nak tunjuk suasana korban di Jalan Paip Meru.

Kita menyambut Hari Raya Aidiladha pada Hari Khamis 29 Jun 2023M bersamaan 10 Zulhijjah 1444H. Dapatla cuti sampai Hari Ahad dekat kampung. Ibadah korban ada juga yang dibuat di surau Darul Amin Jalan Paip. Bagi ibadah korban yang dibuat saudara mara , ialah pada hari Sabtu, 1 Julai 2023 di rumah Cik Gondol, tu nama orang kampung panggil...hehee.



Hari Raya Aidiladha 2023 : Suasana Korban Di Jalan Paip Meru


Tahun ni 8 ekor lembu dikorbankan. Tahun ni mak dengan kakak yang nombor tiga, buat ibadah korban. Seperti tahun lepas, majlis bermula awal jam 7 pagi, paling lewat datang pukul 8 pagi. Anak-anak sebut je esok nak tengok sembelih lembu, malam tu, terus tidur awal, nak kejut pun senang. aktiviti mula awal, banyak lembu nak di sembelih, dengan cuaca redup, tak panas sebab kalau lambat, sampai tenagahari, takut panas.Bukan senang ye nak potong lembu yang dah dikorbankan, siat kulit semua. 

Maksud Korban

Korban atau qurban dalam konteks ajaran Islam merujuk kepada perlakuan menyembelih binatang tertentu pada Hari Raya Aidiladha atau hari tasyriq dengan tujuan untuk mendampingkan diri kepada Allah S.W.T.

Hukum Melakukan Korban

Hukum melakukan ibadah korban adalah sunat muakkad.

Sunat muakkad bermaksud ia adalah ibadah yang sangat dituntut ke atas umat Islam yang berkemampuan tetapi dihukumkan wajib apabila bernazar.

Rukun Penyembelihan

Ni nad kongsi sedikit tentang Rukun Penyembelihan. Siapakah yang layak dan syarat penyembelihan

Rukun penyembelihan terhadap binatang terbahagi kepada empat:
- Penyembelih
- Binatang yang ingin disembelih
- Alatan untuk menyembelih
- Keadaan (tempat/perbuatan) sembelih

Syarat Penyembelihan 

Menurut Mufti Sabah, syarat menyembelih adalah memutuskan halkum dan marih/mariyy iaitu urat perjalanan oksigen atau nafas dan saluran makanan.

Halkum yang dimaksudkan adalah ketulan atau benjolan pada leher.

Binatang Sembelihan

Binatang yang ingin disembelih itu perlulah haiwan yang halal untuk dimakan orang Islam dan masih hidup.

Sekiranya kita berbicara tentang haiwan korban, haiwan-haiwan tersebut perlulah haiwan al an’am. Iaitu haiwan-haiwan yang dibenarkan sebagai haiwan penyembelihan.

Haiwan-haiwan tersebut adalah:
- Unta
- Lembu/Kerbau
- Biri-biri
- Kambing

Penyembelih adalah seorang:

- Islam 
- Berakal
- Baligh
- Tidak melakukan penyembelihan di dalam ihram haji
- Alat Sembelihan
- Tidak semua alatan boleh dijadikan sebagai alatan korban. Ini juga sebenarnya bentuk ihsan kepada haiwan supaya apabila disembelih, ia tidak sakit dan ia mati dengan kadar segera.

Syarat Sah Sembelihan


- Haiwan yang disembelih adalah dalam keadaan  Hayat al-Mustaqirrah. Keadaan haiwan itu tidak mati kerana sakit atau cedera. 
- Putus halkum dan urat merih
- Memotong sekaligus dengan cepat
- Pilih haiwan korban yang tidak hamil. Daripada Mufti Wilayah Persekutuan, “tidak sah untuk haiwan yang hamil dijadikan sebagai korban berdasarkan pandangan muktamad mazhab al-Syafie”)

Cara Atau Etika Penyembelihan 


- Pisau tidak ditajamkan di hadapan haiwan yang akan disembelih
- Haiwan tidak disembelih di hadapan haiwan yang lain
- Tidak menggunakan pisau atau alat yang tumpul
- Tidak menyeksa haiwan
- Ketika haiwan itu masih hidup, haiwan tersebut tidak dicederakan seperti dipotong, ditanggalkan kulitnya, direndam dalam air panas atau dicabut bulunya sebelum kematiannya dapat dipastikan
- Haiwan haruslah bebas dari penyakit supaya tidak membawa mudarat kepada pemakan
- Tidak menangkap gambar haiwan sedang meronta kesakitan selepas disembelih

Suasana Korban


Tahun ni lembu warna putih ni la yang paling besar di antara lembu lain. Ni lembu sepupu nad dia buat korban untuk satu keluarganya.Kitaorang panggil abang anam. Tengok lembu tu macam sado je kan..hehe. Harga lembu ni biar jela kami yang tau..hehee. Walaupun besar, tapi alhamdulillah senang dikendalikan, tak banyak meragam, jinak katanya. orang yang cakap, nad tak sempat tengok, sampai je lembu ni dah disembelih. 


Abang nad la cakap, masa nak disembelih lembu ni, ramai yang pegang. Lembu ni tak mengganas, jinak katanya. Lepastu abang anam, pegang lembu tu. Abang nad yang cerita. Alhamdulillah, senang, takda masalah.


Yang ni la lembu nama mak dan kakak. Mula-mula tu macam tunjuk protes juga, lepastu dia tunduk tau, tapi sekejap je, ingat dah tunduk untuk disembelih, tapi dia bangun balik. Mula la orang bertukus lumus tumbangkan lembu ni. Takut juga kalau dia lari kan..hehee. anak kita dahla tengok dekat-dekat. Risau pulak. Tapi semuanya berjalan dengan lancar.




Selesai sau-satu lembu disembelih, masing-masing ambik part untuk siat lembu, potong la semua, tulang, daging semua.

Perempuan pulak, bahagian bahagi daging. Potong, timbang dan masukkan dalam plastik.



Ada nad tulis berkenaan pembahagian daging  sebelum ini, korang boleh baca cara pembahagian daging korban.

Tahun ni pulak, nad tugas di bahagian dapur. Sebahagian daging akan dimasak untuk makan beramai-ramai waktu tengahari.

Potong la daging kecik-kecik yang dibagi. Part potong bawang semua bagi la mak-mak..hahaa.

Dah siap boleh rehat semua..hehee.







Alhamdulillah, makanan pun dah siap. Daging korban haritu dibuat daging masak kicap, daging masak kari, dan sup tulang.

Rezeki suami kita, dapatla tulang gearbox ni. 


Minggu ni memang makan daging je la. Banyak resepi nak buat ni..hehehe. Nanti nad kongsikan.
SHARE 0 comments

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2