Jenis Ubat Sakit Tekak Yang Berkesan Melegakan Kegatalan Tekak - Bila dah sakit tekak, memang perit ye. Kadang rasa gatal je dekat tekak tu, nak garu tak boleh, telan air liur pun tak jalan. Sakit tekak ni kira macam satu penyiksaan juga, lagi bila nak telan makanan atau minuman. Cuaca sekarang yang tidak menentu sekejap panas, sekejap hujan memang kadang kala terasa sakit tekak & batuk. Selalunya apa yang korang akan ambil untuk hilangkan kelegaan kagatalan tekak ni? Ni nad nak kongsikan beberapa ubat sakit tekak yang berkesan melegakan kegatalan tekak.
Sebenarnya, banyak cara untuk melegakan sakit tekak yang kita boleh cuba. Cara secara tradisional, cara moden dengan mangambil ubat doktor atau ubat secara kemam. Macam nad, pertama sekali nad akan buat secara tradisional dan pada masa sama nad akan makan ubat kemam atau lozeng. Kalau tak baik juga dan teruk, terus pergi klinik.
Jenis Ubat Sakit Tekak Yang Berkesan Melegakan Kegatalan Tekak
Bila sakit tekak ni, tekak akan jadi kemerahan. Bila selsema, mesti akan beri kesan dekat tekak, lepas tu akan demam. Tu la yang nad lalui selalu bila sakit tekak. Ada banyak punca sakit tekak ni berlaku.
Apakah punca sakit tekak?
1) Cuaca yang tidak menentu - Cuaca yang sekejap sejuk dan panas boleh menjejakan kesihatan dan menyebabkan sakit tekak
2) Kurang minum air
3) Selsema
4) Demam
5) Tonsilitis- Punca sakit tekak yang seterusnya ialah tonsilitis iaitu keradangan pada tonsil. Tonsilitis berlaku apabila berlakunya radang dan bengkak pada tonsil anda.
6) Jangkitan bakteria
7) Jangkitan virus.
Gejala-gejala Sakit Tekak
Antara gejala sakit tekak ialah kerap bersin, tekak gatal dan sakit, demam, suara serak, sakit kepala, dan bengkak pada noda limfa.
Jenis-jenis Rawatan Untuk Sakit Tekak
Selain terapi antibiotik yang disarankan oleh doktor, terdapat beberapa rawatan umum yang boleh meredakan simptom sakit tekak seperti pengambilan air yang mencukupi dan ubat tahan sakit seperti Paracetamol. Ubat kumur, ubat batuk, semburan hidung dan juga lozenges atau ubat kemaman yang diformulasi khas untuk merawat sakit tekak juga mudah didapati di farmasi.
Tambahan lagi, terdapat juga petua untuk menggunakan bahan-bahan semula jadi untuk mengurangkan sakit tekak seperti minum campuran air madu dengan buah lemon dan daun pudina, mengunyah bawang putih dan berkumur dengan air garam. Tetapi, pastikan anda mendapat rawatan susulan dengan doktor jika keadaan sakit tekak anda melarat.
Rawatan Tradisional Melegakan Sakit Tekak
Macam nad, selain dapatkan rawatan moden, nad akan cuba juga dengan rawatan tradisional. Cari je bahan-bahan semulajadi yang ada dekat rumah ni, seperti garam, madu, dan halia untuk melegakan kegatalan tekak ni.
1) Minum banyak air suam
- Minum air suam yang banyak dapat melegakan tekak dan menghidratkan tubuh badan kita. Dengan minum air yang banyak dapat mengelakkan tekak kering.
2) Air Lemon
Secawan air yang direndam dengan hirisan buah lemon juga berkesan mengurangkan sakit tekak. Buah lemon yang mengandungi vitamin C, mempunyai kebaikkan anti-bakteria untuk mencegah risiko sakit tekak.
3) Madu
Sebut sahaja madu, pasti ramai yang mengetahui kebaikan bahan ini yang penuh dengan khasiat untuk kesihatan. Selain itu, madu bukan sahaja bahan yang penuh dengan antioksidan, tetapi ianya juga mengandungi sifat anti-radang dan anti-virus. Hanya perlu campurkan dua sudu besar madu ke dalam segelas air suam dan meminumnya.
4) Minum Air Asam
Ambil sekeping asam, dan larutkan bersama air suam. Minum ketika air masih suam-suam. Ini akan membantu melegakan keradangan pada tekak.
5) Berkumur dengan Air Garam
Berkumur dengan air garam merupakan salah satu petua yang agak popular untuk melegakan sakit tekak. Garam adalah bahan yang berkesan untuk membunuh bakteria, oleh itu ramuan ini dapat mengurangkan ketidakselesaan pada kerongkong akibat jangkitan bakteria. Hanya perlu larutkan satu sudu teh garam dalam satu cawan air suam. Kemudian kumur setiap satu atau dua jam untuk kesan yang lebih efektif.
6) Minum Air Halia
Halia banyak manfaatnya. Hanya buat air halia dicampur dengan lemon dan madu kemudian minum. Kalau malas nak rebus air halia, boleh je beli serbuk halia macam nad pakai ni. Serbuk ni daripada halia sebenar dan tiada campuran lain.
Ubat Sakit Tekak Berasaskan Lozenges (Ubat Kemam) Dan Kumur
Tadi secara tradisional, yang ni pulak beberapa jenama dan produk yang dikeluarkan untuk membantu melegakan sakit tekak seperti lozeng dan gula-gula pedas yang membantu untuk mengurangkan sakit tekak. Ubat jenis gula-gula ni mudah dapatkan di farmasi atau kedai-kedai yang berkaitan. Lozeng/ Gula-gula (tidak sesuai untuk kanak-kanak bawah 5 tahun)
Selalunya, lozeng atau gula-gula pedas ini mengandungi menthol; iaitu sejenis bahan yang boleh membantu membuatkan tekak anda berasa kebas sekaligus mengurangkan kesakitan dan keradangan tekak.
1) Strepsils
Strepsils ni ada banyak jenis, jadi pilihal perisa yang korang rasa ok dengan tekak korang. Diformulasi secara khas dengan dua agen anti bakteria iaitu 2,4-Dichlorobenzyl alcohol dan amylmetacresol. Strepsils yang selalu orang beli ialah Strepsils Soothing Honey & Lemon. Ia mengandungi madu dan lemon, di mana dua-dua ini sangat bagus melegakan sakit tekak.
2) Woods' Peppermint
Selalu kita ambil Woods' jensi cecair, tapi korang tau tak Woods' ada jenis ubat kemam. Woods peppermint ni jenis berangin, bila kemam je rasa lega tekak.
3) Difflam Sore Throat Lozenges
Kandungan Benzydamine HCl mengurangkan kegatalan dan kesakitan di tekak.
Sebenarnya banyak lagi ubat kemam yang ada, tapi 3 jenis ini yang nad selalu makan dan popular.
Walaupun sakit tekak adalah sesuatu perkara yang normal berlaku, namun sila dapatkan rawatan daripada pakar perubatan sekiranya ia berpanjangan kerana boleh menyebabkan komplikasi yang lebih teruk jika tidak dirawat dengan segera.
The way you explained the causes and symptoms of sore throat was really helpful too. It’s always good to know what we’re dealing with and why it’s happening. 🤔 And your tips on staying hydrated and gargling with saltwater are so simple yet effective. 💦🌊
ReplyDelete