hai assalammualaikum

Resepi Lontong Bersama Kuah Lodeh Dan Sambal Kacang Masakan Mak, Terbaik!! - Kalau dulu, nak tengok lontong waktu raya sahaja atau raya Aidiladha, tapi sekarang nak jumpa lontong bila-bila sahaja sebab ramai dah buat menu lontong kuah lodeh ni sebagai menu harian. Lontong memang sedap dimakan bersama kuah lodeh, lagi bertambah menarik ditambah dengan sambal kacang. Lontong, kuah lodeh, sambal kacang dan ayam kicap antara menu raya yang selalu mak masak. Dari kecil sampai kitaorang dah kawin, dah anak, menu ni tetap menjadi pilihan.

Masa raya bila nampak menu ni, rasa teruja sangat, hahaha. Dari pagi, tengahari bawak ke malam, untuk dua hari boleh makan menu ni sahaja, tanpa jemu. Tapi dah masuk hari ketiga, kita tukar menu lain la pulak..hahaa. Selalunya, lontong ni mak akan beli dengan saudara yang memang jual lontong ni. Nak buat lontong ni tak susah, tapi kena hadap la bagi masak elok.


RESEPI LONTONG BERSAMA KUAH LODEH DAN SAMBAL KACANG

Resepi Lontong Bersama Kuah Lodeh Dan Sambal Kacang 


Sebelum ni, ada perbalahan sedikit dekat twitter tentang menu lontong kuah lodeh ni. Kebanyak sekarang orang buat menu kuah lodeh ni dimasukkan sekali nasi impit. Tapi orang panggil lontong, sebab disebut begitu. Nad tengok jela perbalahan tu, tapi bagi nad lontong dan nasi impit adalah berbeza. Kuah lodeh pula yang berwarna kuning dan berkuah bersama sayur.

RESEPI LONTONG BERSAMA KUAH LODEH DAN SAMBAL KACANG

Meh la, nad bagi gambar sahaja la senang..hehee. Lontong dibungkus dalam daun pisang dan berwarna hijau, nasi impit berwarna putih, ketupat mestilah korang tau dan lemang. Lemang kalau tak tau entahla wuii, tak tau nak cakap apa..huhu. Senang boleh rujuk gamabr di atas.

Macam nad lontong dan kuah lodeh makan dengan sambal kacang, kat kedai, orang jual, nasi impit,kuah lodeh dan sambal merah tu. Jangan dimarah, biasalah orang akan tambah citarasa sendiri, bila sedap orang suka. Masing-masing ada citarasa sendiri. Berkenaan perbalahan tu pun, takpela, asalkan makanan masuk dalam perut..hahaha. Dia sama je macam Laksa Johor, Laksa Sarawak dan Laksa Kedah, berlaina bukan, tapi tetap dipanggil Laksa. Hah begitula ceritanya.

Tutup cerita tu, jom nad kongsikan resepi Lontong, Kuah Lodeh dan Sambal kacang yang nad dapatkan dari saudara dan mak.

Resepi Lontong

Lontong Jawa ni dikatakan berasal dari masyarakat jawa tengah di panggil "Tepo" boleh dikatakan sama macam nasi impit biasa tu cuma Lontong jawa di bungkus dengan daun pisang, bagi membangkitkan rasa dan aroma bau daun yang berlainan dari lontong biasa.

RESEPI LONTONG BERSAMA KUAH LODEH DAN SAMBAL KACANG

- Pertama sekali, beras perlulah dibasuh dan ditos terlebih dahulu 
- Kemudian, ambil daun pisang gulungkan daun pisang memanjang.
-Ikat hujung daun dengan getah atau tali rapia pun boleh
- Masukkan beras yang telah dibasuh dan ditos, isi 2/3 saja.
- Selepas itu, ikat hujung kelongsong yang satu lagi.
- Susun kelongsong lontong kedalam periuk bersilang silang
- Merebus lontong ini memakan sekurang-kurang 5-6 jam

RESEPI LONTONG BERSAMA KUAH LODEH DAN SAMBAL KACANG

Bila dah masak di sejukkan dan di Tos airnya, kemudian boleh lah di potong dan dihidangkan.

Resepi Kuah Lodeh


Kuah lodeh ni lauk sayur berkuah warna kuning. Untuk sayur, ikut suka korang nak letak sayur apa. Ni resepi mak kita..hehe

RESEPI LONTONG BERSAMA KUAH LODEH DAN SAMBAL KACANG


Bahan-bahan
- 2 biji bawang merah besar
- 6 ulas bawang putih
- Tempe – 3 plastik yang kecil (dipotong dadu, dan digoreng)
- Tauhu – 6 keping (dipotong dadu, dan digoreng)
- Kacang panjang – 1 ikat (dipotong pendek)
- Carrot – 1 batang (dipotong halus anggaran sebesar batang mancis)
- Kubis – 1/4 bahagian dipotong kecil
- Fucuk & suhun – Diletak sedikit sahaja nanti kuah jadi terlalu pekat kalau letak suhun banyak.
- serbuk kunyit – 1 sudu
- Air kosong – 3 cawan (kalau nak cair sedikit, boleh letak lebih)
- Kiub ikan bilis - 2 kiub
- Santan kotak – 1 liter (Jenama Kara best! )
- Garam & gula secukup rasa

Cara membuatnya
-  Kisar Bwang merah dan bawang putih.
- Tumiskan minyak, masukkan bahan yang dikisar.
- Masukkan kiub ikan bilis.
- Masukkan serbuk kunyit supaya warnanya kelihatan lebih cantik dan menarik.
- Masukkan air kosong. Jangan lupa kacaukan perlahan-lahan ye apabila masukkan setiap bahan.
- Masukkan santan.
- Masukkan bahan-bahan sayuran. Masukkan bahan yang lambat empuk terlebih dahulu seperti carrot dahulu
- Letak gula & garam secukup rasa.
- Masukkan suun dan fucuk masa last sekali. Sebab suun ni dia serap kuah kalau lama dibiarkan. Jadi kita letak last sekali.

Siap, untuk dihidang.

Resepi Sambal Kacang


Bahan-Bahannya
- Kacang 1 kg
- Bawnag putih
- Bawang merah
- Halia
- Serai
- Buah keras 3 biji
- Kiub Ikan bilis
- Cili giling / cili boh

Cara membuatnya
- Kacang digoreng terlebih dahulu dan diketepikan.
- Bawang merah, bawang putih dan buah keras diblender dan ditumis sehingga naik bau.
- Selepas itu, masukkan cili giling
- Kacang yang digoreng tadi, korang blend siap-siap dengan air.
- Lepas tu masukkan kacang yang dah diblend tu dalam bahan tumisan
- Masukkan asam jawa/ asam keping
- Kemudian masukkan kiub ikan bilis
- Akhir sekali masukkan gila, garam dan ajinamoto.

Pastikan masa masak tu, kacau sambal kacang jangan sampai hangit ye. Ni cara mak kita. Macam nad cakap, lain orang lain caranya.

Boleh la buat rujukan bila raya nak datang lagi..hehee.
SHARE 2 comments

Add your comment

  1. Menyelerakan . Next time nak try resepi lontong .

    ReplyDelete
  2. Nampak lontong terus masuk sini, sedapnya lahaiiii...

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2