hai assalammualaikum

Stesen MRT Putrajaya Sentral - Akhirnya sampai juga merasa naik Mrt ke Putrajaya. Itu pun disebabkan ada event, kalau takda event takda naik MRT Putrajaya ni dan sampai ke Putrajaya Sentral. Masa pembukaan MRT Laluan Putrajaya, dengan tambang percuma pun nad tak naik, sebab tak tau kan, yela, takut sesat ke mana ntah masa pertukaran tu..hahha. Jadi kita belajar dulu dengan kawan, dah tau baru boleh ajak anak-anak dan suami..haha. Nad dengan suami memang jarang nak MRT, selalunya kitaorang naik kereta je. Sejak ada member yang biasa naik LRT, Mrt semua ni, baru nad jinak-jinak naik sekali. 

Bagusnya, naik public transport ni, kita boleh jimat kos dan tenaga. Tapi, bila sampai Putrajaya Sentral, nak pergi ke tempat menarik di Putrajaya, perlu naik bas atau nak lagi senang, boleh naik grab.


MRT Laluan Putrajaya dan Stesen MRT Putrajaya Sentral


MRT Laluan Putrajaya telah beroperasi sepenuhnya pada 16 Mac 2023. Memang mudah nak ke Putrajaya. Haritu nad ada event dekat Alamanda, event Daia, nad naik LRT dari LRT Pandan jaya, turun ke Chan Sow Lin untuk tukar laluan ke MRT Putrajaya. Dah naik MRT Laluan Putrajaya, terus le ke Putrajaya Sentral, stesen paling last sekali. 

Haritu ada event dekat MAEPS pun kitaorang naik MRT Laluan Putrajaya. Dari LRT Pandan Jaya, trurun Chan Sow Lin dan tukar ke MRT Laluan Putrajaya, kemudian turun dekat UPM. Lepas tu naik gran ke MAEPS.

Apa itu MRT?

Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (juga dikenali sebagai MRT Corp) dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan (Diperbadankan) dan merupakan badan korporat yang ditubuhkan di bawah Akta Kementerian Kewangan (Pemerbadanan) 1957. Ia ditubuhkan untuk menjadi pemaju dan pemunya aset projek Transit Aliran Massa di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia, di bawah langkah kerajaan untuk menyusun semula sistem pengangkutan awam di bandar ini. Syarikat ini ditubuhkan pada September 2011 dan mengambil alih pemilikan projek Transit Aliran Massa Lembah Klang pada Oktober 2011 dari Prasarana Malaysia Berhad.

Dengan adanya MRT ni, laluan perjalanan menjadi mudah, tapi kalau peak hour memang penuh orang.



MRT Laluan Putrajaya


MRT Laluan Putrajaya memiliki jajaran sepanjang 57.7 km dengan 36 stesen. Ia bermula dari Kawasan Damansara (bandar baharu bersebelahan dengan Kota Damansara dan Sungai Buloh) dan berakhir di Putrajaya Sentral,

Laluan ini mempunyai 10 stesen pertukaran dan sambungan di sepanjang jajaran untuk memudahkan penumpang yang perlu bertukar dari Laluan Putrajaya ke laluan rel yang sedia ada


Stesen Pertukaran MRT Laluan Putrajaya

Terdapat tiga stesen pertukaran antara MRT Laluan Putrajaya dan LRT Laluan Ampang/Sri Petaling iaitu di
- Stesen Titiwangsa
- Stesen Chan Sow Lin
- Stesen Sungai Besi

Terdapat dua stesen pertukaran antara MRT Laluan Putrajaya dan MRT Laluan Kajang iaitu
- Stesen Kawasan Damansara
- Stesen Tun Razak Exchange

Mengenai Stesen MRT Putrajaya Sentral


Stesen MRT Putrajaya Sentral ialah stesen Transit Aliran Massa (MRT) yang berkhidmat di pinggir bandar Putrajaya, pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan Malaysia. Ia adalah salah satu stesen bertingkat di Laluan MRT Putrajaya.



Stesen ini terletak di Putrajaya Sentral. Terminal Putrajaya Sentral (TPS) ialah hab bas dan stesen kereta api di Laluan Rel Ekspres di Presint 7, Putrajaya. Stesen ini juga berfungsi sebagai stesen pertukaran dengan KLIA Transit.

Stesen Fasiliti

• Lift
• Feeder bus
• Escalator
• Surau
• Shops
• Island Platform
• Ticket Vending Machine
• Public Toilets
• Customer Service Office
• Transportation Hub
• KLIA Transit Interchange
• Park n' Ride

Di stesen ini juga bersifat mesra OKU termasuk menyediakan tandas khas OKU, permukaan laluan yang bersesuaian untuk golongan cacat penglihatan dan permukaan peralihan bercahaya dari tren ke platform untuk yang menggunakan kerusi roda.

Kemudahan bagi orang kurang upaya

- Tanjakan laluan untuk berkerusi roda
- Blok sentuh di lantai
- Tandas mesra OKU
- Butang lif rendah untuk pengguna kerusi roda
- Kakitangan di stesen untuk memberi bantuan
- Kaunter rendah untuk pengguna kerusi roda
- Braille di butang lif

Harga Tiket  MRT Laluan Putrajaya


Kadar tambangnya dari RM1 hingga RM2.40 (tanpa tunai sahaja)

MyCity Pass, RM5 sehari sahaja


Nad tak pasti berapa harga, sebab selalu guna Tounch n Go, tap, tap sahaja. Tapi haritu nad guna RM5 untuk pergi dan balik. Cakap je dekat kaunter untuk RM5 Mycity Pass. Hanya RM 5 Sehari, ini cara nak beli MyCity Pass, boleh naik LRT, MRT, Monorel & BRT Tanpa Had ‘Pusing’ KL.

Rapid KL menawarkan pass perjalanan tanpa had, MyCity Pass, satu hari dan tiga hari yang tersedia untuk perkhidmatan LRT, MRT dan Monorel KL. Pass perjalanan ini hanya ditawarkan kepada rakyat Malaysia sahaja

Untuk pembelian pertama bagi MyCityPass satu hari, anda akan dikenakan bayaran RM 15 termasuk tambah nilai Touch N’ Go bernilai RM 5. Nilai minimum RM 5 diperlukan untuk membolehkan pass satu hari digunakan di semua rangkaian rel dan BRT Rapid KL. Sah untuk satu hari sahaja.

Manakala bagi MyCity Pass 3 hari, anda dikenakan bayaran RM 25 ketika pembelian pertama kali, termasuk tambah nilai Touch N’ Go RM 5. Anda juga memerlukan nilai minimum RM 5 untuk membolehkan pass ini digunakan di semua rangkaian rel dan BRT Rapid KL selama tiga hari. Sah untuk tiga hari sahaja.

Bawa kad Touch N’ Go semasa membuat pembelian nanti, dengan baki minima RM 5. Kod MyCity Pass ini nanti akan dimasukkan ke dalam kad Touch N’ Go anda. Jika anda tidak memiliki kad Touch N’ Go, anda boleh membeli kad tersebut di pusat khidmat pelanggan yang anda kunjungi.

Hah, kalau malas bawa kereta, bolehla naik MRT Laluan Putrajaya ni ke Stesen MRT Putrajaya Sentral. Nak jalan-jalan tempat menarik di Putrajaya boleh naik bas yang disediakan.
SHARE 2 comments

Add your comment

  1. It sounds like you had quite an adventure! 🚆 I can totally relate to being hesitant to try new forms of public transportation, especially when there’s a chance of getting lost. But hey, you did it! 👏

    I agree with you that taking public transport can be a cost-effective and energy-saving option. It’s great that the MRT makes it easier to travel to Putrajaya, especially with its 36 stations along the 57.7 km route. 🌟 And those exchange stations are so convenient for passengers who need to switch between different lines.

    ReplyDelete
  2. It’s awesome to hear that the MRT Putrajaya Sentral station is equipped with facilities for people with disabilities, like ramps and specially-designed toilets. 👍 It’s important to have inclusive infrastructure that caters to everyone’s needs.

    Oh, and thanks for sharing the details about the ticket prices and the MyCity Pass! It’s always helpful to know the options available for getting around. 😉 Plus, your tip about using Touch ‘n Go for a smooth journey is spot on!

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2