Asean Homestay Sungai Besar Suasana Kampung Di Tengah Sawah - Ke mana pulak percutian keluarga kali ni? Nad dengan adik beradik bersama mak ayah, buat perancangan bercuti dekat Sungai Besar. Ya, cuti dekat je, nak rasa suasana kampung tepi sawah pulak. Almaklumla, rumah kitaorang mana ada sawah, jadi masa ni la cari homestay yang ada di tengah sawah. Macam biasa, abang nad yang mencarinya..hehee. Jadi kita orang pilih untuk berehat di Asean Homestay Sungai Besar.
Kali ni, bukan family Haji Johari dan Hajah Latipah sahaja, kitaorang bercuti dengan makcik pakcik dan sepupu. Tak ramai pun, ikutkan dalam 3 keluarga besar. Meriah la sikit, lagipun Asean Homestay ni memang sangat luas.
Asean Homestay Sungai Besar Suasana Kampung Di Tengah Sawah
Sungai Besar ni memang terkenal dengan sawah padi. Selain Sungai Besar, Sekinchan pun salah satu tempat popular untuk melihat sawah padi. Jadi memang elokla diaorang buat tarikan pelancongan dekat sini, buat homestay. Mana yang dekat bandar, nak bercuti ala kampung, bolehla datang ke sini.
Memang syok dapat berehat, menginap dan bermalam di Asean Homestay ni. Dahla keliling sawah padi, berangin, udara segar.
Lokasi Asean Homestay
Lokasi: Jalan, Parit 6 Barat, Kampung Panchang Bedena, 45300 Sungai Besar, Selangor (berhadapan SK Parit 6)
Harga Asean Homestay
Ni pun abang nad yang uruskan semua. Kitaorang sekeluarga menginap 3 hari 2 malam 28/7/2022 - 30/7/2022) di Asean Homestay ni. Harga semalam untuk satu rumah RM350. Kami ambil 4 unit rumah. Rumah kitaorang No 1,2,3 dan 4. Jadi sederet tu la rumah unit kitaorang punya.
Sebelum sampai owner dah bagitau nombor rumah kitaorang nombor berapa melalui whatsup. Jadi bila sampai tu takdala tertanya-tanya lagi.
Semua urusan melalui whatsup sahaja. Kunci rumah pun dia dah siap tinggalkan dekat sofa.
Check in pukul 2
Check out pukul 12
Kitaorang gerak tak bersama, ada yang gerak lepas solat jumaat, ada yang gerak malam. Biasalah, masing-masing ada urusan lagi. Tapi Hari Jumaat malam memang semua dah ada.
Yang dah sampai awal tu, diaorang la yang buka pintu dulu, tengok apa yang patut. Abang ada la bagi gambar dekat whatsup tunjuk sikit keadaan kawasan rumah tu. Masa tu nad dalam perjalanan, dah tak sabar dah..hahaa.
Nak dijadikan cerita, nad sampai malam, map entah bawa laluan ke mana sampai laluan kecil yang memang ngam-ngam dia bawak dekat jalan tepi sawah. Bukan dia bawak jalan besar. Ni dah nak sampai dah ke Asean Homestay. Nak tak nak ikut jela. Dah malam takda lampu, memang gelap. Bawa berhati-hati. Rupanya map pun tak dapat baca jalan tu. Ada je jalan besar untuk laluan kenderaan. Sabar jela. Menakutkan sungguh. Biasalah firstime datang kan. Lepas ni dah tau.
Sampai je Asean Homestay, nad ingatkan, rumah kitaorang tu lagi dua buah rumah mengadap kedepan-depan dan tengah-tengah swimming pool, rupanya rumah kitaorang memanjang.
Dekat luar setiap rumah ada kerusi untuk duduk dan ampaian baju.
Ada je lagi rumah depan kitaorang. Rumah tu dah ditempah dengan orang lain. Jadi memang apa yang nad fikir lain ye. Rumah pulak rupanya atas air di tengah sawah ye..hahaha. Ya bawah rumah air tau. Duk fikir nyamuk pulak. Tapi dah siap bawak sembur nyamuk, takut-takut malam banyak nyamuk kan..hahaa.
Tapi alhamdulillah, takde nyamuk pun.
Lepas tu masukla dalam rumah tengok macam mana. Ruang rumah yg besar selesa untuk bercuti bersama keluarga
Kemudahan Asean Homestay
Kemudahan homestay
- 2 Bilik besar dilengkapi aircond
- Katil queen size ( selimut, bantal )
- Kerusi sofa and meja makan jepun
- 1 TV
- 2 Bilik besar dilengkapi aircond
- Katil queen size ( selimut, bantal )
- Kerusi sofa and meja makan jepun
- 1 TV
- Dapur memasak
- Peti ais
- Tapak BBQ disediakan
- Kolam memancing
- sewaan basikal
- Kawasan parking kereta yang luas
- Sterika untuk setiap rumah
- Tuala tidak disediakan
- Peti ais
- Tapak BBQ disediakan
- Kolam memancing
- sewaan basikal
- Kawasan parking kereta yang luas
- Sterika untuk setiap rumah
- Tuala tidak disediakan
- Ampaian kain
Parking dekat sini memang luas. Jadi tak perlu risau tak cukup parking ke apa.
Rumah ni memang dia buat macam rumah kampung. Guna tikar getah, besar memang besar. Design rumah lawa, jenis kayu.
Bagus setiap bilik ada aircond. Jadi, malam tu tak la risau dengan nyamuk. Yang tidur ruang tamu la risau, sebab kipas pun tak kuat. Jadi nak bagi sejuk, dua bilik kitaorang bagi buka je, biar rasa aircond sampai ruang tamu. Malam memamg sejuk ye.
Paling tak puas hati sebenarnya, dekat bahagian dapur. Pemandangan cantik sebab depan sawah padi. Part tak bestnya, tak berapa lengkap alatan dapur, periuk pun satu je tak silap, maksudnya tak banyakla. Peti ais pun macam bermasalah. kejap sejuka la, kejap tak sejuk.
Bagusnya dekat sini ada disediakan Wifi. Semua dia bagitau dalam whatsup.
Bilik Mandi takda panas sejuk ye. Tapi ok je airnya takda sejuk sangat. Semua peralatan mandi kena la bawa sendiri.
Sport Untuk Bergambar Dan OOTD
Memang cantikla suasana sini, memang lawa bila bergambar. Ada buaian semua. Cantik sangatla. Haritu luck kitaorang, sawah padi menghijau cantik. Jadi gambar semua cantik.
Kolam pancing ada ikan. Memang seronok la orang lelaki dapat memancing.
Swimming Pool
Asean Homestay ni ada swimming bersaiz 20’x40’ berkedalaman 4’ serta dilengkapi kids pool. Memang syokla kan mandi tepi sawah semua. Tapi tu la, jauh betul ye nak ke swimming pool. Macam mana ye nak cakap, kene menapak beberapa langkah juga la nak ke swimming pool..hahaa. Malam tak dapat mandi sebab takda lampu, gelap, segelapnya tempat swimming pool waktu malam ni.
Untuk percutian keluarga ni, kitaorang ada ambik catering. Mana dapat catering, owner rumah ni yang cadangkan nombor catering tu. Jadi kita pun berbincangla dekat whatsup.
Yela, bercuti kadang malas masak, nak keluar cari makan pun petang baru syok.
Menu Catering
Ni antara hari dan menu yang menggunakan catering.
Sabtu - 29.7
Pagi
- Bihun goreng, sambal, telo mata,
- Bihun goreng, sambal, telo mata,
- kuih donat + kripap +air panas(teh tarik)
- lempeng ngn sambal.
- Roti Canai
Tengahari
- Nasi putih
- Sup ayam
- Telo dadar
- Sirap limau
Tambahan:
- Kerabu, sambal tauchu, sambal tahun kulit lembu, ulam-ulaman untuk 20org
Ahad - 30.7
- Roti Canai
Tengahari
- Nasi putih
- Sup ayam
- Telo dadar
- Sirap limau
Tambahan:
- Kerabu, sambal tauchu, sambal tahun kulit lembu, ulam-ulaman untuk 20org
Ahad - 30.7
Pagi
- Nasi lemak mkn 50 org
- Telo mata 30 biji
- Telo rebus 20biji
- Kuih 2 jenis(burger malaysia,seri muka)
- Air panas(teh tarik)
Semua ni tak termasuk pinggan + cawan pakai buang. Jadi kena la bawak sendiri semua tu ye. Nak senang bawak pinggan pakai buang.
- Nasi lemak mkn 50 org
- Telo mata 30 biji
- Telo rebus 20biji
- Kuih 2 jenis(burger malaysia,seri muka)
- Air panas(teh tarik)
Semua ni tak termasuk pinggan + cawan pakai buang. Jadi kena la bawak sendiri semua tu ye. Nak senang bawak pinggan pakai buang.
Memang syok makan tepi sawah.
Sewa Basikal
Hari sabtu kitaorang sewa basikal. Ada nombor tertera untuk sewa basikal. Bolehla jalan-jalan tepi sawah.
Malam BBQ
Malam sabtu pulak, kitaorang buat BBQ. Bawakla ayam dan rempah sendiri semua.
Ada Gazebo disediakan.
Lagi tak puas hati, malam lampu tu ada dekat Gazebo je tau..hahaha. Dekat bahagian kolam pancing, buaian, swimming pool takda lampu ye. Maknanya memang gelap gelita la. Terang dekat pondok jela. Kalau diikutkan, baik ada lampu dekat bahagian tengah, bagi terang sikit.
Hari Sabtu, homestay yang diduduki mak, abang, ayah ada kebocoran dekat sinki. Memang macam banjir ye air tu. Dahla kabinet dapur tu dia tutup, bila dah bocor, air mengalir keluar, memang terpaksa dibuka kabinet tu. Sekali buka, hah melimpah keluar. Terus Abang whatsup owner, yela takut kita dipersalahkan.
Rupanya owner tu cakap, memang dah lama rosak. Kitaorang terkejut bila dia cakap macam tu. Seriusla dah lama. Patutnya betulkan, sebab ramai je yang datang sini. Kitaorang bayar, takkanla dapat rumah macam ni. Terpaksa la guna sinki rumah kitaorang. Harap owner dapat selesaikan segera.
Nasihat nad, sesiapa yang check in chalet/homestay, pastikan snap semua gambar (ruang tamu,bilik,dapur,bilik air) dan pastikan semua barang yang ada dalam rumah tu ok. Kalau ada yang tak ok, cepat-cepat bagitau owner, takut jadi macam-macam hal nanti.
Nasihat nad, sesiapa yang check in chalet/homestay, pastikan snap semua gambar (ruang tamu,bilik,dapur,bilik air) dan pastikan semua barang yang ada dalam rumah tu ok. Kalau ada yang tak ok, cepat-cepat bagitau owner, takut jadi macam-macam hal nanti.
Sabtu tu ingat nak plan jalan-jalan tempat menarik, sudahnya anak demam, sakit perut. Bawakla pergi klinik ke sana. Jadi tak dapatla pergi tempat menarik dekat situ. Tapi kitaornag pergi kedai aiskrim depan klinik..hahaha.
Esoknya Ahad nak balik, baru pergi Laman Tebu dengan makan Mee Udang Banjir. Nanti nad cerita lagi ok.
Korang nak menginap dan tempah Asean Homestay bolehla hubungi https://wa.me/01115408896/
Jangan risau bab rosak tu. Owner baik hati sangat. Mungkin dia dah betulkan kerosakan. Kalau ada apa-apa, korang whatsup sahaja. Nanti dia datang. Tempat serius best. Datang waktu padi menghijau. Kalau korang datang nak tidur je.. Sesuai la tempat ni.
It sounds like you had an amazing family vacation at Asean Homestay in Sungai Besar. 😄 I can feel your excitement and enthusiasm through your words. The idea of experiencing the village atmosphere by staying amidst the paddy fields is truly unique and refreshing. 🌾
ReplyDeleteI must say, you’re quite the travel planner, Nad. Choosing a homestay that offers such a spacious environment for your big family gathering was a great decision. And with three big families, it must have been quite a lively and fun-filled trip! 🎉
I can imagine your anticipation as you drove towards Asean Homestay, especially with the dark and narrow road. But hey, exploring new places can be an adventure in itself, right? 😅 And it seems like the moment you arrived, you were greeted with a stretch of lovely houses and a picturesque view of the paddy fields. How wonderful!
The homestay itself sounds comfortable and well-equipped. From the spacious rooms with air conditioning to the fishing pond and swimming pool, there were plenty of activities for everyone to enjoy. 🏊♂️🎣 Plus, I bet the beautiful surroundings made for some fantastic photo opportunities and OOTDs! 📸
ReplyDeleteIt’s great to hear that you also tried the catering service and enjoyed delicious meals together. Sometimes it’s nice to take a break from cooking, right? 😋 And I couldn’t help but smile at the BBQ night, even if it was a bit dark. Nothing beats a good BBQ gathering with loved ones!
Lastly, I appreciate your advice about documenting any issues and communicating with the owner promptly. It’s always better to address any concerns right away to ensure a smooth and enjoyable stay.
lawa betul interior. Lama betul tak bercuti yang betul-betul bercuti. Haha.
ReplyDeleteNampak betul2 selesa homestay ni. Yang best tu ada kolam pancing sendiri. Anak2 mesti suka kalau stay sini 2-3 malam.
ReplyDelete