Cara Mudah Buat Telur Setengah Masak Dengan Betul - Setiap pagi, bila rasa nak makan telur setengah masak mesti buat, atau bila ke kedai mamak, mesti order telur setengah masak. Sedapnya bila dapat telur setengah masak yang putihnya masak lembut dan kuningnya cair meleleh. Dapat pulak makan dengan roti atau makan tu sahaja campur dengan lada sulah dan kicap. Pergh!! sedap..hahaha. Sebenarnya nad baru pagi tadi buat..hahaha. Nak dapatkan telur setengah masak yang betul-betul lembut dan cair tu ada caranya yang betul. Biasalah, kadang ada terlebih masak, terkurang masak, kita kena try error selalu ye.

Nak buat telur separuh masak nampak macam senang kan? Tapi sebenarnya ramai yang tak reti dan gagal setiap kali buat. Kalau terkurang masa, telur akan jadi kurang masak. Kalau terlebih masa pula, akan jadi telur rebus.
 

Cara Mudah Buat Telur Setengah Masak

Cara Mudah Buat Telur Setengah Masak Dengan Betul


Biasanya, telur setengah masak disajikan dengan cara direbus dalam air mendidih selama beberapa minit, menghasilkan tekstur yang unik di mana bahagian kuning telur masih agak lembut. 

Cara Mudah Buat Telur Setengah Masak


Ni antara gambar telur yang dah masak dan setengah masak. Agak-agak korang yang suka yang mana. Kalau nak makan nasi lemak atau goreng telur sambal bulat mestilah yang dah masak kan. Kalau Telur setengah masak, nad lebih suka gambar yang akhir sekali.

Telur Setengah Masak Menjadi Kegemaran


Setiap orang mesti akan makan telur setengah masak, tapi ada juga yang tidak menggemarinya. Paling wajib waktu pagi, waktu sarapan makan telur setengah masak ni untuk tenaga. Telur setengah masak ni menjadi kegemaran sebab banyak khasiat. Telur rebus setengah masak adalah salah satu makanan biasa yang mudah disediakan dan boleh didapati di mana-mana sahaja. 

Cara Mudah Buat Telur Setengah Masak

Bagi mereka yang ingin diet dan ingin menurunkan berat badan, menu ini menjadi pilihan. Dikatakan telur setengah masak tinggi kolesterol, itu adalah tidak benar ye. Jadi jangan takut untuk makan telur setengah masak.

Cara Masak Telur Setengah Masak 


Dekat sini nad kongsikan dua cara masak telur setengah masak dengan betul

Cara Mudah Buat Telur Setengah Masak

Cara pertama menggunakan periuk

1. Masak air sampai mendidih dalam periuk (air dalam periuk kena banyak).
2. Tutup api.
3. Masukkan telur dalam air mendidih tadi (periuk jangan tutup tau).
4. Set timer phone selama 6 minit.

Cara kedua menggunakan bekas telur setengah masak (Half Boiled Egg Maker)

Guna bekas telur ni lagi mudah sebab dia dah tanda paras untuk meletakkan air panas. Maksimum masukkan telur ke dalam hanya 4 biji sahaja. Paling penting, pastikan air dimasak dengan panas dan terus tuang dalam bekas telur ini.

Cara Mudah Buat Telur Setengah Masak
1) Masukkan telur ke dalam bekas telur setengah masak. 
2) Masukkan air panas yang menggelegak ke dalam bekas mengikut level air panas.

Cara Mudah Buat Telur Setengah Masak

Cara Mudah Buat Telur Setengah Masak

Contoh, masukkan 1 biji telur, masukkan paras air panas sehingga no 1. Kalau masukkan 2 biji, masukkan paras air nombor 2
3) Air di bahagian telur akan turun ke dalam bekas di bawah. Jadi bila air kosong biarkan sekejap dalam 5 saat.
4) Boleh ambil telur tu dan pecahkan di mangkuk lain.

Berhati-hati kerana air panas di bawah bekas tu penuh. Jauhkan daripada kanak-kanak.

Cara Mudah Buat Telur Setengah Masak


Cara Mudah Buat Telur Setengah Masak

Nad punya warna hijau tu la. Selalu tengok dekat kedai mamak diaorang guna warna kuning ni. Bekas ni dari nad kecil lagi mak nad dah guna, dan sampai sekarang masih ada. Memang senang nak buat telur setengah masak guna bekas ni. 

Nad kalau masak dekat periuk, memang tak lepas. 

Cara ketiga menggunakan AirFryer.

Sejak ada Airfryer,memang macam-macam makanan kita boleh buat. Tak sangka dengan Airfryer pun kita boleh buat telur setengah masak dengan sempurna.

1) Basuh telur terlebih dahulu dan tak perlu keringkan.
2. Telur straight ambil dari counter (room temperature) bukan dari peti ais.
3. Set kan suhu Airfryer 100°C, masa 10 minit.
4. Selesai 10 minit, kalau korang suka kuning telur dia cair macam gambar telur A, korang kena keluarkan terus lepas Airfryer stop.
5. Kalau suka jenis kuning telur firm sikit macam telur B, lepas 10 minit tadi, korang biarkan je dia dulu dalam Airfryer tu.

*Biarkan jela dalam 5-10 minit ke. Ikutlah, asalkan jangan keluarkan terus lepas AF berbunyi.
* Tapi ikut airfryer masing-masing. Yela saiz berbeza, mungkin suhu pun berbeza. Sebab tu perlu mencuba beberapa kali.

Untuk dapatkan telur yang sepenuh masak, masak sehingga 10 minit


Khasiat Telur Setengah Masak

Makan telur setengah masak pun ada khasiat tau. Antara khasiat makan telur setengah masak

1) Kekayaan Nutrien
- Telur setengah masak masih mengandungi nutrien penting seperti protein, vitamin B kompleks, dan mineral seperti selenium. Nutrien ini penting untuk kesihatan tubuh dan fungsi badan yang baik.

2) Protein Berkualiti
- Telur mengandungi protein berkualiti tinggi yang penting untuk pembentukan tisu badan, pertumbuhan, dan pembaikan sel. Protein juga membantu menjaga kenyang dan meningkatkan metabolisme.

3) Vitamin dan Mineral
- Telur mengandungi pelbagai vitamin dan mineral seperti vitamin A, D, E, B12, riboflavin, folat, dan zat besi. Vitamin-vitamin ini penting untuk menjaga kesihatan mata, tulang, kulit, dan sistem imun.

4) Keseimbangan Nutrisi
- Telur setengah masak dapat menjadi sumber keseimbangan nutrisi dengan menggabungkan protein, lemak, dan karbohidrat dalam satu hidangan. 

Cara Mudah Buat Telur Setengah Masak

Ini membantu menjaga tahap tenaga dan memastikan badan mendapat nutrien yang diperlukan.

5) Sumber Tenaga
- Telur mengandungi lemak sehat dan karbohidrat, memberikan sumber tenaga yang baik untuk aktiviti harian.

Walau bagaimanapun, adalah penting untuk diingat bahawa setiap individu mempunyai keperluan nutrisi yang berbeza dan mengambil telur setengah masak hanya sebagai sebahagian daripada diet yang seimbang dan pelbagai. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang diet atau kesihatan, disyorkan untuk berunding dengan pakar pemakanan atau profesional kesihatan.

Telur Setengah Masak Mengundang Bahaya?


Makan telur setengah masak pun boleh baa keracunan makanan. Ini adalah kerana, telur separuh masak mungkin mengandungi bakteria salmonella. Bakteria salmonella ini datangnya dari usus dan tahi ayam yang masuk ke dalam telur, semasa ayam bertelur dan sebelum kulit ayam menjadi keras.

Cara Mudah Buat Telur Setengah Masak

Bakteria ini boleh menyebabkan keracunan makanan. Antara tanda-tanda berlakunya keracunan makanan akibat dari bakteria ini ialah cirit -birit yang teruk, sakit perut dan juga sakit kepala.

Oleh itu, bagi mengelakkan hal ini berlaku, perlulah memilih telur yang berkualiti, membasuh telur dan menyimpan telur si tempat yang betul.

Ibu Mengandung Di Larang Makan Telur Setengah Masak


Apabila mengandung, sistem imunisasi seorang ibu akan menjadi lemah. Apabila sistem imunisasi lemah, sukar untuk tubuh badan melawan serangan bakteria atau virus. Akibatnya, risiko untuk kandungan gugur atau kematian janin sangat tinggi.

Berikut adalah beberapa keburukan telur setengah masak untuk ibu mengandung dalam Bahasa Melayu:

1) Risiko Bakteria
- Telur setengah masak mungkin masih mengandungi bakteria seperti Salmonella. Bakteria ini boleh membahayakan kesihatan ibu mengandung dan janin. Ibu mengandung mempunyai sistem imun yang lebih lemah, membuat mereka lebih rentan terhadap jangkitan bakteria ini.

2) Kekurangan Nutrien
- Telur yang dimasak sepenuhnya mengandungi nutrien yang lebih mudah dicerna oleh tubuh. Telur setengah masak mungkin tidak memberikan nutrien dengan efisien seperti telur yang dimasak sepenuhnya.

3) Pengurangan Vitamin
- Telur setengah masak mungkin mempunyai kehilangan beberapa nutrien seperti vitamin B kompleks dan vitamin D kerana kurang dimasak. Vitamin-vitamin ini penting untuk perkembangan tulang, kulit, dan sistem saraf bayi.

4) Risiko Peningkatan Kolesterol
- Telur yang tidak dimasak sepenuhnya mungkin mempunyai kesan ke atas tahap kolesterol darah ibu mengandung. Peningkatan kolesterol boleh meningkatkan risiko masalah kesihatan seperti penyakit kardiovaskular.

5) Keselamatan Makanan
- Telur yang tidak dimasak sepenuhnya boleh membawa risiko keselamatan makanan yang lebih tinggi. Ibu mengandung cenderung lebih sensitif terhadap jangkitan makanan yang boleh membahayakan diri mereka dan janin.

Hanya dengan dimasak sepenuhnya barulah bakteria ini akan mati. 

Oleh itu, bagi ibu mengandung, disarankan untuk mengelakkan telur setengah masak dan memastikan telur dimasak sepenuhnya sebelum memakannya. Mengambil langkah-langkah keselamatan makanan yang tepat dan memasak telur dengan sempurna akan membantu meminimalkan risiko bagi kesihatan ibu dan perkembangan bayi yang di dalam kandungan. Sekiranya terdapat sebarang keraguan atau kebimbangan, disyorkan untuk mendapatkan nasihat dari profesional kesihatan atau pakar pemakanan.

Jadi, kepada ibu mengandung yang teringin untuk menikmati telur separuh masak, tangguhkan dulu keinginan anda sehingga habis tempoh melahirkan dan berpantang nanti ya!

Itu untuk ibu mengandung, bagi kita yang sihat, nak gayakan hidup sihat, nak bertenaga di pagi hari, boleh la makan telur setengah masak.
SHARE 2 comments

Add your comment

  1. I’m a big fan of half-boiled eggs myself, especially when the whites are perfectly soft and the yolks are delightfully runny. Pair that with some toast or just enjoy it on its own with a dash of soy sauce and pepper – heavenly! 😍

    I totally get what you mean about the challenges of getting the timing just right. It’s a fine line between undercooked and overcooked, but practice makes perfect, right? 💪 Your step-by-step instructions using a pot, a half-boiled egg maker, and even an Airfryer are super helpful. I never thought of using an Airfryer for half-boiled eggs – definitely going to give it a try!

    ReplyDelete
  2. And let’s not forget about the benefits of half-boiled eggs. They’re packed with nutrients like protein, vitamins, and minerals, providing a balanced source of energy to kickstart the day. Plus, they’re so versatile – perfect for nasi lemak or sambal telur bulat! 🍳🌶️

    Now, I have to admit, reading about the dangers of undercooked eggs did give me a little pause. But hey, as long as we choose quality eggs, wash them properly, and store them correctly, we can minimize those risks. Safety first, right? 😉 And for expecting mums out there, it’s best to stick to fully cooked eggs during pregnancy to ensure the health of both mum and baby.

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2