Blue Ice Snow Park Pavillion Bukit Jalil - Haritu nad ada senaraikan tempat menarik untuk family berseronok di Pavillion Bukit Jalil. Salah satu yang nad nak cerita dalam entry ni ialah Blue Ice Snow Park. Blue Ice Snow Pavilion Bukit Jalil adalah destinasi menarik dan keseronokan untuk anak-anak bermain dengan salji dan meluncur ais.
Ada berbagai aktiviti bersalji di sini, termasuk bermain ski, meluncur dan bermain salji bersama keluarga dan rakan-rakan. Berada di tingkat 5 Pavillion Bukit Jalil, Blue Ice Snow Park Menawarkan salji yang sebenar. korang dah boleh nampak pintu yang bersalji di situ. Fariza nampak je terus dia berlari..hehee. Dulu masa diaornag kecil, pernah pergi ke main salji dekat Snowalk Icity Shah Alam. Ni dah besar, baru dapat datang lagi bermain ice.
Blue Ice Snow Park Pavillion Bukit Jalil
Masuk sini je memang dah rasa sejuk. Bila dah datang ke Blue Ice Snow ni, wajib pakai stokin ya. Satu lagi ialah glove, sebab kat dalam sejuk ya. Kalau terlupa bawak, boleh je beli di kaunter. tempat ni memang cantik sebab mempunyai simulasi cahaya utara, serta suasana romantis apabila malam tiba!
Harga Tiket Blue Ice Snow Park
Mestila korang tertanya-tanya harga untuk masuk ke dalam Blue Ice Snow Park ni.
Ice Skating : RM40
Snow Park : RM60
Dibuka setiap hari dari jam 10 pagi sehingga 10 malam
Address: Lot 5.01.00, Level 5, Pusat Bandar, 2, Persiaran Jalil Utama, Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
Ada 5 sesi pilihan slot waktu yang boleh kita pilih untuk bermain di dalam Blue Ice Snow Park Pavilion Bukit Jalil ini. Korang boleh tengok dalam gambar. Sebab perlu pilih sesi, kerana setiap 30 minit mereka perlu sanitize & ice resurface tempat tu.
Kalau korang nak main ice skating, dekat sini, ada pelbagai saiz kasut ice skating, dari saiz kecil sampaila ke besar. Begitu juga dengan tandas dan tempat penyimpanan barang (ada caj uang dikenakan bagi tempat penyimpanan barang).
Snow Park.
Bayaran adalah berbeza dengan Snow Park dan Ice Skating. Jadi masa anak datang sini pilihla mana yang korang nak. Nak main dua-dua tempat pun boleh.
Macam nad pilih Snow Park, anak-anak boleh main salji. Eh, bukan anak-anak je teruja dan seronok, mommy dengan daddy pun pun sama tau..hahaha. Dah tak boleh main Ice Skating, kita main Snow Park jela.
Dekat sini bolehla main salji puas-puas. Tak tau bila dapat salji asli dekat luar negara tu kan, kita main dalam ni dulu. Suasana pun sejuk, dan salji pun macam real je..hehee. Bolehla buat snowman, dan bentuk-bentuk yang disukai.
Lagi best, macam dalam tv tu, buat bola ais, lepastu baling..hehe.. Best betul ye.
Lepas tu boleh main gelongsor yang disediakan. ambil pelampung, naik ikut tangga dan gelongsor..Best oo..hahaha.
Ice Skating
Ingat dulu nad main Ice Skating dekat Sunway Pyramid, terkial-kial hah nak main. Memang tak pernah main, tak reti pun nak main. Sudahnya kita pegang dinding jela. Memang seronok tengok diaorang main Ice Skating ni. Nak juga macam tu, tapi tak reti lagi sampai sekarang..hahaa.
Kalau tengok gelanggang ais dekat Blue Ice Snow Park Pavillion Bukit Jalil ni besar juga. Seronok tengok diaorang bermain. Lagi kalau tengok yang dah pro, siap boleh menari dan melompat atas ais tu.
Berskating bukan sahaja merupakan aktiviti rekreasi yang menyeronokkan, tetapi juga merupakan bentuk seni yang boleh dipersembahkan melalui gerakan dan aksi-aksi artistik di atas ais. Terdapat juga sukan berskating kompetitif dalam acara sukan bertanding.
Bagi mereka yang baru bermula, berskating mungkin agak mencabar, tetapi dengan latihan dan kecekapan, ia menjadi aktiviti yang menyeronokkan dan menarik untuk semua peringkat usia. Jadi, jika anda ingin mencuba sesuatu yang baru dan menarik, berskating mungkin menjadi pilihan yang baik untuk dinikmati bersama keluarga dan rakan-rakan!
Bagi mereka yang baru meluncur, Gelanggang Ais Biru menawarkan pelbagai kelas dan kelas luncur. Kelas-kelas ini diajar oleh pengajar berpengalaman yang mahir bekerja dengan pemula dan membantu mereka mengembangkan kemahiran skating mereka. Pelajaran disesuaikan dengan keperluan individu dan merangkumi segala-galanya daripada teknik asas luncur ke gerakan dan helah lanjutan.
Blue Ice Snow Park turut menawarkan pakej acara esklusif . Antaranya seperti pakej parti hari jadi, acara korporat dan pakej istimewa lain yang boleh disesuaikan diadakan di Blue Ice Snow Park.
Cafe
Dah penat bermain salji, main Ice Sakting, perut lapar pulak. Jangan risau, dekat sini ada disediakan cafe. Korang boleh menikmati minuman panas dan snek yang disediakan.
Blue Ice Snow Park tempat sesuai untuk family meluangkan masa bersama. Dapat bermain salji dan berseronok bersama. Korang mencari tempat salji, bolehla pergi ke Blue Ice Snow Park Pavillion Bukit Jalil.
❄️⛸️🌨️ I could feel the thrill and joy of playing in the snow and gliding on ice just by reading your description. It must have been an amazing experience for your family! I couldn’t help but smile when you mentioned Fariza’s excitement and how she dashed towards the snowy door. 🏃♀️😄
ReplyDeleteI totally get the nostalgia of going to Snowalk i-City Shah Alam when she was younger. It’s incredible how time flies, and now she’s enjoying the ice at Blue Ice Snow Park. 🕒⏩
Thanks for sharing the ticket prices and the different sessions available. It’s helpful to know the details before planning a visit. And oh, the need for socks and gloves is a great reminder. Don’t want to freeze those fingers and toes! ❄️🧤
The Snow Park sounds like a winter wonderland where you can build snowmen, make snowballs, and slide down the slopes. I can imagine the laughter and fun that you and your family had there! ⛄❄️🎿
As for ice skating, I’m with you on the kial-kial part. I’ve always been a bit hesitant when it comes to skating, but watching others glide gracefully must have been a beautiful sight. Maybe one day, we’ll both gather the courage to give it a try! ⛸️😅
ReplyDeleteThe fact that Blue Ice Snow Park offers skating classes for beginners is fantastic! It’s a great opportunity to learn and improve our skating skills. Who knows, with some practice, we might be able to show off some fancy moves on the ice someday! 💃⛸️