McDonald's Malaysia, Tenaga Nasional Berhad Dan GSPARX Jalin Kerjasama Strategik Kurangkan Jejak Karbon melalui Tenaga Boleh Diperbaharui - McDonald's Malaysia mengukuhkan lagi komitmennya melibatkan alam sekitar dan kelestarian, seiring dengan komitmen McDonald's Global untuk mencapai sifar karbon dalam segenap operasinya di peringkat global menjelang 2050. Inisiatif McDonald's dengan memasang solar PV di restoran mereka adalah satu lagi contoh terbaik dalam mewujudkan impak positif ke arah masa depan yang lebih hijau.

Bumbung fotovoltaik solar (PV) merupakan satu teknologi canggih yang mampu mengekalkan tenaga matahari dan mengubahnya menjadi tenaga elektrik yang bersih dan berkesan. 


Dalam usaha mengukuhkan komitmennya melibatkan alam sekitar dan kelestarian, McDonald’s Malaysia telah berkolaborasi bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan GSPARX Sdn Bhd untuk mengurangkan jejak karbon dan penggunaan elektrik untuk memasang panel solar.



McDonald's Malaysia, Tenaga Nasional Berhad Dan GSPARX Jalin Keriasama Strategik Kurangkan Jejak Karbon melalui Tenaga Boleh Diperbaharui


Baru-baru ini, McDonald's menandatangani kerjasama strategik dengan Tenaga Nasional Bhd (TNB) dan GSPARX Sdn Bhd (GSPARX) untuk pemasangan bumbung fotovoltaik solar (PV) melalui penandatanganan Perjanjian Bekalan Tenaga Boleh Diperbaharui (SARE) di McDonald's Pantai Sentral.

McDonald's Malaysia TNB Dan GSPARX Jalin Kerjasama Kurangkan Jejak Karbon

Kemudahan solar PV tersebut akan dipasang di 100 restoran Pandu-Lalu McDonald's di seluruh negara secara berperingkat, dan dijangka siap pada Disember 2024.

Kerjasama ini adalah salah satu inovatif dan efisien dalam pengurangan penggunaan tenaga, pengurangan pembaziran, dan peningkatan amalan hijau dalam operasi mereka. Ini dapat mengurangkan kebergantungan mereka pada sumber tenaga fosil.

39 Restoran Terpilih Untuk Fasa Awal Inisiatif Pemasangan Bumbung Solar PV


Sejak Jun 2022, McDonald's telah memulakan fasa awal bagi inisiatif kelestarian dengan kerjasama TNB melibatkan pemasangan bumbung solar PV di beberapa restoran McDonald's terpilih. 

Dalam fasa awal, GSPARX yang merupakan anak syarikat TNB telah memasang sistem bumbung solar di 39 restoran McDonald's di seluruh negara dengan kapasiti keseluruhan 1216.18kWp. Ini merupakan satu pencapaian penting dalam perjalanan McDonald's kearah inisiatif kelestarian jangka panjang.

Di bawah SARE, GSPARX bertanggungjawab membina, memasang, mengoperasi dan menyelenggara kemudahan solar PV dengan saiz sistem 2.5MWp untuk 100 restoran McDonald's. 

Kelebihan Pemasangan Solar PV 


- Pemasangan Solar PV Mampu Mengurangkan Kos Penggunaan Elektrik


Dengan pelaksanaan projek solar ini, McDonald's Malaysia dijangka mampu mengurangkan kos penggunaan elektrik sebanyak RM7 juta untuk kesemua restoran ini.

McDonald's Malaysia TNB Dan GSPARX Jalin Kerjasama Kurangkan Jejak Karbon

"Kerjasama yang terjalin dengan TNB dan GSPARX sangat bermakna bagi McDonald's Malaysia dalam melaksanakan penyelesaian hijau yang mampu mengurangkan penggunaan elektrik dan pengeluaran karbon. Kerjasama ini mengukuhkan lagi komitmen kami kearah ekosistem yang lebih lestari. Melangkah ke hadapan, matlamat kelestarian kami bakal membentuk asas dalam cara kami mengembangkan perniagaan, menyantuni komuniti dan meminimumkan kesan terhadap alam sekitar," kata Dato' Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald's Malaysia.
McDonald's Malaysia TNB Dan GSPARX Jalin Kerjasama Kurangkan Jejak Karbon

"Kami sangat berbesar hati dapat bekerjasama dengan McDonald's Malaysia dan menyumbang kepakaran kami dalam penggunaan tenaga boleh diperbaharui. Kerjasama in mengetengahkan komitmen TNB menyokong syarikat terkemuka seperti McDonald's kearah mengurangkan penggunaan karbon dalam operasi mereka. Kami percaya yang kerjasama ini mampu mewujudkan pertumbuhan perniagaan yang signifikan untuk kedua-dua organisasi, pada masa sama mempercepatkan usaha ke arah Peralihan Tenaga," kata Dato' Indera Ir. Baharin Din, Presiden / Ketua Pegawai Eksekutif, Tenaga Nasional Berhad.

Selain mengurangkan kos, pemasangan solar ini dapat 

- Mengurangkan kos tenaga

Tukar tenaga daripada matahari kepada elektrik dan kurangkan bil tenaga 

- Persekitaran yang lebih baik

Tenaga suria berwarna hijau, mampan dan tidak mengeluarkan bahan pencemar apabila dihasilkan atau dimakan

- Bantu Selamatkan Alam Sekitar

Memainkan peranan yang kuat dalam mengurangkan pemanasan global dengan menjana tenaga yang lebih bersih dan hijau.


Pembangunan Stesen Pengecas Kenderaan Elektrik (EV) di restoran McDonald's


Selain menandatangani SARE, McDonald's juga akan bekerjasama dengan GSPARX untuk pembangunan stesen pengecas Kenderaan Elektrik (EV) di restoran McDonald's terpilih, sebagai sebahagian daripada komitmen syarikat untuk menggalakkan penggunaan penyelesaian tenaga bersih dan menyokong mobiliti elektrik di Malaysia. 

Penggunaan kenderaan elektrik semakin meningkat setiap hari, dan ingin memastikan pelanggan McDonald's dapat memanfaatkan peluang ini dengan mudah.

McDonald's Malaysia TNB Dan GSPARX Jalin Kerjasama Kurangkan Jejak Karbon

Diharap inisiatif McDonald's dapat memberi inspirasi kepada syarikat-syarikat lain untuk mengambil langkah yang sama dalam mengintegrasikan tenaga solar ke dalam perniagaan mereka bagi membawa perubahan positif yang besar dalam cabaran alam sekitar dan iklim. Dengan melibatkan semua pihak dan menyokong teknologi lestari seperti panel solar, kita boleh bersama-sama mencapai masa depan yang lebih hijau dan berkelanjutan. 

Untuk maklumat lanjut tentang inisiatif kelestarian oleh McDonald's Malaysia, layari www.mcdonalds.com.my.
SHARE 2 comments

Add your comment

  1. Your partnership review with McDonald’s Malaysia is truly informative and inspiring. The collaboration between McDonald’s, Tenaga Nasional Berhad (TNB), and GSPARX to install solar PV panels is a great step towards a greener future. 🍃 It’s commendable how McDonald’s Malaysia is committed to reducing carbon emissions and embracing renewable energy sources. 🌞 The benefits of solar PV installation, such as reducing electricity costs and creating a better environment, are truly remarkable. 👏

    ReplyDelete
  2. I also loved how you highlighted the development of Electric Vehicle (EV) charging stations at selected McDonald’s restaurants. 🚗 This shows McDonald’s dedication to promoting clean energy solutions and supporting electric mobility in Malaysia. It’s fantastic to see the company leading the way and inspiring others to integrate solar energy into their businesses. 💪

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2