Pertama Kali Makan Laksa Sarawak - Sekarang ni kalau nak makan makanan dari Negeri lain senang kan, sebab ada je dekat restoran mana-mana yang buat makanan tradisional seperti makanan Terengganu, makanan Kelantan, makanan Sarawak pun boleh kita jumpa walaupun tak perlu pergi ke Sarawak, contoh seperti Laksa Sarawak. Pertama kali nad makan laksa Sarawak, nak cuba rasa dan nak tau bagaimana rasanya sebab tengok pada rupa, Laksa Sarawak sangat unik. 

Selalu kita makan Laksa Kedah, kuah daripada ikan yang direbus. Kali ni kita cuba makan Laksa Sarawak. Sekarang pun dah ada orang jual pes Laksa sarawak, jadi bolehla buat reseipi di rumah. Kalau rajinla, kalau tak berapa rajin, bolehla cari di kedai, hehee.



LAKSA SARAWAK


Laksa Sarawak


Laksa Sarawak merupakan sebuah juadah yang berasal dari Negeri Sarawak, Malaysia. Bahan utamanya adalah sambal laksa yang diperbuat daripada pelbagai ramuan. Laksa Sarawak tidak berada dalam kategori yang sama dengan laksa lain yang ada di Malaysia kerana Laksa Sarawak menggunakan air rebusan udang dan ayam. Tidak seperti laksa lain yang menggunakan air rebusan ikan. Mee yang digunakan pulak jenis mee halus.

Ia mempunyai sup asas mengandungi sambal belacan yang memberikannya warna seakan kemerahan yang turut dicampur dengan santan, asam jawa, bawang putih, lengkuas, dan serai. Di atasnya pula ditabur dengan cebisan telur goreng, hirisan ayam, udang, dan daun ketumbar. Limau nipis juga ditambah mengikut selera individu.

Bahan-bahan seperti tauge, hirisan tauhu goreng atau makanan laut yang lain juga ditambah mengikut kehendak walaupun bahan-bahan tersebut bukanlah ramuan laksa yang tradisional.

Laksa Sarawak Rasanya Yang Unik


Ni Laksa Sarawak yang nad beli dekat Jumboo Cafe KL. Kalau tengok rupa, ada macam-macam jenis bahan diletakkan dalam ni. Hah rasa dia pulak memang lain dari yang lain ye dengan laksa yang nad selalu makan ye. Bau dia pun lebih kepada rempah. Bila makan tu, memang rasa rempah dia, tapi tak terlalu kuat la. Mula memang pelik dengan rasa dia, tapi lama-lama sedap juga. Selain tu ada rasa lemak, masin, masam, pedas, kira komplete satu tu.

Nad ada kawan dari Sarawak, dia kata, nak buat ni memang susah, nak dapatkan rasa dia tu. Dia cakap memang kuat bau dan rasa rempah tu. Betul la cakap dia tu, sebab nad sendiri bau kuat, apatah lagi masa makan. 

Resepi Laksa Sarawak


Bahan-bahan:

Kuah Laksa:

1 Pes Laksa Sarawak (Selalu guna pes laksa Hj Manan or Liza)
2 kotak santan kecil / 2 paket santan serbuk
1 kiub ayam
1 kari peket kecil* (wajib klu ikut resepi ini)
1 Liter air (Guna botol air mineral kecil – 2 sukatan)
Garam/perasa (jika perlu)

Cara Penyediaan:
1. Masukkan 1 liter air ke dalam periuk
2. Masukkan pes laksa, santan, kiub ayam dan serbuk kari
3. Masak hingga mendidih
4. Sesudah mendidih, tutup api.
5. Tapis kuah & siap 😊
*Tambah garam/perasa, jika perlu

Hidangan:

1. Bihun
2. Ayam (rebus & dicarik2)
3. Udang (celur shj)
4. Tauge (celur shj)
5. Telur (boleh Rebus / masak telur dadar & hiris)
6. Daun ketumbar (hiris halus)
7. Cili padi/hijau (hiris)
8. Sambal belacan ( tumbuk cili padi + belacan)
9. Limau
*Bahan-bahan hidangan ni ikut selera masing-masing. (Kalau suka kubis, letak kobis. Kalau suka bawang goreng, letak ja. Ikut kreativiti masing-masing yer.

Senang tak resepi Laksa Sarawak ni? Haa ada banyak lagi tau resepi yang mudah tapi sedap yang ada di google. Korang cari je, mesti keluar banyak cara. 

Lokasi Restoran Sarawak Di Kuala Lumpur


Kalau korang teringin nak makan Laksa Sarawak dan tak berapa rajin nak buat, bolehla pergi ke restoran yang nad senaraikan ni. Tapi ni restoran Sarawak kawasan Kuala Lumpur sahaja.

Dayang Sarawak Corner (Mee K

Address: Park N' Ride Sungai Besi, Jalan Suasa, Pekan Sungai Besi, 57000 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Laksa Sarawak Licious

Address: Seri Riana Residence, Jln Wangsa Delima 7, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Restoran Dapur Sarawak

Address: No.19, Jalan Sarikei,, Off Jalan Pahang, Pekeliling, 53000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Kafe Sarawak

Address: 43, Jalan Sulaiman 1, Taman Putra Sulaiman, 68000 Ampang, Selangor
SHARE 2 comments

Add your comment

  1. 🍜 The way you described the spices and the different ingredients made my mouth water! I could almost taste the lemak, masin, masam, and pedas flavors that you mentioned. 😋

    It’s amazing how diverse Malaysian cuisine is, and it’s so great that we can now find dishes from different states without having to travel far. Laksa Sarawak sounds like a must-try for any food lover. I admire your adventurous spirit in giving it a go and sharing your thoughts about it. 💪

    ReplyDelete
  2. By the way, your friend from Sarawak was right! It’s not easy to capture the authentic taste and aroma of Laksa Sarawak. But based on your description, it seems like you found a place that nailed it! 🙌

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2