Resepi Kerabu Maggi Thai Sedap dan Mudah, Penting Rasanya Pedas Gila -  Kalau ke Thailand, macam-macam jenis makanan ada, syurga makanan katanya dan salah satu makanan yang digemari ialah Kerabu Maggi. Nad belum berkesempatan lagi ke Thailand, sebab tu bila ada festival makanan Thai, nad mesti pergi semata nak membeli kerabu maggi tu. Wajib ye, sebab rasanya yang pedas masam gitu. Sekarang ni masakan Thailand makin digemari oleh rakyat Malaysia terutama resepi kerabu maggi.

Selera tekak masyarakat Thailand dengan Malaysia tak jauh beza. Semuanya suka makan makanan yang pedas-pedas. Lagipun kerabu maggi ni nak buatnya bukan macam maggi biasa, ada la bahan-bahan dia yang membuatkan rasa tu pedas dan sedap. Baru la menyangkut dengan selera kan. Kalau pedas tu pula mesti tahap kaw sebab lagi umphh rasanya.


KERABU MAGGI THAI SEDAP
Kerabu Maggi nad beli di Pesta Makanan Thai di Lotus Ampang

Kerabu Maggi Thai Sedap


Selalunya, kalau dekat Malaysia, kerabu ni kita buat dengan sayuran, seperti kerabu pegaga, kerabu pucuk paku, kerabu mangga, kerabu sotong, kerabu kaki ayam, kerabu ikan bilis, eh banyak lagi la jensi-jenis kerabu ni. Thailand pulak, kerabu maggi. 

Kalau dah nama pun kerabu mesti ada rasa pedas, ada rasa masam, manis, rasa sedap dari seafood atau daging. Ada rasa rangup-rangup dari sayur atau ulam yg kita masukkan. Memang syiok betul makan kerabu maggi ni.

Kerabu maggi merupakan suatu makanan yang dihasilkan daripada gabungan pelbagai jenis sayuran, makanan laut dan juga maggi yang digaulkan sekali. Malah, cara penyediaannya juga sangat mudah dan menyelerakan. Sekali cuba pasti nak lagi. Memang puas hati kalau makan masakan ni sebab semua rasa ada dan seimbang jer. 

Masih ingat lagi bila pertama kali saya makan juadah ni. Waktu tu suami yang ajak pergi. Pertama kali datang ke pesta makana Thai, tengok diaorang buat dalam mangkuk besar tu. Laju je diaorang buat, kacau-kacau, masukkan bahan, dah siap. Waktu tu terfikir, apalah rasanya, sedap ke tak. Bila dah makan, memang teringat-ingat. Memang kena dengan selera nad yang suka makan pedas. 

Tak hairan kalau hari ni resepi kerabu maggi makin digemari dan disukai oleh semua lapisan umur rakyat Malaysia. Juadah ini bila-bila masa yang kita suka pun kita boleh makan. Bagi yang tak suka makan seafood atau alergik dengan seafood, korang boleh jer tukar seafood dengan ayam atau fishball.
Ikut citarasa masing -masing. 

Bahan dan Cara Utama Membuat Kerabu Maggi Thai

Guna Maggi Siam


Nak buat Kerabu Maggi, nad tengok, orang Thai ni menggunakan maggi siam yang plastiknya berwarna merah. Boleh je cari dekat Shopee atau mana-mana..

Memasak Menggunakan Kaedah Celur


Apa yang nad tengok masa pergi pesta makanan Thai, semua maggi dan bahan-bahan sayuran, sotong, udang mereka menggunakan kaedah celur atau celup dalam air panas. Jadi lembut semua apabila dimakan.

Bila dah siap celur baru la digaul hingga sebati dalam magkuk besar tu. 

Tengah menaip pun duk telan air liur juga..hahaa. teringat rasanya yang pedas dan masam tu. Mau lepas tulis entry kene buat sendiri ni..haha. Nak jimat kos dari membeli kat luar. Yela, harga Kerabu Maggi ni pun boleh tahan mahalnya. RM8 ke atas macam tu. Jadi, buat jela resipi sendiri ikut resipi nad kongsikan ni.

Resepi Kerabu Maggi Sedap dan Mudah

Bahan-bahan:

- 2 paket maggi siam Serda
- Sotong, udang bebola ikan dan ‘seafood’ lain.
- Limau nipis
- Daun ketumbar
- Bawang besar
- Cili
- Sos ikan
- Gula kabung/gula
- Pes cili thai
- carrot hiris panjang2
-kubis dihiris halus
-2 biji tomato dipotong dadu

Cara penyediaan:

1) Panaskan air di dalam periuk. Bila air dah mendidih, celur atau rebus maggi dan lauk pauk. Angkat dan toskan seketika. 
2) Pastikan anda menyimpan air yang diguna untuk rebus/celur maggi untuk dijadikan sebagai kuah.
3) Sediakan mangkuk sederhana. Masukkan perencah maggi bersama bahan dihiris kemudian gaul biar sebati.
4) Tambahkan dengan 1 sudu sos Ikan
5) Masukkan juga setengah sudu Thai Chili Paste
6) Tambah setengah sudu Gula Kabung Thai, boleh juga guna gula biasa. Kacau sebati.
7) Kemudian, masukkan sedikit air rebusan seafood tadi dan kacau sebati.
8) Akhir sekali, masukkan maggi yang dah direbus tadi dan tambahkan dengan bawang besar, cili padi dan seafood.Masukkan perahan air limau nipis.
9) Gaul semua bahan tadi hingga betul-betul sebati. Angkat dan hidangkan.

Resepi ini diakui sangat simple dan menjimatkan masa kerana kita tidak perlu memasak. Orang bujang pun boleh cuba untuk memasaknya dirumah. Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat semua.

Jangan lupa kongsikan resepi ini untuk kenalan rapat, kaum keluarga dan insan yang tersayang yer. Selamat mencuba.
SHARE 2 comments

Add your comment

  1. I love Thai food, especially when it’s spicy and tangy. It’s great to see that the flavours of Thailand are becoming more popular in Malaysia, and this dish seems like a perfect blend of spicy, sour, and tasty. 🌶️🍜 I can almost imagine the crunchiness of the vegetables and the satisfying taste of the seafood mixed with the Maggi noodles. And the best part is that it’s easy to make! 🙌

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2