hai assalammualaikum
Roti John Crispy Cili Pandan Jaya Padu Betul - Pernah tak korang makan roti john yang ada cili? Bukan sikit tau cilinya tapi banyak. Bila makan tu memang pedas gila, memag padu!! Salah satu tempat yang jual roti john crispy cili adalah di Pandan Jaya. Nad beli masa bulan ramadan tahun lepas. Lepas tu mesti akan beli dan beli lagi dekat kedai ni.
Roti john ni hanya roti panjang, disalut dengan telur dan daging. Telur dan daging kisar yang sudah dimasak dicampur bersama bawang, kemudian dituang ke atas kuali leper. Kemudian diletakkan roti di atasnya dan diterbalikkan. Ditambah dengan sayur dan sos cili berserta mayonis. Haishh, tetiab terliur pulak..hahha.
Roti John Crispy Cili Pandan Jaya Padu Betul !!
Roti John ni memang menu kegemaran. Tapi akan kecewa bila ornag tak masak roti john dengan betul, dengan isi yang sikit. Lagi kalau bualn Ramadan, memang boleh buat orang murung tau. Dahla lapar, dapat yang tak seperti dalam gambar. Tapi kalau beli Roti John Cerispy Pandan Jaya ni, memang puas hati.
Nama kedai dia Burger Cili Padi Pandan Jaya. Sekali tu dia buat dengan Roti John.
Lokasi Roti John Crispy Cili Pandan Jaya
Lokasi : Jalan Pandan 3, Ampang, Malaysia
Waktu Operasi : 3.30 petang - 3 pagi
Harga semua dah catit dekat sini. Sebut je nak makan burger apa, nak roti john apa.
Untuk cili tu, sebenarnya bukan wajib pon, kalau korang nak yang bercili baru dia buat. Ada je yang tak bercili, jangan risau. Tapi nad memang suka pedas, semestinya nad order yang bercili.
Tengokla Roti John Cili Padi dia, isi banyak, sayur pun ada, sos melimpah, cili dia, setiap yang dipotong tu mesti ada cili. Perghh.
Sekali makan, gigitan pertama memang pedas gila. Cili yang diguna memang cili padi yang jenis pedas. Korang yang suka makan pedas boleh cuba. Yang tak makan pedas, nak makan , boleh je, sediakan air..hehee.
Rasanya memang sedap, pedas semestinyaa. Tapi walaupun pedas, mesti nak makan lagi dan lagi..hehehe.
Bila tengah taip entry ni, haishh terliur pulak. Esok nak cari, tapi lupa esok Ahad, kedai Burger cili ni tutup. Sudahnya kena la tunggu hari Isnin nanti.
Resepi Roti John.
Nak buat sendiri pun boleh sebenanrnya roti john ni. Senang sahaja. Roti pun dha boleh siap beli dekat pasaraya. Cuma beli bahan inti dia sahaja. Nad pernah buat sebelum ni, tapi nad buat roti john spesel menggunakan susu F&N. Pelik tapi sedap..hehee.
Boleh baca ; Resepi Roti John Yang Mudah.
Di sini nad kongsikan Resepi Roti John Biasa dan Roti John Cheese Leleh
Resepi Roti John/Inti Daging Berempah
Bahan-bahan
Inti daging
- Daging lembu/ ayam kisar
- Bawang putih (cincang)
- Bawang besar (hiris)
- Rempah kari daging
- Sos tiram
- Serbuk lada hitam
Roti John
- Roti panjang (dibelah tengah jangan putus)
- Telur
- Inti daging
- Sos cili
- Sos blackpeper
- Mayonis
- Salad, timun, tomato
Cara buat Roti John/Inti Daging Berempah
Inti daging
- Tumis bawang putih, dan bawang besar hingga wangi.
- Masukkan daging dan tumis hingga separuh masak.
- Masukkan rempah kari, sos tiram dan serbuk lada hitam dan garam secukup rasa.
- Boleh ditutup api bila daging dah cukup masak.
Roti John
- Panaskan kuali non stick dengan sedikit minyak dan api perlahan.
- Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan dituang ke dalam kuali .
- Taburkan inti daging secukupnya.
- Letakkan roti yg telah dibelah.
- Masak sebentar dan dibalikkan
- Angkat roti.
- Hidangkan bersama sos, daun salad,timun dan tomato
Resepi Roti John Cheese Leleh Inti Lebih
Bahan-bahan
- 4 biji telur (dipukul)
- 1 sudu kecil serbuk lada putih
- 1 sudu besar serbuk rempah kari
- 1 biji bawang besar (dipotong dadu)
- 2 biji bawang putih (dipotong dadu)
- Roti panjang (dibelah 2)
- Kobis (dihiris nipis)
- Kepingan cheese
- Mayonis
- Sos cili
- Ayam cincang/daging cincang
- Garam secukupnya
- Minyak masak
Cara buat Roti John Cheese Leleh Inti Lebih
- Tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga naik bau. Masukkan daging kisar atau ayam cincang, serbuk kari, serbuk lada putih dan garam secukupnya. Kacau sebati dan biarkan sehingga ayam masak.
- Setelah masak, angkat dan ketepikan.
- Pukul telur sehingga berbuih dan masukkan inti ayam tadi. Kacau rata hingga sebati.
- Potong roti kepada dua bahagian, tapiii jangan sampai putus ye.
- Sapukan permukaan roti dengan butter atau marjerin dan grillkan atas kuali sekejap dan angkat.
- Kemudian masukkan sedikit minyak di dalam pemanggang dan tuangkan inti secukupnya supaya ia melebar lebih besar daripada saiz roti. Biarkan seketika.
- Letakkan kepingan cheese di atas inti tadi.
- Ambil roti yang dibelah tadi dan terlangkupkan di atas inti. Tekan tekan sedikit dan biarkan masak sebentar.
- Bila dah masak, balikkan roti seketika dan angkat
- Letakkan mayonis, sos cili dan kobis yang telah dihiris nipis. Potong roti pada beberapa bahagian. Dah siap.
Selamat mencuba.
Wow, this blog post about Roti John Crispy Cili Pandan Jaya is making my mouth water! 🤤 I can almost taste the deliciousness just by reading your description. It’s great to see that you’ve found a place in Pandan Jaya that serves such a scrumptious version of this popular dish. I love how they load it up with lots of cili, giving it that extra kick of spiciness. 🔥
ReplyDeleteAnd the way you’ve described the process of making Roti John… it’s making me want to try making it myself! 🍳 It seems pretty straightforward, especially with your recipe and tips. I’ll definitely be giving it a go soon, but maybe without the super spicy cili since I’m not as brave as you when it comes to heat. 😅
ReplyDeleteCili padi tu mmg another level la! Menarik..
ReplyDelete