Bengkel Kecantikan Tanpa Make up Bersama Skeyndor - Perempuan ni, asal keluar mesti nak bermakeup, yela, malu dengan muka yang banyak cacat cela ni. Tak makeup tebal, bubuh bedak dengan eyeliner pun ok asalkan nampak cantik. Tapi, sesekali, cuba yakin sikit keluar tanpa makeup..hehee. Sebenarnya kulit tanpa makeup ni lagi sihat dari kita letak makeup. Sebab tu penjagaan wajah sangat penting untuk dapatkan kulit yang sihat. Nad mengaku, kulit nad bukanla halus mulus dan berseri. Sebab tu nad join Bengkel Kecantikan Tanpa Mekap Bersama Skeyndor.

Bagus juga sesekali join bengkel kecantikan seperti ini. Dapatla kita belajar cara penjagaan wajah yang betul. Pentingnya menjaga kulit supaya wajah kita nampak berseri-seri, dan tidak perlu lagi bergantung kepada mekap dan filter. Banyak ilmu yang nad dapat daripada bengkel ini dan pengalaman dan mempelajari beberapa petua untuk kelihatan cantik dengan mudah dalam cara yang minimum.


BENGKEL KECANTIKAN TANPA MAKE UP BERSAMA SKEYNDOR

Bengkel Kecantikan Tanpa Make Up Bersama Skeyndor 


Meriah sangat event, dengan yang hadir semua cantik-cantik belaka. Haritu kami semua, bukan sahaja dapat belajar dan tips cara penjagaan wajah, tapi kami semua berpeluang memakai produk Skeyndor. Setiap peserta melakukan sendiri dengan demo yang ditunjukan dari langkah pertama penjagaan wajah sehingga la ke penjagaan terakhir.

Bengkel dimulakan dengan ucapan oleh Encik Patrick Sha, the Co-Founder and Executive Director dari Unique Aesthetics Group, menjelaskan trend kecantikan dan minimalism kulit.

BENGKEL KECANTIKAN TANPA MAKE UP BERSAMA SKEYNDOR

The Unique Aesthetic Group’s Regional Chief Trainer Ms. Catherine,bimbing semua peserta dengan menunjukkan demo dan acra yang betul penjagaan kulit wajah dengan produk Skeyndor.

BENGKEL KECANTIKAN TANPA MAKE UP BERSAMA SKEYNDOR

Semua peserta diberi peluang melakukan rutin penjagaan kulit mereka sendiri daripada pembersihan, toning, mask, moisturizer, sun care hingga make up base. Dengan penjagaan kulit dan konsistensi yang betul kita boleh memiliki kulit yang sihat dan keluar dengan yakin walaupun tanpa solekan.

Selalu kita buat bersihkan wajah dengan pencuci sahaja rasa dah cukup bersih. Tapi sebenarnya tidak ye. Perlu ada tiga langkah untuk bersihkan wajah.

BENGKEL KECANTIKAN TANPA MAKE UP BERSAMA SKEYNDOR

BENGKEL KECANTIKAN TANPA MAKE UP BERSAMA SKEYNDOR

Selepas itu perlu pakai mask bagi kulit lebih bersih.

BENGKEL KECANTIKAN TANPA MAKE UP BERSAMA SKEYNDOR

Bestnya, haritu semua peserta diberi ampoule. dalam ni ada 7 ampoule, dan perlu dipakai selama 7 hari berturut. Kitaorang pakai yang pertama dahulu, lain boleh pakai dekat rumah. Dalam masa 7 hari boleh nampak kesan bila pakai ampoule ni.

Lepas tu pakai moisturizer dan sun care. 

Selepas ikut langkah menggunakan produk Skeyndor, memang rasa lain je kulit muka ni. Kulit rasa lebih bersih dan lembut.

Apa yang nad belajar waktu tu, Ms Catherine pesan dekat nad supaya jangan terlalu kasar semasa menggosok muka, perlu lembut dan dap dap sahaja dengan penuh rasa kasih sayang. Baru la kulit kita ni rasa disayangi dan sihat.

Sebelum balik, semua peserta diberi sijil penghargaan dan ada cabutan bertuah.

BENGKEL KECANTIKAN TANPA MAKE UP BERSAMA SKEYNDOR

BENGKEL KECANTIKAN TANPA MAKE UP BERSAMA SKEYNDOR

BENGKEL KECANTIKAN TANPA MAKE UP BERSAMA SKEYNDOR

BENGKEL KECANTIKAN TANPA MAKE UP BERSAMA SKEYNDOR

Skeyndor ingin menggalakkan wanita untuk menerima kecantikan semula jadi mereka, kerana penjagaan kulit adalah penjagaan kesihatan. Mengambil langkah pencegahan dengan rutin penjagaan kulit yang difikirkan dengan baik adalah penting untuk kesihatan kulit dalamjangka masa panjang.
Dengan menggunakan cara yang betul untuk keadaan kulit yang berbeza. Oleh itu, mengekalkan rutin penjagaan kulit akan membantu menjana semula sel kulit yang baru dan sihat. 
SHARE 1 comment

Add your comment

  1. Macam Ai biasa dengar brand Sketndor ni. Tapi first time tengok.

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2