Jom Melancong Ke Indonesia Bersama Sahabat Holidays Indonesia Travel Agency - Indonesia salah satu destinasi percutian yang nad teringin sangat pergi. Indonesia, sebuah negara yang kaya dengan kepelbagaian budaya, mempunyai tempat yang sangat cantik dan menarik, alam semula jadi yang memukau, dan keunikan tersendiri. Selalu tengok kawan-kawan melancong ke Indonesia, kongsi pengalaman mereka bercuti disana, teruja tengok, hati membuak-buak nak pergi. Untuk pertama kali macam nad, lebih elok ambil pakej dengan Travel Agency. Jadi, nad dah survey pakej pelancongan Sahabat Holidays Indonesia. Ni pun sebab kawan yang kenalkan, sebab dia pernah menggunakan khidmat mereka. Bila kawan dah pergi, mestila kita lebih percayakan.

Bila ambil khidmat travel agency ni, tak perlu kita fikir tentang initery, hotel, tempat mana pergi, sebab semua perjalanan dan aktiviti harian dah diuruskan oleh mereka. Banyak pakej yang Sahabat Holidays Indonesia sediakan, kita hanya pilih dan sediakan duit sahaja..hehe. Dekat situ kita dah menjimatkan masa sebab semua tempat dan masa dah ditetapkan. Kita ni nak bercuti dengan tenang tanpa perlu ada masalah, jadi tak pening bila semua dah ditetapkan oleh mereka. Lagi, pergi negara orang, yang kita tak arif lagi tentang tempat tu, jadi semua kita serahkan kepada travel agency.



Jom Melancong Ke Indonesia Bersama Sahabat Holidays Indonesia Travel Agency


Mula la nad tengok pakej percutian yang disediakan Sahabat Holiday Indonesia ni. Semua pakej sangatla menarik. Semua lokasi dan tempat yang cantik diaorang akan bawak. Selalu tengok kawan pergi ke Bali, Lombok, Jogja, Jakarta, tapi nad tertarik nak ke Sumatra. Dekat Sumatra pun banyak tempat cantik dan menarik dekat sana.

Mengenai Sahabat Holiday Indonesia 


Sebelum memilih travel agency, pastikan anda melakukan penyelidikan yang teliti untuk memilih agensi yang boleh dipercayai dan mempunyai reputasi baik. Nak pilih travel agency pun kena hati-hati supaya tidak kena scam ye. Semak feedback dari pelanggan terdahulu dan pastikan agensi itu mempunyai lesen yang sah. 



Dengan Sahabat Holidays Indonesia, korang tak perlu risau, kerana mereka merupakan agensi yang dah berdaftar dan berlesen.  Dengan Sahabat Holidays Indonesia, percutian korang ke Indonesia menjadi pengalaman yang amat bermakna dan menyeronokkan.

Sahabat Holidays Indonesia, telah ditubuhkan pada 2019 oleh Encik Yusuf, warga Indonesia yang berpengalaman bekerja dalam Industri Pelancongan sejak 2011. Mereka memfokuskan kepada Inbound Tours untuk pasaran Asia, seperti: Malaysia, Brunei Darussalam, Thailand dan Singapura dan juga Pasaran Domestik. 

Dengan lebih daripada 7 tahun pengalaman, keberanian dan dedikasi terhadap pembangunan pelancongan di Indonesia, telah menjadi semangat dalam menubuhkan syarikat ini. Sahabat Holidays Indonesia menawarkan pakej pelancongan dengan harga berpatutan untuk pelancong. Bagi mereka "Kepercayaan dan Kepuasan" pelanggan adalah Keutamaan mereka.

Dengan moto "Friendly & Fun, Sahabat Hoildays Indonesia akan memberikan pengalaman yang menarik dan terbaik untuk pelanggan. Perjalanan korang akan dipandu oleh team yang friendly dan profesional, dijamin liburan korang bertambah asik..gitu. Dah taip bahasa Indonesia pula. Ni namanya tak sabar nak ke sana..hahaha.

Tempat Menarik Di Sumatra


Jom nad kongsikan Tempat Menarik di Sumatra

Medan Indonesia


Medan terletak di bagian utara pulau Sumatra, Indonesia. Ia adalah ibu kota Sumatra Utara dan merupakan kota terbesar keempat di Indonesia. Medan,adalah sebuah kota yang unik dengan keindahannya sendiri. Banyak juga tempat menarik dekat Medan ni, antaranya



1) Danau Toba - Cantik sangat pemandangan dia. Tasik terbesar di Asia dengan keluasan 100 kilometer panjang dan kira-kira 30 kilometer lebar
2) Parapat
3) Pulau Samosir
4) Berastagi - Pemandangan pergunungan yang emnakjubkan
5) Efrata Waterfall 
6) Holbung Hills 
7)  Ambarita Village 
8) Sipiso-piso waterfall 
9) Al-Mashun Grand Mosque
10) Tomok Village
11) Sigarantung Village
12) Istana Maimoon 


Bandar Aceh, Indonesia


Haritu baru nampak kawan share tentang Bandar Aceh, Indonesia ni. Korang mesti tau kan sejarah bandar ni, dimana tragedi Tsunami telah melanda pada tahun 2004 di Aceh. Sekarang diaornag dah bangunkan bandar ni dan jadikan salah satu tempat pelancongan. Nampak kawan share, salah satu tempat iaitu Muzium Tsunami di Aceh. Ada monumen untuk menghormati mereka yang terkorban. 



Dekat Bandar Aceh memang banyak sejarahnya, tapi ada juga pantai yang menarik tau. Selain Muzium Tsunami, banyak lagi tempat menari di Bandar Aceh
1) PLTD Apung ( penjana elektrik Bandar Aceh
2) Tsunami Mass Graves
3) Baiturahim Grand Mosque
4) Ulee Lheu beach
5) Pintu Khop
6) Kapal Apung Lampulo
7) Pasar Atjeh
8) Cut Nyak Dien House
9) Lampuuk Beach
10) Lhoknga Beach
11) Pulau Rubiah
12) Pantai Sumur Tiga
13) Makam Sultan Iskandar Muda
14) Rumah Pesantren dan Rumah Yatim


Padang Bukittingi Indonesia



Padang dan Bukittinggi adalah dua kota yang terletak di provinsi Sumatra Barat, Indonesia. Kedua-dua kota ini mempunyai sejarah, budaya, dan daya tarik yang unik. Bukittinggi merupakan sebuah bandar yang terletak kira-kira 90 kilometer dari Padang, dan sering digelar "Negeri Seribu Dataran" kerana bentuk muka buminya yang berbukit-bukit.




Lokasi menarik yang akan dibawa Sahabat Holidays kepada pelancong mengikut pakej yang dipilih ialah
1) Lembah Anai Waterfall
2) Museum Rumah  Gadang (Minangkabau House) at Padang Panjang
3) Pandai Sikek 
4) Ngarai Sianok
5) Benteng Ford De Kock
6) Istana Silindung Bulan
7) Pagaruyung Palace
8) Harau Valley
9) Kelok 9
10) Batusangkar
11) Shopping at Hj. Rosma
12) Sungai Landi
13) Lake Maninjau
14) Padang Beach
15) Jambatan Siti Nurbaya
16) Chinatown

Pelancong Malaysia juga boleh mencuba pakaian tradisional Minangkabau, menyaksikan pertunjukan tari-tarian dan seni ukiran kayu, serta mengunjungi rumah kelahiran tokoh terkenal Buya Hamka di Tanjung Raya.


Pekanbaru , Indonesia


Nad pun baru tau ada lokasi nama Pekanbaru ni di Indonesia. Macam jarang nampak orang post berkenaan Pekanbaru ni. Hah, mungkin kali ni nad share, ramai yang tertarik nak pergi kan.

Pekanbaru adalah ibu kota wilayah Riau di Indonesia dan pusat ekonomi penting di bahagian timur Pulau Sumatera. Namanya berasal daripada perkataan Melayu untuk 'pasar baru' ('pekan' ialah pasar, dan 'baru' adalah baru). Pekanbaru pada mulanya dibina sebagai pasar oleh pedagang Minangkabau pada abad ke-18.


Tempat menarik yang akan dibawa Sahabat Holidays Indonesia ialah
1) Sang Nila Utama Museum
2) Tuan Kadi House
3) Pasar Bawah
4) An Nur Mosque
5) Siak Royal Palace
6) Candi Muara Takus


Palembang Indonesia


Pernah belajar Sejarah, mesti tau pasal Palembang ni kan. Palembang (Jawi: ڤاليمبڠ) adalah satu bandar besar dan ibu negeri wilayah Sumatera Selatan, Indonesia. Bandar ini dulu pernah menjadi pusat empayar Srivijaya. Sekarang Palembang merupakan ibu kota wilayah Sumatera Selatan Indonesia, sebuah bandar pelabuhan di Sungai Musi. Banyak juga tempat menarik yang ada di sini.


Sahabat Holidays akan merangka perjalanan anda ke destinasi ini
1) Muzium Balaputera Dewa
2) Traditional House Palembang ( Limas House) Malaka Gallery
3) Muzium Al-Quran 
4) Songket Woven
5) Masjid Agung
6) Jambatan Ampera
7) Traditional Boat Palembang to Kamero Island
8) Traditional Market
9) Masjid Kiayi Merogan
10) Taman Purbakala Sriwijaya
11) Bukit Siguntang 
12) Pasar 16 Ilir Baru


Sebenarnya lagi elok kalau korang tengok sendiri dan survey pakej percutian Sahabat Holidays Indonesia ni di link yang nad bagi tu. Sebab kat situ lengkap dengan pakej , perjalanan, lokasi dan aktiviti yang ditawarkan. Bagi nad semua tempat yang dibawa sangat menarik. Memang berbaloi kalau korang ambil pakej dengan Sahabat Holidays Indonesia ni. Harga semestinya berpatutan.







Ramai juga yang gunakan khidmat Sahabat Holidays Indonesia ni, semua bagi feedback yang bagus. Korang boleh tengok kebanyakan pelancong berpuas hati dan bagi rate 5 star ye untuk perkhidmatan Sahabat Holidays Indonesia ni.


Hah ni la kawan nad yang pergi melancong ke Indonesia menggunakan khidmat Sahabat Holidays Indonesia. .

Kenapa Perlu Memilih Sahabat Holidays Indonesia Sebagai Travel Agency?


1) Berpengalaman luas ( 7 tahun dalam industri pelancongan )
2) Travel agensi berdaftar
3) Harga sangat berpatutan
4) Membuat inetary yang lengkap dan menyeronokkan
5) Pakej yang lengkap
6) Memberi keselesaan yang terjami kepada pelancong
7) Membantu ketika kecemasan

Booking pakej percutian ke Indonesia bersama Sahabat Holidays Indonesia

Tempat yang nad sebut tu dekat bahagian Sumatra sahaja. Tapi jangan risau, Sahabat Holidays Indonesia juga ada menawarkan pakej-pakej menarik di Bali, Lombok, Sulawesi dan Kepulauan Jawa.

Hah, dah ada rasa nak rancang percutian dan melancong ke Indonesia ke. Ambilla pakej percutian dengan Sahabat Holidays Indonesia. Dengan Sahabat Holidays Indonesia, percutian korang ke Indonesia menjadi pengalaman yang amat bermakna dan menyeronokkan. Yuk jalan bareng-bareng..hehehe

Kalau korang nak tau lebih lanjut, nak booking pakej, boleh layari
Contact Encik Yusufhttps://wa.me/6287868689298
SHARE 0 comments

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2