Karnival Kongsi Rezeki : Semua Barang Diberi Percuma Secara Ikhlas, Program Usaha Murni Yang Perlu Dikekalkan - Kisahnya bila anak terpilih masuk pertandingan mewarna mewakili sekolah Tabika Pandan Jaya Utara. Cikgu yang pilih Farhanah dan beberapa kawan dia yang lain sertai pertandingan mewarna ni di Karnival Kongsi Rezeki.Tak terfikir pulak karnival ni macam mana, sebab kita fikir anak masuk pertandingan je..hehee. Sampai je lokasi, baru kita faham yang Karnival Kongsi Rezeki ni, bagi barang secara percuma, seikhlas hati. Kira macam barang preloved yang masih elok, bolehla bagi sesiapa sahaja.

Karnival Kongsi Rezeki ni anjuran Pertubuhan Komuniti Pandan Prihatin diadakan di Dewan MPAJ, Taman Cempaka Ampang. Program ini telah dirasmikan oleh  YB Ir. Izham Bin Hashim, Exco Kerajaan Negeri Selangor, Adun N21 Pandan Indah.



Karnival Kongsi Rezeki : Semua Barang Diberi Percuma Secara Ikhlas, Program Usaha Murni Yang Perlu Dikekalkan


Ni pertama kali nad datang ke sini. Nad ingat dewan ni besar ye, tapi kecil sahaja. Budak-budak yang mewarna di atas pentas, bawah pulak untuk vendor-vendor yang nak memberi barang mereka secara ikhlas dan percuma.

Nad mesti fokuskan dekat anak dulu. Siapkan tempat semua untuk bagi keselesaan mewarna. Bukan sekolah tabika anak sahaja yang masuk, tapi kanak-kanak dari tabika lain juga turut serta. Ada juga pertandingan mewarna untuk kanak-kanak 7 tahun ke atas. Jadi masukkan la Fariza sekali, dudukla dia sebelah adikny Farhanah.

Bila dah bermula pertandingan mewarna, terus nad turun tengok barang apa yang ada. Sambil menyelam minum air katanya..hehee

Barang Percuma Tiada Bayaran


Banyak barang-barang preloved yang ada, seperti baju, mainan, alat tulis, beg dan sebagainya.










Tapi bukan itu sahaja, beras, sayur, diapers, pad wanita pun ada juga.

Sarapan pagi makanan dan minuman pun diberi secara PERCUMA.

Karnival Kongsi Rezeki ni seperti FREE MARKET, semua barang diberi secara PERUMA.Sesiapa pun boleh ambil. Tapi vendor kene sediakan barang preloved yang elok dan masih boleh diguna.

Tiada jual beli, tiada pertukaran barter dan semuanya percuma. Semua barang terpakai masih elok, brang  preloved dan beri dengan ikhlas. Yang nak ambil, minta baik-baik, ucap terima kasih dan ambik apa yang perlu sahaja. Selalu kita tengok, barang preloved orang jual harga murah, tapi ni diberi sahaja.

Ramai yang hadir, memang habis diaorang ambil. Ramai sebenarnya yang memerlukan dan tak dapat nak membeli. Jadi bila ada karnival seperti ini, ramai ambil peluang.



Gunting rambut percuma pun ada. Mr mafia ambil peluang gunting rambut dia..ehee


Kitaorang tunggu sampai habis event pukul 12.30 tengahari, sebab nak tau pengumuman pemenang pertandingan mewarna. Alhamdulillah, Fariza menang..

Pelbagai Program Dijalankan


Haritu juga macam-macam aktiviti ada, abang bomba ada, JPJ, buku store, silat, pertandingan kolam, pertandingan pakaian beragam. 

Usaha Murni Perlu Dikekalkan


Bagus tau program macam ni. Bagi seikhlas hati. Nad ni kalau anak tak masuk pertandingan mesti tak tau berkenaan Karnival ni. Program usaha murni seperti ini perlu dikekalkan. 

Cuma satu je, harap lokasi perlu dibuat ditempat yang sesuai dan besar. Kesian tengok orang berhimpit-himpit,bersesak macam tu. 
SHARE 0 comments

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2