Minggu lepas Nad menyertai Green Trails Adventure Bukit Cherakah Puncak Alam anjuran IJM Alam Suria. Ia adalah pengalaman yang luar biasa untuk mendaki bersama-sama penduduk Alam Suria dan juga rakan-rakan dari luar kawasan. Ia merupakan satu penglaman yang sungguh mendebarkan!
Bagi Nad, ini adalah pendakian pertama saya, jadi rasanya sungguh menarik. Nad sentiasa mencari cabaran baru dan pengalaman mendekati alam semualajadi ini adalah satu impian yang tercapai.
Aktiviti ini dianjurkan sempena Hari Malaysia, dan Nad sungguh gembira kerana dapat merasai pengalaman yang sangat bermakna. Ini juga merupakan langkah pertama yang luar biasa dalam memperkukuhkan ikatan saya dengan alam sekitar dan komuniti.
Mendaki Alam Semulajadi Dengan Mantap!
Program Green Trails Adventure ni diadakan di Bandar Alam Suria Puncak Alam, yang nad sertai atas inisiatif IJM Land. Matlamat program ini bukan hanya memupuk semangat perpaduan dalam masyarakat, tetapi juga memberi penghargaan kepada keindahan kawasan hijau berbukit yang melimpah di Bandar Alam Suria.
Pada pagi yang cerah, kami berkumpul pada jam 7 pagi di IJM Land Central Park, sedia untuk menghadapi cabaran pendakian ke Bukit Cherakah. Kami semua bersedia dengan penuh semangat, melakukan zumba dan pemanasan badan sebelum memulakan pendakian. Ya, aktiviti senaman sebelum mendaki sangat penting memastikan kami bertenaga dan terhindar daripada penat atau kekejangan otot semasa pendakian.
IJM Land Central Park Puncak Alam
Central Park Puncak Alam adalah tempat yang sangat luas dan betul-betul menjadi kegemaran saya. Ia sangat sesuai untuk penduduk tempatan dan pelawat dari luar untuk melibatkan diri dalam pelbagai ativiti yang menyeronokkan. Di sini, kanak-kanak boleh menikmati taman permainan yang menghiburkan dan juga berbasikal di kawasan ini. Dengan lebih daripada 500 pokok dan 1290 pokok renek yang menghiasi kawasan seluas 11 ekar ini, taman ini benar-benar menawarkan landskap yang menarik untuk dinikmati oleh semua pengunjung.
Mendaki Bukit Cherakah Alam Suria Puncak Alam
Setelah pemanasan, kami, peserta dari berbagai latar belakang, bersiap untuk menjelajahi trails di Bukit Cherakah, Alam Suria Puncak Alam. Semua peserta, tanpa mengira bangsa atau agama, datang dengan begitu semangat dan bertekad untuk mendaki bersama. Bagi Nad, ini adalah kali pertama pengalaman mendaki, dan ini benar-benar sesuatu yang luar biasa.
Trails Bukit Cherakah ini cukup menantang, menjadikannya sesuai untuk pendaki pemula seperti Nad. Walaupun Nad baru dalam dunia pendakian, dia sunggung menikmati setiap detiknya. Pengalaman ini memang memerlukan persiapan mental dan fisik, dan meskipun kepenatan mulai menghampiri, saat mencapai puncak dan menyaksikan keindahan alam semulajadi, semua rasa lelah seolah-olah menghilang begitu saja.
Sesi pendakian ini juga mengingatkan kami untuk menghargai keindahan alam semulajadi di sekitar kita dan memupuk kesedaran akan tanggungjawab kita dalam melestarikannya bagi generasi mendatang.
Ini adalah peluang yang sungguh bermakna untuk melarikan diri dari hiruk-pikuk kehidupan bandar dan menghubungkan kembali diri dengan keajaiban alam semula jadi dan hutan yang hijau. Selain itu, aktiviti ini juga membantu meningkatkan kesedaran akan peranan kita dalam menjaga keseimbangan ekologi kawasan tersebut. Membawa anak-anak untuk mendaki adalah cara bermakna untuk mengajar mereka menghormati dan mencintai alam sekitar kita.
Sayangi Malaysia!
Bila sampai puncak, mestilah snap gambar kenangan! Yang penting, dengan penuh semangat, Nad berkibar-kibar Jalur Gemilang (bendera Malaysia ) di puncak Bukit Cherakah, sempena Hari Malaysia tahun ni. Best giler, pengalaman mendaki pertama ni!
Kenangan bersama peserta lain yang datang daripada pelbagai latar belakang, kaum dan kepercayaan berkumpul bersama untuk melakukan aktiviti rekreasi seperti ini yang mempunyai manfaat kesihatan dan makna yang mendalam.
Secara bersama-sama, The Green Trails Adventure terus mengajak semua untuk mengutamakan kelestarian dan menjalani gaya hidup yang berkesan. Fikiran positif ini sepenuhnya sejajar dengan Kempen "Make A Difference" (MAD) IJM Land, yang merupakan sebahagian penting daripada sambutan ulang tahun ke-40 IJM Corp. Kempen ini bertujuan untuk memperjuangkan kelestarian dan melibatkan komuniti, menunjukkan hasrat kami untuk bekerja bersama dalam membentuk masa depan yang lebih baik untuk semua.
Bandar Alam Suria Puncak Alam
Program Green Trails Adventure ini Bukit Cherakah yang dibuat ini berada di Bandar Alam Suria Puncak Alam. Ia merangkumi dengan sempurna intipati gaya hidup yang berkisar pada kesejahteraan dan kelestarian alam sekitar.
Bandar Alam Suria Puncak Alam sebuah perbandaran luas yang menghijau dan moden meliputi 1,163 ekar. Menawarkan persekitaran yang tenang sambil memastikan akses kepada kemudahan moden yang penting untuk kehidupan kontemporari.
Apartment Daffodil Residency Di Bandar Alam Suria Puncak Alam
Apartment Daffodil Residency merupakan lokasi kediaman yang terbaik dan strategik dalam pembandaran Alam Suria di Puncak Alam. Kediaman 18 tingkat ini merangkumi 354 unit dalam tanah seluas 7.88 ekar .
Unit-unit ini dilengkapi dengan balkoni dan akan mempunyai binaan bermula dari 850 kaki persegi, dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik mandi. Reka bentuknya adalah gabungan harmoni estetika tropika moden dan elemen klasik, mewujudkan identiti seni bina yang unik.
Daffodil Residency diletakkan sebagai tempat perlindungan yang tenang jauh dari kehidupan bandar yang sibuk, lokasi strategiknya bertentangan dengan IJM Land Central Park yang terkenal seluas 11 ekar.
Mempunyai keumdahan kolam renang, gelanggang badminton & pelbagai lagi kemudahan.
Kemudahan penghubungannya sangat mudah, kerana Daffodil Residency menawarkan akses yang mudah ke lebuh raya utama, termasuk Persiaran Mokhtar Dahari, Lebuhraya Lembah Klang Baru, Lebuhraya Elite, Lebuhraya Persekutuan, Lebuhraya Koridor Guthrie, Lebuhraya LATAR, Lebuhraya DASH, dan Lebuhraya WCE yang akan datang.
Harga permulaan ialah RM340,000. Setiap unit dilengkapi dengan dua ruang tempat letak kereta terbuka.
Jalani kehidupan yang selalu anda impikan dalam persekitaran yang selamat, kaya dengan alam semula jadi dan damai.
Terima kasih IJM Land untuk aktiviti Green Trails Adventure ini sebagai langkah mendekatkan diri dengan alam semulajadi.
Untuk maklumat lanjut, layari www.alamsuria.com.my atau galeri jualan di Bandar Alam Suria.
Add your comment