Pertama Kali Join Keretapi Sarong 2023 : Program Hari Malaysia Simbolik Perpaduan Antara Kaum - Sebelum-sebelum ni tengok jela orang post video diaorang join Keretapi Sarong ni. Memang happening habis program ni. Berkumpul dekat LRT yang dipilih, berjalan dan menyanyi bersama dengan memakai baju tradisional. Tahun ni,akhirnya untuk pertama kali nad dapat join program Keretapi Sarong 2023. Yeah!!, seronok ye, sebab nak rasai macam mana suasana program Keretapi Sarong ni.

Nad dapat join pun, sebab ada kawan ajak. Akhirnya ada juga kawan nak join program Keratapi Sarong ni..hehehe. Kawan yang sama jenis, suka join benda-benda macam ni. Ada kawan baru syok. Tapi sebenarnya program macam ni, kalau korang takda kawan pun takpe, sebab akan dapat kawan baru nanti.


Keretapi Sarong

Pertama Kali Join Keretapi Sarong 2023 : Program Hari Malaysia Simbolik Perpaduan Antara Kaum


Memang ramai ternanti-nanti program Keretapi Sarong ni sempena Hari Malaysia. Nak menunjukkan semangat perpaduan antara kaum, dan memakai pakaian tradisional. Program Keretapi Sarong dianjurkan oleh Locco, badan bukan kebajikan, yang dikelolai oleh Shamsul Bahrin. 

Locco, kumpulan Komuniti yang bertujuan untuk menyokong dan mempamerkan yang terbaik di Malaysia, daripada budaya kepada orang yang membawa warna ke negara yang indah ini. Bermula dengan Keretapi Sarong khas kami dan pelbagai projek komuniti dengan komuniti di sekitar Kuala Lumpur yang memperkasakan warisan dan budaya kami.

Tapi apa yang nad tau, Keretapi Sarong ni dah lama dijalankan sejak 2013, tapi dikendalikan oleh orang lain. Kemudian Locco ambil alih dan bermula la Keretapi Sarong pada tahun 2019.

Apa itu Keretapi Sarong?


Ia lebih daripada sekadar menaiki kereta api. Ia adalah sambungan kepada akar umbi kita, perayaan budaya dan pesta yang semua orang dijemput!

Keretapi Sarong adalah acara penyatuan, di mana orang ramai dari semua lapisan masyarakat berkumpul untuk menyambut Hari Malaysia. Untuk kita meraikan budaya kita, muzik kita dan tradisi kita.

Orang ramai berkumpul di stesen yang ditetapkan dengan memakai sarung & pakaian tradisional mereka ke "Lokasi Rahsia" yang hanya akan didedahkan pada hari acara.

Objektif Keretapi Sarong

1) Tegakkan Sarung Sebagai Simbol Perpaduan Wujudkan kesedaran tentang sarung Malaysia dan kisah indah di sebaliknya.
2) Meraikan Perpaduan Di Hari Malaysia 
- Sambutan 16 Sept oleh rakyat untuk rakyat.
3) Mempamerkan Kepelbagaian Budaya Malaysia 
- Bukan sahaja untuk pelancong tetapi untuk penduduk tempatan.
4) Menggalakkan Penggunaan Pengangkutan Awam
- Kurangkan jejak karbon satu peristiwa pada satu masa

Pengalaman Pertama Join Keretapi Sarong 2023


Keretapi Sarong

Untuk 2023 ni, adalah pengalaman pertama nad join Keretapi Sarong. Untuk tahun ni, tema adalah Enthicity. Pakaian semestinya pakaian tradisional kita tidak kira baju kurung, baju kebaya, baju Kedah, Sari, baju Pahang, Baju Sabah, Baju Sarawak, baju opah, semua pun boleh. Mulanya nad nak pakai baju opah tu, hhehhee, tapi fikir balik, pakai baju kurung la..hehehe.

Lokasi untuk Keretapi Sarong 2023 

1) LRT Ampang
2) LRT Gombak
3) MRT Bandar Utama
4) MRT Kajang
5) LRT Subang Jaya
6) LRT Kl Sentral
7) Putrajaya Sentral KLIA Transit

Keretapi Sarong

Macam nad, Ampang, jadi kita #teamampang, berkumpul dekat LRT Ampang. Program bermula pada pukul 8.30 pagi. Sebelumbergerak, memang adalah aktiviti dekat LRT tu. Menyanyi, menari bersama dengan lagu dan tarian tradisional. Masa tu juga korang boleh dapat kenalan baru.

Apa Yang Perlu Bawa Semasa Keretapi Sarong?


Antara barang yang kornag boleh bawa semasa pergi ke Keretapi Sarong ialah
- Bendera Malaysia
- Touch n Go ( wajib ye sebab nak naik train. Kalau yang guna IC pu boleh )
- Botol air
- Powerbank
- Payung

Masa join ni, korang  boleh buat mypass RM5. Jimat untuk pergi balik naik train. Pergi je dekat kaunter, bagitau nak buat mypass RM5 tu.

Dekat setiap stesen, ada crew yang akan jaga korang dan bagitau semua. Kalau korang rasa macam bingung, ikut jela diaorang bersama-sama..hehee. Janagn risau, ramai yang pergi. Cuma perlu jaga diri, dan jaga barang masing-masing.

Masa tu diaorang akan bagi goodies, air, dan Bendera Malaysia, siapa yang tak bawa la.

Keretapi Sarong

Seterusnya kitaorang yang dari LRT Ampang akan bergerak ke MRT Maluri untuk pergi ke Pasar Seni. Sepanjang dalam keratapi, semua akan menyanyi, bergelak ketawa, menari. Semua lagu tradisional,  dan lagu Malaysia. Takda lagu merepek-merepek.

Sampai Pasar Seni, kitaorang berjalan ke Dataran Merdeka. Vibes dia memang lain sangat. Dengan semua berpakaian tradisional, ala-ala melayu dahulu kala.

Keretapi Sarong

Meriah betul Keretapi Sarong 2023 kali ni. Lebih 10 ribu orang hadir menyertai program ini. Pelbagai kaum, bangsa hadir dengan pakaian tradisional mereka. Cantik, menarik, penuh warna warni.

Aktiviti Yang Ada di Dataran Merdeka

- Main permainan tradisional 
- Joget Lambak bersama
- Grab satu tin Wonda Kopi Tarik
- Ambil bahagian dalam workshop
- Ambil bahagian sarong checklist contest
- Ambil gambar banyak-banyak

Keretapi Sarong

Banyak sangat korang boleh buat. Program sehingga pukul 6 petang. Nad jalan-jalan juga sekitar Dataran Merdeka, memang sangat best. Orang luar negara tengok pun diaorang suka. Masa ni la kita tunjukkan pakaian tradisional kita, budaya kita kepada orang luar.

Semoga tahun depan dapat join lagi..hehee.

Untuk ketahui lebih lanjut atau melihat gambar suasana Keretapi Sarong 2023, boleh search #keretapisarong23 atau layari
SHARE 2 comments

Add your comment

  1. Mantap, meriah betul! Johor pun ada! Cuma takda train lah..haha.. Meriah jugak nampak ✅

    ReplyDelete
  2. meriah kak. haaha da lama share pasal ni dkt ig. tapi join nya nan hado HAHAHHA. sebab macam takut je ramai sangat

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2