Salam Maulidur Rasul : Kenali Rasul Kita Muhammad S.A.W - Salam Mulidur Rasul kepada semua. Sama-sama kita berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W, nabi kita yang sangat mulia ini. Perlulah kita sentiasa mengingatinya, mengikuti ajarannya, menjadikan contoh sifat budi pekerti dan cara kepimpinannya. Tujuan menyambut Maulidur Rasul ini tidak lain melainkan untuk mengingati Rasulullah dan menunjukkan kasih sayang kita kepadanya. 

Setiap Muslim pastinya cintakan Rasulullah SAW iaitu seorang insan yang banyak berkorban dalam usaha menyebarkan dakwah Islamiah. Insan agung yang sentiasa berusaha mengeluarkan manusia daripada kegelapan jahiliah kepada nur Islam.Rasulullah S.A.W sebagai seorang insan yang tinggi keperibadiannya, dijadikan sebagai ikon perpaduan ummah. 



Salam Maulidur Rasul : Kenali Rasul Kita Muhammad S.A.W 




Kita tidak sempat menatap wajah Rasulullah. Kita menjadi umat yang istimewa kerana walaupun tidak melihat wajahnya kita tetap beriman kepada agama yang dibawanya. Sebab itu kita sebagai umat Islam, perlu mengenali Rasul Kita Muhammad S.A.W dengan lebih dekat.



Biodata Rasulullah S.A.W


Muhammad SAW bin Abdullah

Lahir di Makkah Al-Mukarromah,pada hari Isnin, 12 Rabi’ul Awwal Tahun Gajah
Bapa : ABDULLAH bin Abdul Muthallib 
Ibu : AMINAH binti Wahab
Pengasuh Pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapak Rasulullah SAW).

Ibu Susu
Ibu Susu Pertama : Thuwaibah (Hamba Perempuan Abu Lahab)
Ibu Susu Kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diyah (lebih dikenali Halimah As-Sa’diyah, suaminya bernama Abu Kabsyah

Isteri-Istri Rasulullah

- Khadijah Binti Khuwailid.
- Saudah Binti Zam’ah.
- Aisyah Binti Abu Bakar (Puteri Abu Bakar).
- Hafsah binti ‘Umar (Puteri ‘Umar bin Al-Khattab).
- Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
- Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
- Zainab Binti Jahsy.
- Maimunah Binti Harith.
- Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
- Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’, Ibu Orang Miskin).

Putra-Putri Rasulullah

- Qasim
- Abdullah
- Ibrahim
- Zainab
- Ruqaiyah
- Ummi Kalthum
- Fatimah Az-Zahra’

Pembelahan dada


Pada usia 5 tahun, peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya

Menerima Wahyu Pertama


Pada usia 40-43, Baginda menerima wahyu pertama kali di gua Hira’ (QS. Al-Alaq : 1-5) sebagai pertanda pengangkatan menjadi Nabi dan Rasul. Selama 3 tahun Rasulullah SAW berdakwah secara sembunyi-sembunyi kemudian turun Surat Al-Hijr ayat 94, yang memberikan perintah untuk berdakwah secara terang-terangan.

Peristiwa Israk Mikraj

Perintah solat 5 waktu sehari semalam

Wafat 


Nabi Muhammad SAW melakukan Haji Wa’dah. Setelah itu beliau jatuh sakit dan beliau wafat pada usia 63 tahun 

Sifat Mulia Rasulullah


Sesungguhnya kelahiran Nabi Muhammad S.A.W merupakan titik tanda kelahiran agama. Manusia pada saat itu hidup dalam kekufuran, penyembahan terhadap berhala, berzina, mabuk, akhornya Allah mengutuskan seorang Rasul bagi memabawa cahay Ilahi.

Antara sifat mulia Nabi Muhammad S.A.W yang wajar diikuti ialah bersifat benar dalam smeua perkataan dan perbuatan, bersifat jujur, dipercayai dan bijaksana. Sekiranya kita membaca sirah Nabi Muhammad S.A.W, jelas menunjukkan Baginda seorang pemimpin yang beretika tinggi dan berakhlak mulia, jujur dan amanah, sehingga digelar Al-Amin.

Nabi Muhammad S.A.W sentiasa mempunyai sifat terbuka dan sentiasa mendengar buah fikiran ramai menerusi konsep "syura". Sentiasa tawaduk dan mengagungkan kehebatan Allah SWT, menjadikan Baginda seorang pemimpin yang tidak tamak dan tidak mementingkan diri sendiri.

Nabi Muhammad S.A.W menyuruh membuat kebaikan dan menjauhi kemungkaran, bagi mewujudkan pentadbiran negara yang berteika dengan nilai-nilai yang murni.

Nabi Muhammad S.A.W merupakan sebaik "role model" untuk diteladani dan diikuti oleh seluruh umat Islam.

Kedatangan Baginda Nabi Muhammad s.a.w merupakakan satu rahmat yang terbesar dan juga teragung yang Allah S.W.T kurniakan kepada alam semesta ini. 

Sambutan Maulidur Rasul


Sambutan Maulidur Rasul diadakan di peringkat persekutuan dan negeri menerusi pelbagai program yang dijalankan. Pelbagai program dijalankan antaranya forum perdana, perarakan dan penyampaian anugerah kepada tokoh-tokoh yang dipilih.

Syarat Sambutan Maulidur Rasul

- Pengisian yang baik dan bermanfaat seperti tazkirah dan ceramah.
- Tiada percampuran di antara lelaki dan perempuan di dalam sesuatu majlis.
- Menutup aurat bagi lelaki mahupun perempuan.
- Tiada unsur dan aktiviti ke arah maksiat.
- Mempelajari riwayat hidup Baginda SAW atau sirahnya dengan lebih baik dari tahun ke tahun. Alhamdulillah terdapat banyak kitab yang kita dapat manfaat untuk mengenali dan makrifah Rasulullah SAW.
- Penekanan kepada keperluan mengikuti Sunnah Rasulullah SAW. Begitu juga memahami fiqhnya.

Kesimpulannya, hari yang penuh rahmat ini menjadi peluang kepada umat Islam untuk menghayati serta mengambil iktibar daripada perjuangan Nabi Muhammad SAW yang penuh dengan pengajaran dan pengorbanan demi menegakkan agama Islam di bumi Allah SWT.


“Sesungguhnya Orang Yang Paling Dekat Denganku Pada Hari Kiamat Adalah Orang Yang Paling Banyak Berselawat Kepadaku”

SHARE 0 comments

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2