Buat Scalling & Polishing Di Klinik Pergigian Redha - Korang tau tak, setiap 6 bulan sekali, kita kene pergi check up gigi? Kalau tak, banyak masalah gigi berlaku, seperti mulut berbau, gusi bengkak, gusi berdarah semasa berus gigi, dan paling teruk karang gigi. Tak cantik ye bila ada karang gigi yang banyak. Orang tengok pun geli je. Jadi, sebelum teruk, cepat-cepat pergi ke klinik pergigian. Jadi, haritu, nad pergi ke Klinik Pergigian Redha dekat Bandar tun Hussein Onn.

Sebelum datang sini, nad ada buat appoitment dahulu. Senang sikit, datang je terus buat rawatan, takda perlu tunggu lama. Lagipun nak buat appointment dengan Klinik Pergigian Redha ni mudah dan pantas. Korang boleh ke website mereka.
VIVO lancar V29 5G dengan fungsi potret Aura-Light 2.0 pada harga serendah RM1,899 - Vivo secara rasminya telah melancarkan siri telefon pintar terbaru mereka iaitu vivo V29 5G dengan ciri utama, potret Aura Light 2.0.

Model terbaru ini didatangi dengan warna yang menawan iaitu Starry Purple dan Noble Black, diinspirasikan oleh langit malam yang disinari bintang.
Oh Yeah Banana Leaf Brickfields Kuala Lumpur - Korang yang suka makan makanan India, makan nasi daun pisang, ada satu tempat best nad jumpa korang boleh enjoy makan. Restoran Oh Yeah Banana Leaf di Brickfields Kuala Lumpur. Nampak restoran macam biasa je, tapi dekat sini lain daripada yang lain tau, bukan setakat ada menu nasi daun pisang je tapi ada macam-macam jenis menu.

Oh Yeah Banana Leaf Brickfields Kuala Lumpur ni baru sahaja dibuka dan ini merupakan outlet mereka yang ke-3. Cawangan pertama di Bukit Bintang dan kedua di Batu Caves. Outlet baru ni terletak di tempat yang sangat strategik dan berdekatan dengan KL Sentral.
Program Kampung Budaya Orang Silat 2023 - Nad memang minat silat sejak zaman sekolah lagi, tapi waktu tu, takda tempat nak belajar dengan lebih lagi tentang ilmu persilatan. Minat dalam silat sebab pernah tengok ayah bersilat depan pengantin, gerakan ayah buat buat nad kagum. Malangnya bakat ayah tu dia tak turunkan dekat anak-anak, jadi terpendam la sampai sekarang. Hah, minat kepada silat ni tak berhenti tau, sekarang, minat silat tu turun dekat anak nombor dua. Setiap kali ada pertunjukan silat, memang dia fokus tengok, tak berganjak pun. Memang nad dengan suami cadang nak masukkan dia dalam persilatan nanti. Sebelum tu, nad tunjukkan dekat dia dengan lebih dekat lagi tentang silat di Program Kampung Budaya Orang Silat 2023 yang di buat di Surau As Sahabah Seksyen 7 Kota Damansara.

Program Kampung Budaya Orang Silat 2023 anjuran Pertubuhan Silat Seni Jati Warisan Selangor dengan kerjasama Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara (Selangor). Walaupun dilakukan di kawasan surau yang tidak terlalu besar, tapi sambutan amat menggalakan daripada pelbagai peringkat umur.
Kejohanan Golf Amal RMHC Malaysia Ke-30 Berjaya Mengutip Dana RM500,000 - Tahniah RMHC Malaysia, sekali lagi berjaya menganjurkan Kejohanan Golf Amal yang Ke-30 pada tahun 2023 ini. Sekaligus meraikan pencapaian yang bermakna setelah berjaya mengutip dana RM500,000 bagi menyokong kanak-kanak yang kurang berkemampuan di seluruh Malaysia.

Kejayaan ini tidak hanya mencerminkan semangat kemanusiaan yang tinggi, tetapi juga komitmen dan sokongan masyarakat serta peminat golf dalam membantu RMHC Malaysia dalam usaha memperbaiki kehidupan kanak-kanak yang memerlukan bantuan. 
Menangani Penyakit Neurofibromatosis Jenis 1 (NF1) Menerusi Kesedaran Dan Diagnosis - Walaupun kita takda keluarga yang mempunyai penyakit, tak semestinya kita tak perlu ambik tau berkenaan sesuatu penyakit terutama penyakit yang jarang jumpa seperti Neurofibromatosis Jenis 1 (NF1) ni.

Korang pernah dengar ‘Neurofibromatosis Jenis 1’ (NF1)? Mungkin ada di antara kita tak pernah dengar dan tidak ketahui berkenaan penyakit ini. Walaupun penyakit ini diklasifikasikan sebagai penyakit jarang jumpa, namun tanpa kita sedari, sebenarnya lebih ramai rakyat Malaysia menderita dengan NF1 dari apa yang kita jangkakan. 
Pembukaan Coolblog Flagship Store Di Pavillion KL - Tahniah kepada Coolblog atas pembukaan Collblog Flagship Store Di Pavillion KL. Sejak 2005 penubuhannya, Coolblog merupakan jenama tempatan Malaysia berasaskan Halal kiosk-based pearl milk tea, telah menyediakan pelbagai minuman yang lazat kepada pelangganya. Coolblog meraikan ulang tahun yang ke-18 dengan pembukaan Coolblog Flagship Store Di Pavillion KL. Ini juga  menunjukkan peristiwa penting dalam perjalanan pengembangan syarikat dan inovasi produk tanpa henti. 

Teruja nad bila dapat turut serta memeriahkan acara pembukaan ni. Konsep kedai dengan warna pink, memang buat orang suka untuk datang. Kalau korang pergi ke Pavillion KL, bolehlah singgah ke Coolblog di tingkat 5 terletak di Lot C5.06, berdekatan dengan Dadi Cinema
 hai assalammualaikum

Makan Steamboat & Grill Tepi Sungai Di BBQ Lamb KL Kemensah - Hari minggu haritu nad makan Steamboat & Grill di BBQ Lamb KL Kemensah. Selalunya kita makan Steamboat & Grill ni dekat restoran dalam mall dan kedai makan kan, hah kali ni kita makan dekat tepi sungai, istimewa sikit kan. Tempat ni terkenal dengan makan dalam sungai. Waktu malam pula, mereka menyediakan Steambiat & Grill.

BBQ Lamb KL Kemensah ni terletak dekat belakang Zoo Negara. Kalau waze je sampai la ke destinasi. Kemensah juga terkenal dengan tempat mandi manda dan aktiviti ATV. Dah lepas mandi manda tu, bolehla singgah ke BBQ Lamb KL Kemensah makan steamboat dekat sini
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2