hai assalammualaikum
Makan Steamboat & Grill Tepi Sungai Di BBQ Lamb KL Kemensah - Hari minggu haritu nad makan Steamboat & Grill di BBQ Lamb KL Kemensah. Selalunya kita makan Steamboat & Grill ni dekat restoran dalam mall dan kedai makan kan, hah kali ni kita makan dekat tepi sungai, istimewa sikit kan. Tempat ni terkenal dengan makan dalam sungai. Waktu malam pula, mereka menyediakan Steambiat & Grill.
BBQ Lamb KL Kemensah ni terletak dekat belakang Zoo Negara. Kalau waze je sampai la ke destinasi. Kemensah juga terkenal dengan tempat mandi manda dan aktiviti ATV. Dah lepas mandi manda tu, bolehla singgah ke BBQ Lamb KL Kemensah makan steamboat dekat sini
Baca juga :
Makan Steamboat & Grill Tepi Sungai Di BBQ Lamb KL Kemensah
Makan Steamboat & Grill waktu malam memang syok ye. Hirup sup dia dengan makan campuran makanan steamboat panas-panas tu, memang layan, sambil mendengar bunyi sungai tu, tenang je rasanya. Hari nad pergi cuaca elok sahaja, sungai pun jernih sahaja. BBQ Lamb KL Kemensah ni nad dah ergi banyak kali tau, dapatla merasa makan dalam sungai, memang best. Bila dapat tau ada Steamboat & Grill, apa lagi, nad pun ajak suami makan sini, lepas seharian mandi manda dekat Kemensah.
Harga Steamboat & Grill Di BBQ Lamb KL Kemensah
Dewasa : RM38
Kanak-kanak : RM25
Waktu bermula pukul 7pm - 12am ( Last call 10.30 pm)
Menu alacarte dan set sahaja pada pukul 12pm-6.30pm
Contact : wasap.my/60122114100
Steamboat & Grill BBQ Lamb KL Kemensah bermula waktu malam. Datang sini sebaiknya korang booking dulu. Sebab kalau walk in takut kena tunggu lama. Nak booking boleh contact 012 2114100
Lokasi BBQ Lamb KL Kemensah
BBQ Lamb KL Kemensah
Suasana Steamboat & Grill BBQ Lamb KL Kemensah
Ni la suasana tempatnya, makan dalam khemah. Tak pasti waktu malam boleh ke makan Steamboat & Grill ni dalam sungai. Tapi, nad makan bawan khemah, lebih selesa. Nak makan pun tenang je dengan adanya lampu yang terang. Nak duduk di #riverside jangan risau, ada banyak meja yang di sediakan lebih kurang 100 teampat duduk.
Dah namanya Steamboat & Grill, mestilah bahan-bahannya yang pelbagai seperti besbol, seafood seperti ketam, sotong, udang, kepah,pepahat. Selain itu ada daging, kambing dan isi ayam yang diperap. Untuk daging memang syok kalau digrill.
Sayuran dan mee segera pun ada. Walaupun nampak tak berapa banyak, tapi bagi nad ni pun dah memadai.
Ada juga makanan sampingan seperti pasta, nasi goreng, nugget dan lain-lain.
Eh lupa ada pau dan dimsum tau.
Pilihan sup dekat sini ada 2 jenis, tomyam dan sup ayam. Bila makan Steamboat & Grill ni nad lebih suka sup tomyam. Makan macam ni pun perut kenyang tau. Puas hati sangat.
Pilihan sos dan gravy yang sedap dan home cooked dari BBQ Lamb KL Kemensah sendiri antaranya thai sos, mint sauce, black pepper gravy, salsa sos, sos kicap pun ada dan sebagainya. Nad suka yang kicap tu.
Dekat sini disediakan air sejuk dan air panas.
Paling seronok anak-anak la, ada jajan dan dessert dekat dekat sini. Buah pun ada, ada tembikai dan oren.
Paling syok dapat makan ABC dan aiskrim tepi sungai. Menarik sangat ok.
Bila nad tengok media sosial BBQ Lamb KL Kemensah, memang ada je orang yang datang makan, terutamanya pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, termasuk pada hari cuti umum memang penuh. Jadi seeloknya nak datang, korang booking dahulu. Booking awal lagi bagus.
Sebarang pertanyaan
Untuk ketahui lebih lanjut, nak booking atau sebarang pertanyaan boleh layari dan contact
Instagram; https://www.instagram.com/bbqlambklkemensah
Contact :wasap.my/60122114100
Add your comment