Oh Yeah Banana Leaf Brickfields Kuala Lumpur - Korang yang suka makan makanan India, makan nasi daun pisang, ada satu tempat best nad jumpa korang boleh enjoy makan. Restoran Oh Yeah Banana Leaf di Brickfields Kuala Lumpur. Nampak restoran macam biasa je, tapi dekat sini lain daripada yang lain tau, bukan setakat ada menu nasi daun pisang je tapi ada macam-macam jenis menu.

Oh Yeah Banana Leaf Brickfields Kuala Lumpur ni baru sahaja dibuka dan ini merupakan outlet mereka yang ke-3. Cawangan pertama di Bukit Bintang dan kedua di Batu Caves. Outlet baru ni terletak di tempat yang sangat strategik dan berdekatan dengan KL Sentral.


 Oh Yeah Banana Leaf Brickfields Kuala Lumpur


OH YEAH BANANA LEAF BRICKFIELDS KUALA LUMPUR

Oh Yeah Banana Leaf Brickfields ni ada dua tingkat, korang boleh pilih nak duduk tingkat bawah atau tingkat atas. Tapi untuk tingkat atas sangat special dna privasi.

Ground Floor




Ground Floor, mereka menyajikan hidangan North & South Indian. Ruang Ground Floor memang sangat selesa dan korang boleh menikmati makanan dengan santai. Boleh pilih nak makan dekat dalam atau dekat luar. 

Kalau korang rindu makanan authentic India, boleh la makan dekat sini. Macam nad, memang suka makan nasi daun pisang, dalam sebulan mesti pergi makan, dan lagi satu makanan India ni penuh dengan rempah dan spicy, memang sedapla.

First Floor



Untuk First Floor pula, mereka menyajikan makanan gabungan Mexican, Indian dan makanan tempatan. Hah unik kan dekat sini. Tak semua restoran banana leaf ada ruang macam ni. Bahagian atas ni lebih eksklusif, nyaman, classy dan ada aircond. Sesuai untuk buat events, gathering dan chill dengan family atau kawan-kawan. Nak sambut birthday pun boleh. 


First Floor pun ada ruang makan di luar yang sangat cantik dan instgrammable ye. Korang boleh menikmati makanan sambil melihat panaroma luar.

Menu terkenal Bamboo Briyani



Menu yang terkenal dekat sini ialah Bamboo Briyani. Korang pernah cuba makan Bamboo Briyani? kalau belum, kena makan dekat sini. Nasi briyani memang ada je dekat mana-mana restoran India, tapi belum ada lagi masak menggunakan buluh, hanya di Oh Yeah Banana leaf sahaja.

Sedap tau Bamboo Briyani ni, ada macam-macam jenis, Bamboo Briyani Mutton, Bamboo Briyani Chicken, Bamboo Briyani Prawn dan lain-lain.

Menu lain di Oh Yeah Banana Leaf


Ni menu yang korang boleh order bila pilih ruang di atas. Sedap-sedap semua menunya.


Seafood Aglio Olio With Tikka Prawns


Nasi Lemak With Prawn


Mexican Indian Pizza - Madurai Mutton Chukka


Sizzling Lamb Shoulder with Mint Jelly. Lamb ni lembut tau bila di makan. 


Sizzling Spring Chicken with Herbs Butter. Ayam yang diperap dan dimasak dengan sempurna.


Whole Chicken Roasted


Nachos yang rangup


Tikka Prawns



Quesadilla

Tachos




Nasi Goreng

OH YEAH BANANA LEAF BRICKFIELDS KUALA LUMPUR

Apams


Kam Heong Shell Out, special menu

OH YEAH BANANA LEAF BRICKFIELDS KUALA LUMPUR

Istimewanya lagi, dekat sini pun ada shell out tau. Kam Heong Shell Shout yang oenuh dengan seafood dan Ikan Siakap yang besar. Dihidangkan pulak di atas daun pisang. Seronok makan ramai-ramai dekat daun pisang ni. Menu Kam Heong Shell Out ni ada di cawangan Bukit Bintang, dan akan ada di Oh Yeah Banana leaf Brickfields. Tengokla macam-macama da, ketam, udang,sotong, sayuran. Kuah Kam Heong memang sedap, pedas. Siap ada kuah yang korang boleh makan sekali.

OH YEAH BANANA LEAF BRICKFIELDS KUALA LUMPUR

OH YEAH BANANA LEAF BRICKFIELDS KUALA LUMPUR

Kam Heong Shell Out ni ada banyak jenis, ada untuk portion dua orang, 4 orang dan ada juga untuk 6 orang.
2pax – RM99 + fillet of Siakap
4pax – RM169 + 1 x Siakap
6pax – RM269 + 2 x Siakap

OH YEAH BANANA LEAF BRICKFIELDS KUALA LUMPUR

Lepas je korang makan, boleh chill lepak dekat luar sambil menikmati secawan teh tarik. Sedap ye teh tarik dekat sini, tak terlalu manis.

Semua menu memang puas hati, rasa rempah ratusnya, seperti makan di India. Dekat sini kebersihan semua terjaga. Bolehla makan nasi daun pisang dengan kawan-kawan denagn keluarga dekat sini. Deakt sini No Pork, No Lard, & No Beef. Oh Yeah Banana Leaf menggunakan bahan daripada suplier yang halal.

Lokasi Oh Yeah Banana Leaf

OH YEAH BANANA LEAF BRICKFIELDS KUALA LUMPUR

📍 Oh Yeah Banana Leaf Brickfields
Location: 192, Jalan Tun Sambanthan, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia.
Operating Hours: 8am - 10 pm (Mon – Sun)
Contact : 012-883 2616
Facebook : https://www.facebook.com/OhYeahBambooBriyani
Instagram : https://www.instagram.com/ohyeahbananaleaf
SHARE 1 comment

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2