Program Kampung Budaya Orang Silat 2023 - Nad memang minat silat sejak zaman sekolah lagi, tapi waktu tu, takda tempat nak belajar dengan lebih lagi tentang ilmu persilatan. Minat dalam silat sebab pernah tengok ayah bersilat depan pengantin, gerakan ayah buat buat nad kagum. Malangnya bakat ayah tu dia tak turunkan dekat anak-anak, jadi terpendam la sampai sekarang. Hah, minat kepada silat ni tak berhenti tau, sekarang, minat silat tu turun dekat anak nombor dua. Setiap kali ada pertunjukan silat, memang dia fokus tengok, tak berganjak pun. Memang nad dengan suami cadang nak masukkan dia dalam persilatan nanti. Sebelum tu, nad tunjukkan dekat dia dengan lebih dekat lagi tentang silat di Program Kampung Budaya Orang Silat 2023 yang di buat di Surau As Sahabah Seksyen 7 Kota Damansara.
Program Kampung Budaya Orang Silat 2023 anjuran Pertubuhan Silat Seni Jati Warisan Selangor dengan kerjasama Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara (Selangor). Walaupun dilakukan di kawasan surau yang tidak terlalu besar, tapi sambutan amat menggalakan daripada pelbagai peringkat umur.
Program Kampung Budaya Orang Silat 2023
Silat adalah satu seni atau kepandaian berjuang dengan menggunakan ketangkasan menyerang dan mempertahankan diri. Seni silat perlu diangkat martabatnya kerana ini adalah seni warisan Melayu yang tidak akan pernah pupus ditelan zaman. Keunikan dan teknik pertahan diri yang wujud sejak zaman nenek moyang ini perlu diteruskan sehingga ke hari ini.
Kelat bukan sebarang kelat
Kelat mengkudu ada khasiatnya
Silat bukan sebarang silat
Silat Melayu ada falsafahnya.
Program ini telah dirasmikan oleh Adun Kota Damansara, YB Izuan Kasim di Surau As Sahabah Seksyen 7 Kota Damansara.
Tujuan Program Kampung Budaya Orang Silat
Program ini bertujuan membuka ruang kepada masyarakat mengenali lebih dekat tentang silat dan seni mempertahankan diri. Selain itu bagi merancakkan aktiviti kesenian dan kebudayaan di Selangor serta memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakt berbilang kaum.
Apa itu Silat?
Silat adalah seni bela diri tradisional yang berasal dari Asia Tenggara. Seni bela diri ini telah wujud selama berabad-abad dan mempunyai pelbagai gaya dan aliran yang berbeza. Silat merupakan sebahagian daripada warisan budaya masyarakat Melayu dan memainkan peranan yang penting dalam sejarah dan budaya Malaysia.
Silat melibatkan pelbagai teknik pertahanan diri, serangan, kelenturan, dan kemahiran bela diri lain. Setiap aliran silat biasanya mempunyai gerakan-gerakan khas. Latihan silat tidak hanya tertumpu pada aspek fizikal, tetapi juga melibatkan aspek mental seperti tumpuan, disiplin, dan pengawalan diri.
Pentingnya Seni Silat Kepada Masyarakat
Belajar silat mempunyai pelbagai kelebihan yang dapat memberi manfaat kepada individu dari segi fizikal, mental, dan emosi. Antara kelebihannya
1) Kemahiran Kendiri dan Keselamatan Diri
- Silat mengajar kemahiran kendiri yang dapat membantu individu melindungi diri mereka dalam situasi yang berbahaya. Ini melibatkan teknik-teknik pertahanan diri dan penggunaan senjata tradisional.
2) Kecekapan Fizikal
- Latihan silat membantu meningkatkan kekuatan, ketahanan, kecepatan, dan keseimbangan fizikal. Ini dapat memberi individu keupayaan fizikal yang lebih baik dalam kehidupan harian.
3) Kesihatan dan Kesejahteraan
- Senaman dan latihan dalam silat membantu meningkatkan kesihatan jantung, pernafasan, dan fleksibiliti. Ia juga dapat mengurangkan stres dan meningkatkan keadaan keseluruhan kesihatan mental dan fizikal.
4) Disiplin dan Fokus
- Silat mengajar nilai-nilai disiplin, kepatuhan, dan fokus. Individu yang belajar silat perlu mempraktikkan gerakan yang diulang secara konsisten, yang membantu mereka menjadi lebih teratur dan berfokus.
5) Kesedaran Diri
- Melalui latihan silat, individu dapat memahami diri mereka dengan lebih baik. Ini termasuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan mereka serta menguasai emosi dan kawalan diri.
6) Pertumbuhan Rohani
- Silat sering berkait rapat dengan nilai-nilai budaya dan moral. Ia mengajar hormat kepada guru dan sesama pesilat, serta menggalakkan sikap rendah diri dan kebaikan.
7) Warisan Budaya
- Belajar silat juga melibatkan memahami dan menghormati warisan budaya dan tradisi tempatan. Ia dapat menyumbang kepada pelestarian budaya dan sejarah tempatan.
8) Keseronokan dan Komuniti
- Silat dapat menjadi aktiviti yang menyeronokkan dan sosial. Individu boleh mengambil bahagian dalam kelompok atau komuniti silat yang membantu mereka membuat kawan baru dan mempunyai pengalaman yang memuaskan.
Aktiviti Yang Diadakan di Program Kampung Budaya Orang Silat 2023
Senaman Melayu
Banyak aktiviti yang dijalankan, seperti senaman Silat Melayu oleh Prof Dr Azlan Ghanie. Baru nad tahu, siilat merupakan salah satu senaman yang baik jika dipraktikkan. Ia dalah salah satu cara untuk mengawal pernafasan, menyedapkan badan, melegakan otot, tekanan dan sendi. Masa tu semua tetamu dapat buat bersama-sama.
Pertunjukan Silat
Memang ditunggu-tunggu bila ada pertunjukan silat ni. Anak nad Farhanah suka sangat bila tengok orang bersilat ni. Punya seronok dia dapat tengok.
Terdapat 4 persatuan menghantar wakil untuk membuat demostarsi silat iaitu
- Pertubuhan Silat Seni Jati Warisan Selangor
- Pertubuhan Seni Silat Terlak Empat
- Pertubuhan Silat Seni Tapak Lima
- Persatuan Seni Silat Burun Rajawali
Pameran alatan tradisional Silat Melayu
Menariknya lagi, ada pamera alatan tradisional Silat Melayu seperti keris parang, pedang dan kerambit. Selalu kita nampak keris je kan, rupanya ada pelbagai senjata Melayu digunakan.
Pertunjukan Pemakaian Busana Tradisi Melayu
Tetamu juga dapat melihat busana Tradisi Melayu yang digunakan oleh pendekar kita suatu masa dahulu dari Man Tanjak. Busana ini masih dikekalkan ciri-cirinya dan menunjukkan kepahlawanan seseorang. Busana ini adalah sebahagian daripada warisan budaya Melayu yang kaya dan mempunyai ciri-ciri tertentu yang menjadikannya unik.
Busana pendekar Melayu biasanya terdiri daripada baju, kain samping, tanjak, keris. Haritu. tetamu dapat belajar melipat tanjak dan setiap lipatan menyampaikan maksud tertentu.
Filem Mat Kilau Angkat Martabat Silat
Korang mesti dah tengok filem Mat Kilau kan. Dalam filem ini, elemn silat dalam masyarakat melayu telah diangkat dan diperkenalkan sekaligus menjadikan seni pertahan diri ini kembali di mata masyarakat khususnya pada zaman moden ini.
Sebagai parents, semestinya nad dengan suami nak anak belajar silat. Anak nombor dua menunjukkan minat dalam persilatan ni. Program ini juga salah satu cara menarik minat anak-anak dan tengok lebih dekat lagi tentang silat.
Harap program seperti ini dapat diteruskan dan mendapat sokongan daripada pelbagai pihak.
Endüstriyel Reklam Firmaları Arasında Tabelaseç Endüstriyel Tabela ve Reklam ürünleri üretme konusunda istanbul'da öncü firmadır.
ReplyDeleteThank You.
Deleteسایت شرط بندی
karşıyaka güzellik merkezi
ReplyDeleteSübhaneke duası deyince aklıma gelen ilk video. Neden alt sıralarda bilemedim :) Bakalım backlink youtube da etkili mi.
ReplyDeleteSubhaneke Duası
izmit avukat
ReplyDeletebaşarılı bir site sizi takdir ediyorum ve başarıların devamını diliyorum tekrar uğrayacağım
ReplyDeleteGüzel yazı. Teşekkürler.
ReplyDeleteThank You.
ReplyDeleteThank You.
ReplyDeleteThe collection from Pool Tile spans from natural stone looks to contemporary and minimalistic designs, providing versatility for pool aesthetics. For instance, tiles in shades of blue and green mimic the natural color of water, making pools appear more inviting. Darker hues add a sense of depth to the water, while lighter colors reflect sunlight, brightening the pool area. Notably, the non-slip surfaces of Pool Tile products are a standout feature, offering an essential safety element, especially in public pools.
ReplyDeletehttps://serapool.com/en/products/porcelain-tile
Feza torpil, çocukluğunuzun vazgeçilmez eğlencesini sizlere tekrar sunuyor.
ReplyDeleteFree Instagram Followers
ReplyDeleteMersin Hurdacı
ReplyDeleteMersin Hurda Fiyatları
ReplyDelete