Buat Scalling & Polishing Di Klinik Pergigian Redha - Korang tau tak, setiap 6 bulan sekali, kita kene pergi check up gigi? Kalau tak, banyak masalah gigi berlaku, seperti mulut berbau, gusi bengkak, gusi berdarah semasa berus gigi, dan paling teruk karang gigi. Tak cantik ye bila ada karang gigi yang banyak. Orang tengok pun geli je. Jadi, sebelum teruk, cepat-cepat pergi ke klinik pergigian. Jadi, haritu, nad pergi ke Klinik Pergigian Redha dekat Bandar tun Hussein Onn.
Sebelum datang sini, nad ada buat appoitment dahulu. Senang sikit, datang je terus buat rawatan, takda perlu tunggu lama. Lagipun nak buat appointment dengan Klinik Pergigian Redha ni mudah dan pantas. Korang boleh ke website mereka.
Buat Scaling & Polishing Di Klinik Pergigian Redha
Ramai yang takut sebenarnya nak pergi klinik gigi, samala macam nad dulu-dulu, tak suka pergi klinik gigi sebab dengan bau klinik tu tak best,. suasana menakutkan dan bunyi alatan tu sendiri..hahaha. Lagi kalau jumpa denagn doktor garang, lagila kita takut.
Pertama kali nad datang Klinik Pergigian redha, semua persepsi tu hilang. Suka dengan suasana klinik ni, ruang menunggluas dan banyak, tenang dan nyaman je. Masuk je dalam, nad dengar muzik yang santai. Memang tak rasa takut pun. Bau klinik pulak sangat harum, macam suasana dekat rumah.
Ruang cek gigi untuk anak-anak.
Rawatan di Klinik Pergigian Redha
- Dental Check up
- Scaling, Extraction & Filling
- Surgery
- X-ray
- Whitening
- Braces
Scaling & Polishing
Nad datang ke Klinik Pergigian Redha untuk rawatan Scaling & Polishing. Rawatan ni memang sekali pakej dekat sini. Selalunya rawatan scalling ni untuk buang karang gigi.
Korang tau karang gigi tu apa?
Karang atau kalkulus gigi ialah mendapan keras putih/kuning yang terkumpul (plak) pada gigi setelah dibiarkan terlalu lama dan tidak dibersihkan. Karang gigi tidak boleh ditanggalkan dengan rutin memberus gigi. Plak gigi ini terbentuk daripada sisa makanan yang tertinggal di mulut.
Punca karang gigi boleh berlaku?
- Kebersihan gigi dan mulut yang kurang terjaga seperti jarang floss gigi dan tidak memberus gigi dengan betul terutamanya pada celah-celah gigi.
- Sering mengambil makanan atau minuman yang banyak mengandung gula.
- Tabiat gaya hidup merokok dan mengambil minuman beralkohol
- Mulut kering (contoh: kesan sampingan dari ubat-ubatan atau masalah penyakit seperti tiroid)
Kesan sekiranya dibiarkan
1) Penyakit gusi (periodontium)
- Penyakit gusi (periodontium) – pengumpulan plak akan menyebabkan gusi mengalami keradangan dan jangkitan.
2) Kerosakan gigi (karies gigi)
– ianya adalah kerosakan setempat struktur gigi disebabkan oleh asid yang terhasil dari huraian (breakdown) gula oleh bakteria. Kaviti (lubang) akan terbentuk pada gigi.
3) Nafas berbau (halitosis)
– kewujudan plak pada gigi, lidah dan permukaan dalam mulut yang lain boleh menghasilkan bahan toksik yang mengeluarkan bau busuk, terutamanya apabila ia bercampur dengan makanan yang lekat dicelah gigi atau dalam kaviti (karies) gigi.
Cek gigi dahulu sebelum rawatan
Sebelum rawatan, doktor akan cek gigi nad dahulu, untuk tengok ada gigi rosak ke tak, berlubang ke tak. Lepas tu baru teruskan rawatan Scaling & Polishing ni.
Rawatan tidak menyakitkan dan sangat professional
Jadi rawatan yang perlu dibuat ialah Scaling & Polishing. Selalunya rawatan ni memang menakutkan. Yela dengan alat yang digunakan, takut menyakitkan. Tapi masa rawatan tu, nad takda rasa sakit dan takut pun. Nad di rawat oleh Dr Arisya. Doktor buat dengan sangat gentle dan professional. Doktor pun baik hati sangat. Kita pun buat rawatan dengan perasaan yang seronok dan santai sahaja. Lagi satu sebab dekat Klinik Pergigian redha ni diaorang pasang muzik yang mendayu-dayu. Jadi takdala fokus sangat dekat alatan tu.
Selepas dah siap scaling, buat polishing pulak. Polishing bertujuan untuk membersihkan kotoran kecil yang berada di sekitar permukaan gigi. Polishing gigi akan dilakukan dengan menggunakan “polishing paste” dan berus “rubber cup”.
Nasihat daripada doktor selepas rawatan
Selepas rawatan selesai, Dr Arisya memberi nasihat cara menjaga gigi dengan baik. Nad suka dengan Dr Arisya sebab dia terangkan secara details dan mendalam.
Alhamdulillah rawatan pun berjalan dengan lancar. Gigi pun makin bersih dan sihat. Nad suka dengan Klinik Pergigian Redha ni. Jadi 6 bulan sekali kena datang ke Klinik Pergigian Redha untuk buat check up gigi.
Korang yang ada masalah gigi tu jangan dibiarkan lama-lama tau. Cepat-cepat pergi klinik gigi. Jangan tuggu dah sakit sangat gigi baru nak pergi klinik gigi. Korang pergi je ke Klinik Pergigian Redha ni. Klinik ni ada 4 branch
1. Redha Dental Bandar Tun Hussein Onn
2. Redha Dental Taman Bukit Cheras
3. Redha Dental TTDI Grove, Kajang
4. Redha Dental Semenyih
Boleh call Klinik Pergigian Redha dan but appointment. Nak walk in pun boleh.
Untuk ketahui lebih lanjut boleh layari
Website : https://redhadental.com
Instagram; https://www.instagram.com/redhadental/
Tiktok : https://www.tiktok.com/@redhadental
Contact : 014-9082 042
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteDoing very Good Work.
ReplyDelete