Makanan Chinese Muslim, Chopsticks By Muhammad Oon Di Cyberjaya - Tak tau nak makan apa dekat Cyberjaya, hah korang kene cuba makan makanan Chinese Muslim, Chopsticks By Muhammad Oon di Tamarind Square, Cyberjaya. Memang bukan senang nak cari makanan chinese muslim yang sedap tau, haritu nad pergi dekat Chopsticks by Muhammad Oon dan rasa sendiri makanan yang sediakan dan sememangnya semua menyelerakan dan menetapi citarasa semua.

Nak pergi ke sini mudah sahaja, korang waze je, nanti sampai la ke destinasi. Ni pertama kali nad datang ke Restoran  Chopsticks by Muhammad Oon di Tamarind Swuare Cyberjaya. Tu pun sebab kawan yang ajak. Nad pun dah lama tak makan makanan chinese muslim, kawan ajak terus on.


Makanan Chinese Muslim, Chopsticks By Muhammad Oon Di Cyberjaya



Hidangan yang ditawarkan di Chopsticks berasal daripada menu tradisi kulinari selera Cina Malaysia. Chopsticks menawarkan pilihan istimewa kepada umat Islam Malaysia untuk menikmati resipi tradisional bangsa Cina Malaysia yang original dan unik. 

Ruang cantik dan selesa



Korang yang suka makan makanan Chinese Muslim, memang kene cuba datang sendiri makan di Chopsticks. Restoran ni memang sangat cantik, luas dan selesa. Nak bawak keluarga beramai-ramai makan dekat sini amatla sesuai.

Restoran ini menawarkan hampir 200 hidangan dari ala carte sehingga la dalam bentuk set yang seauai di makan beramai-ramai. Ada seafood, daging, lala dan sayuran. 

Kesemua bahan yang digunakan pastinya segar dan Halal. Di sini menggunakan elemen memasak Wok Hei, penting dalam masakan Cina kerana haba yang membakar mengeluarkan rasa yang terbaik.

Makanan set di Chopstiks by Muhammad Oon




Haritu nad makan untuk makanan yang beramai jenis set. Antara set yang ada ialah Set A dengan harga RM169, Set B berharga RM309 dan Set C dengan harga RM569.



Lauk set ni memang semua sedap. Nad suka dengan Kum Helong lala, rasa yang pedas dan aroma yang memikat.Lala dimasak dengan sempurna.  Kemudian ikan Thai style Spicy Lemon & Garlic Steamed Grouper memang mengangkat selera.

Makanan Best Seller


Bila datang makan dekat restoran ni, korang kene cuba makanan best seller mereka iaitu Signature Hokkien Mee, Ginger & Spring Onion Beef, Creamy Butter Chicken, Salted Egg Prawn dan Kum Heong Lala. 


Salted Egg Prawan, udang yang disalut dengan telur masin, rasa masin dan manis udang memang sangat ngam.



Ginger & Spring Onion Beef, daging lembut, rasa pun sedap.

Korang kene cuba tau. Chopstiks by Muhammad Oon bukan sahaja ada di Cyberjaya tali ada di tiga branch lagi iaitu di Bangsar, TTDI dan Sri Hartamas. 

Cawangan Chopstiks by Muhammad Oon

Korang boleh rujuk alamat ni
1. Cyberjaya - A-01-12, Tamarind Square, Persiaran Multimedia, 63000 Cyberjaya, Selangor
2. Bangsar - 40, Jalan Kemuja, Bangsar, 59000 Kuala Lumpur
3. TTDI - 35. Lorong Rahim Kajai 13, TTDI, 60000 Kuala Lumpur
4. Sri Hartamas - 12-01, Jalan 30/70a, Desa Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur

Untuk info lanjut boleh layari
Facebook: https://www.facebook.com/Chopsticks.MO
SHARE 3 comments

Add your comment

  1. Sedapnya tengok makanan kat sini

    ReplyDelete
  2. Sedapnya menu-menu kat atas tuh.... Suasana restoran pun cantik, bersih dan selesa. Nanti kalau ke sana, boleh lah cari dan rasa

    ReplyDelete
  3. First time g kat Bangsar, sedappp ooo Lor Bak dia 😍

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2