Jingle U.S. Potatoes All The Way Christmas Workshop - Baru-baru nad menghadiri worskhop Jingle U.S. Potatoes All The Way Christmas. Workshop ni menarik tau, sebab banyak aktiviti yang dapat kitaorang buat dan bahan utamanya adalah U.S. Potatoes. Masuk je dalam workshop, semua dihiasi dengan Christmas dan banyak jenis U.S. Potatoes yang ada.
Tak sangka ada banyak jenis kentang, ada U.S Potatoes Russet, Purple Potatoes dan Red Potatoes. Selain itu ada juga produk sejuk beku Kentang U.S dan kentang lenyek segera. Selalunya kentang ni kita goreng dan masak dalam masakan je, tapi sebenarnya pelbagai resepi kita boleh buat dengan U.S. Potatoes ni.
Jingle U.S. Potatoes All The Way Christmas Workshop
U.S. Potatoes ni banyak khasiat dan nutrisi dia tau. Dengan makan kentang juga boleh beri tenaga kepada badan kita. Kentang ni pun kalau digoreng dah sedap, apa lagi kalau dibuat resepi lain. Setiap kentang yang berlainan, memapunyai kebaikan tersendiri.
Mr Eddie Saw, who is the Country Representative of Potatoes USA, menyampaikan ucapan dan menerangkan tentang perjalanan dan kepentingan U.S Potatoes.
Semasa di workshop ni pelbagai aktiviti seperti Word Puzzle, Potatoes Tour, baking, cooking demonstration dan Potato Carving diadakan.
Masa yang ditunggu, demonstrasi masakan daripada Chef Zizie membuat "Baked U.S. Potatoes with Cheese". Fokus masing-masing tengok Chef Zizie buat resepi tu. Nampak mudah sahaja. Bolehla buat dekat rumah nanti..hehehe.
Selepas itu, peserta pulak membaking satu lagi menu iaitu " Twinkle U.S Potatoes Star". Semua bahan dah disediakan di setiap meja masing-masing. Tinggal masukkan dalam mangkuk dan lenyek. Seronok pulak main masak-masak macam ni.
Anak-anak nad pun suka makan kentang, asyik buat benda sama je, sesekali buat resepi berlainan best juga. Lagipun kentang ni banyak khasiatnya. Bagus untuk tenaga dalam membuat kerja seharian.
Paling mncabar haritu kami diajar membuat ukiran daripada kentang oleh Chef Taufiq. Chef Taufiq menunjukkan 2 ukiran iiatu cara membukat rusa dan santa clous menggunakan kentang U.S Russet dan Purple Potatoes. Tekun kami semua tengok Chef Taufiq buat sebab giliran kitaorang pulak untuk buat ukiran ni..hahahha.
Masing-masing tunjuk kehebatan masing-masing mengukir dengan menggunakan kentang. Hanya belajar beberapa jam dah pandai buat..hahaa. Jadi tak jadi belakang kira, asal nampak bentuk..hahhaa.
Best sangat event ni. Terima kasih U.S Potatoes berikan kami semua pengalaman yang menyeronokkan di wokshop U.S. Potatoes.
Add your comment