Rawatan Terbaik Masalah Jeragat Di Klinik Aesthetic, Klinik Dr Bazilah Damansara - Tahukah anda apa itu jeragat dan tompok hitam? Jeragat pada muka adalah salah satu daripada masalah kulit yang biasa terjadi di kalangan orang Asia tidak kira wanita dan lelaki. Jeragat adalah bintik-bintik kecil, rata, dan berwarna coklat pada kulit. Biasanya, jeragat disebabkan oleh peningkatan penghasilan melanin dalam sel-sel kulit akibat pendedahan kepada sinar matahari. Tapi masalah jeragat ni boleh je diselesaikan dengan membuat rawatan di Klinik Aestethic. Salah satu Klinik Aesthetic yang nad syorkan Klinik Dr Bazilah di Damansara.
Jeragat adalah sejenis penyakit kulit yang tidak berbahaya. Jeragat ialah tompok-tompok kecil yang memenuhi bahagian muka seperti dahi, pipi, hidung, dan kawasan sekitar mulut. Tompok jeragat selalunya berwarna lebih gelap dari warna kulit asal dan ini menyebabkan tona kulit anda kelihatan tidak sekata. Jeragat akan menyebabkan kulit berwarna gelap, bertompok tompok dan berubah warna.
Rawatan Terbaik Masalah Jeragat Di Klinik Aesthetic, Klinik Dr Bazilah Damansara
Setiap wanita dambakan kulit wajah yang bersih, bebas daripada jerawat dan flek hitam. Siapa yang taknak kulit cantik kan. Tapi apakan daya, semua orang takkan terlepas dari masalah kulit. Tidak dapat dinafikan setiap orang pasti mempunyai masalah jeragat tanpa mengira peringkat usia. Mesti terfikir kan, macam mana la boleh ada tompok-tompok hitam, coklat ni dekat muka. Apa punca jeragat dekat muka ni. Tapi setiap masalah kulit boleh dirawat dengan pelbagai cara, dan rawatan terbaik masalah jeragat ni ialah pergi ke Klinik Aesthetic.
Punca Masalah Jeragat
1) Sinaran matahari
- Ultraviolet (UV) daripada matahari boleh merangsang tahap ‘melanoctes’. Malah, jeragat yang pudar boleh kembali dengan hanya sedikit pendedahan pada matahari.
2) Perubahan hormon
- Wanita hamil sering mendapat jeragat. Apabila jeragat muncul di kalangan wanita hamil, ia dipanggil chloasma atau topeng kehamilan. Pil kawalan kelahiran dan ubat hormon juga boleh menyebabkan jeragat di muka.
3) Kosmetik
- Produk penjagaan kulit dan alat make-up yang mengandungi bahan kimia berbahaya boleh merangsang kulit dan memburukkan lagi jeragat di muka.
Klinik Dr Bazilah, Klinik Aesthetic Di Damansara
Korang kalau ada masalah kulit yang memang dah teruk atau nak kesan yang cepat, seeloknya pergilah ke Klinik Aesthetic yang bertauliah. Terutama untuk masalah jeragat ni memang susah nak hilang sendiri walau korang dah buat banyak cara pun. Hanya Klinik Aesthetic dapat membantu korang dalam menyelesaikan masalah kulit yang korang hadapi. Korang boleh dapatkan khidmat nasihat doktor untuk masalah kulit korang di klinik aesthetic yang yang diiktiraf seperti Klinik Dr Bazilah ni.
Klinik Dr Bazilah merupakan klinik kulit di Kota Damansara yang menyediakan rawatan bagi penyakit kulit, kuku dan ranbut.
Nad syorkan datang ke sini sebab nad pernah buat rawatan dekat klinik ni. Tapi yang nad pergi cawangan dekat Bangi. Klinik Dr Bazilah di Damansara ni pun nad tengok cantik, ruang yang sangat selesa, dan kemas. Mesti korang akan rasa nyaman dan tenang je semasa buat rawatan dekat sini.
Rawatan yang ditawarkan di Klinik Dr Bazilah Damansara :
- Rawatan jerawat
- Rawatan parut jerawat
- Ekzema
- Psoriasis
- Allergy
- Skin Pigmentation
- Hair Removal
- Masalah Rambut/ rambut gugur
- Aesthetic
- Fungal
- Minor Surgery - skin tag removal, wart removal, callus, mole removal, pyogenic granuloma removal
- Sexual Transmitted Disease - Syphillis, herpes infection, gonorrhea, chlamydia
Klinik Dr Bazilah menawarkan pelbagai rawatan jeragat yang selamat dan terbukti berkesan dari segi klinikal dan berkesan untuk maslah dermatologi. Ini kerana ia dikendalikan oleh Doktor yg bertauliah dalam bidang ini. Bukan sahaja klinik ini menggunakan "medical grade machine" malah semua skincare dan ubatan juga mereka pastikan adalah dari sumber yang selamat.
Klinik Dr Bazilah merupakan LCP Clinic yang diperakui. Doktor-doktor di sini semuanya diperakui dan Health Practitioner yang berlesen dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Jadi tak perlu was-was dengan rawatan yang diberikan.
Semestinya sebelum membuat rawatan, doktor akan cek masalah kulit kita. Bukan itu sahaja tau, doktor akan terangkan satu persatu masalah kulit kita ni. Lepastu baru buat rawatan ni.
Feedback Daripada Pesakit
Berkesan Ke Rawatan Di Klinik Dr Bazilah ?
Banyak feedback dari pesakit yang nad tengok menunjukkan hasil yang sangat bagus dan memberangsangkan selepas membuat rawatan di Klinik Dr Bazilah. Semua pesakit berpuas hati dengan rawatan yang dijalankan. Paling penting, perlu ikut nasihat doktor untuk kesan yang bagus berpanjangan.
Korang yang mempunyai masalah jerawat, jeragat atau masalah kulit lain, boleh dapatkan rawatan di Klinik Dr Bazilah di Damansara.
Buat Temujanji
Nak lagi mudah , korang boleh buat temujanji sebelum datang ke Klinik Dr Bazilah di Damansara. Bila buat temujanji, tak perlu menunggu waktu yang lama. Sampai je, boleh terus buat rawatan.
Lokasi Klinik Dr Bazilah Damansara
Klinik Dr Bazilah Damansara
R01-05, EMPORIS, Persiaran Surian, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor.
Tel: 03-7661 3950
TikTok: Klinik Dr Bazilah
Add your comment