Rawatan Kulit, Jerawat Di Renora Clinic Bangi, Memang Puas Hati - Jerawat di muka memang sesuatu yang mengerikan. Sebolehnya, semua orang nak elakkan muka dari adanya jerawat. Masalah jerawat ni memang sukar disembunyikan lagi-lagi di bahagian muka. Kalau tumbuh seketul sahaja pun dah rasa kurang yakin apatah lagi bila muka dipenuhi jerawat. Jerawat ni ada banyak jenis, tapi yang terlalu teruk tu lebih baik jumpa doktor pakar.

Biarpun, sudah menggunakan pelbagai produk dan menjaga pemakanan, masalah jerawat masih tiada penyelesaian. Bila dah buntu tu, cepat-cepat pergi klinik kulit. Macam nad, jerawat datang bila hormon tak menentu. Lagipun dah dah lama tak buat rawatan muka ni. Jadi, nad pergi ke klinik kulit yang bertauliah dan berjumpa dengan doktor pakar. Klinik kulit yang nad suka pergi ialah Renora Clinic. Kali ni nad buat rawatan muka di klinik baru mereka di Bangi.


Rawatan Kulit, Jerawat Di Renora Clinic Bangi, Memang Puas Hati


Jerawat membentuk apabila sebum, bakteria dan sel kulit mati tersangkut di dalam liang roma kulit. Lapisan kulit mati pada tubuh akan digugurkan (shedding) setiap hari dan boleh terperangkap dalam liang roma.

Jerawat ni bukan sahaja ada di kulit muka, malah ada di belakang badan juga. Rasa insecure ye bila ada jerawat ni, lagi-lagi yang jenis merah-merah dan besar serta berbekas. Jerawat ni boleh je hilang kalau betul-betul pandai jaga skin. Tapi kalau rasa dah teruk, cepat-cepatla pergi klinik kulit.

Banyak sebab terjadinya jerawat ni.


1. Pemilihan Produk Yang Salah.


Produk kulit yang tidak sesuai seperti terlalu berminyak, make up yang boleh menyumbat liang roma merupakan faktor utama yang menyebabkan jerawat. Tabiat sering bertukar produk kulit juga menjadi punca jerawat tidak dapat dirawat dengan baik.

2. Bakteria


Menyentuh dan memicit jerawat mengundang lebih banyak bakteria menjangkit kulit kita. Memicit jerawat yang berjangkit boleh menyebarkan jangkitan di sekelilingnya. Ini menjejaskan pemulihan jerawat dan menyebabkan parut hitam selepas jerawat.

3. Hormon Tidak Seimbang


Masalah hormon yang tidak seimbang menyebabkan punca jerawat tumbuh dengan lebih banyak dan lambat untuk sembuh. Ini kerana Kelenjar sebaceous mengeluarkan banyak sebum sehingga liang roma tersumbat . Ia terus dikeluarkan sehingga jerawat bertambah banyak dan menjadi bengkak dan merebak. Hai ini sering berlaku dalam keadaan tekanan hidup, kurang tidur atau hormon dalaman yang tidak seimbang.

4. Penjagaan Muka Yang Tidak Berterusan


Tidak berdisplin untuk megikuti basic jagaan muka iaitu memakai cleanser, toner, moisturiser, anti-blemish dan sunblock menyebabkan kulit kurang imunisasi dan jerawat menjadi lambat pulih.

5. Terdedah Dengan Persekitaran


Terdedah dengan udara yang kotor dan cahaya matahari tanpa perlindungan mencetuskan “free radical”dalam kulit kita, menjadi kulit lambat pulih dan menjadi kusam.

Menjalani Rawatan Bersama Klinik Pakar Kulit, Renora Clinic Di Bangi


Jika jerawat semakin berleluasa dan tidak dapat dibendung, korang boleh dapatkan rawatan di klinik pakar kulit Renora Clinic Di Bangi. Renora Clinic di Bangi merupakan outlet kedua mereka yang baru sahaja dibuka. Outlet pertama adalah di Cheras. Sebelum ni nad pernah buat rawatan Renora Clinic di Cheras, kali ni nad datang ke Bangi, outlet baru mereka ni. 

Renora Clinic, Klinik Kulit Bertauliah


Renora Clinic merupakan klinik yang bertauliah dan telah diiktiraf oleh KKM. Doktor sendiri mempunyai Certification of Medical Aesthetics (LCP) oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan staff di sini juga berkemahiran.

Bagus pergi klinik kulit ni sebab boleh tau apa masalah jerawat ni jadi semakin teruk, bagaimana cara menyelesaikan, rawatan apa, produk apa yang boleh digunakan.





Nad suka dengan suasana klinik ni. Walaupun tak besar tapi masih dalam keadaan kemas, cantik dan menenangkan. Harga dekat sini pun sangat berpatutan.

Dekat sini dimulakan sesi perawatan dengan cara konsultansi menggunakan teknologi canggih “Facial Scanner Analysis” terlebih dahulu sebelum mencadangkan sebarang treatment kepada pesakit. Hal ini demikian kerana, di sini mementingkan analisis yang komprehensif supaya mereka dapat tahu punca yang tepat bagi jerawat yang tumbuh di muka para pesakit.


Bila datang ke sini, muka perlulah dibersihkan terlebih dahulu daripada segala kekotoran. Kalau korang datang dengan makeup even sunscreen sahaja pun tetap kene bersihkan dahulu.


Setelah itu, perlu dapatkan consultation daripada doktor pakar yang bertugas. Macam nad, Dr Ruhil yang nad jumpa. Nad dah selesa dengan Dr Ruhil, suka cara dia consult tu..hehe. Memang details ye.





Lepas tu buatla rawatan mengikut masalah yang kita hadapi. Macam nad, masalah jerawat. Yela sekarang hormon tak menentu. 

Overall, nad memang puas hati dengan rawatan dan perkhidmatan yang diberikan. Terima kasih Dr Ruhil atas consultation & staff yang peramah. Masa rawatan pun staff buat sangat professional dan gentle. 

Appoitment dan Walk In


Mana yang ada masalah kulit, rambut nak slimming, nak buat laser bolehla datang buat rawatan dekat Renora Clinic Bangi ni.

Renora Clinic, Klinik Kulit, Jerawat, Jeragat, Slimming, Laser di Bangi
C-11-G, Plaza Paragon Point, Jalan Medan Pusat Bandar 5, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Waktu ⋅ Opens 9:30 am
Phone: 03-8920 4588
Phone : 01160988315
SHARE 0 comments

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2