RIZQ Islamic School CCA Open Day: Kenalkan Program STEAM Dan Special Education Needs & Different Ability - Ada parents yang masih lagi mencari sekolah terbaik untuk anak-anak? Apa kata korang daftarkan anak-anak di Sekolah RIZQ Islamic School. Tahun lepas, nad pernah datang ke sini melihat sendiri persekitaran sekolah dan pembelajaran yang diterapkan di sini, boleh baca di SINI. Nad dah kongsi dengan terperinci termasuk yuran sekali. Tahun ini, RIZQ Open day & CCA Exhibition lagi meriah dengan pertunjukan, pameran dan di samping memperkenalkan Program STEAM dan Special Education Needs & Different Ability kepada ibu bapa.
Melalui RIZQ CCA Open Day ini, diberi peluang untuk ibu bapa mengalu-alukan soalan dan perbincangan mengenai pendaftaran sekolah, yuran, pembelajaran dan apa sahaja. Pada masa sama, boleh melihat aktiviti yang dilakukan murid. Ibu bapa boleh memilih untuk daftar anak-anak di RIZQ Pre- school atau RIZQ Primary School. Anak-anak nad suka sangat bila datang ke RIZQ ni, sebab pembelajaran di sini lebih canggih dan menunjukkan perkembangan akademik dan keperibadian pelajar.
RIZQ Islamic School CCA Open Day
Masa nad sampai, penuh ye kawasan sekolah ni dengan ada ibu bapa dan murid-murid RIZQ Islamic School. Selain itu ada jualan makanan, pertunjukan, pameran dan demostrasi STEAM dan robotik semua. RISQ Open Day tahun ni memang membuka mata ibu bapa yang datang bahawa sekolah Tahfiz ini semakin maju dan bagus.
RIZQ Islamic School ditubuhkan sejak 2016 merupakan sekolah persendirian menyediakan program pendidikan moden yang terbaik. Menggabungkan ilmu al-Quran dengan Kurikulum Kebangsaan seiring dengan teknologi moden.
Pelajar dibimbing dan diarahkan melalui proses pembelajaran sambil dibenarkan menjalankan kebebasan dan belajar tanggungjawab. Mereka belajar untuk membuat pilihan yang betul, menetapkan matlamat akademik, dan mencapai matlamat yang ditetapkan secara bebas.
Di sini, pembelajaran berasaskan menyeronokkan; RIZQ Islamic School menggunakan pembelajaran berasaskan permainan dalam pedagogi dan kurikulum sekolah. Menggabungkan pembangunan pelajar dari segi fizikal, kognitif, sosial dan emosi dengan penggunaan teknologi.
Seronok bila tengok persembahan murid-murid dari Pre-school sehingga Primary School RIZQ Islamic School. Pelajar semua memang sangat berbakat dan kreatif.
Program STEAM di RIZQ Islamic School
Rizq Islamic School telah memperkenalkan Program STEAM. Program ini bukan hanya memfokuskan kepada aspek akademik, tetapi juga memberi tumpuan kepada pembangunan kemahiran insaniah dan kreativiti. Pelajar diberi peluang unik untuk menggabungkan konsep sains, teknologi, kejuruteraan, seni dan matematik dalam projek-projek inovatif yang mencetuskan minat dan membina kebertanggungan terhadap pembelajaran dan berestetika serta mempunyai nilai-nilai kemanusiaan (humanity).
Pendidikan STEAM bertujuan:
- Meningkatkan kreativiti dan estetika dalam pembelajaran STEM;
- Melahirkan saintis, jurutera dan teknologis yang kreatif dan inovatif serta tahu menghargai seni dan keindahan warisan budaya dan alam sekitar.
Nad melihat sendiri pelajar-pelajar RIZQ Islamic School menunjukkan bakat mereka dalam STEAM Club.
Selain itu ada juga pameran dan eksperimen pembelajaran STEAM daripada Alfa & Friends, SciTech 4 Kids dan juga IET UNITEN.
Anak nad sendiri mencuba permainan yang disediakan. Bukan main seronok lagi dia dapat menyelesaikan tugas yang diberikan.
Program Special Education Needs & Different Ability Dengan Kerjasama Orlin Academy
Di Rizq Islamic School, kita memahami bahawa setiap pelajar adalah unik dan memerlukan sokongan yang khas. Oleh itu, RIZQ Islamic School telah memperkenalkan Program Special Education Needs & Different Ability dengan kerjasama Orlin Academy yang dirancang khas untuk menyokong pelajar dengan keperluan pendidikan khas dan keupayaan yang berbeza.
Dengan pendekatan yang holistik, program ini bertujuan untuk memastikan bahawa setiap pelajar berpeluang mencapai potensi penuh mereka tanpa mengira cabaran yang mereka hadapi.
Bagi ibu bapa yang mempunyai anak istimewa ni, mestilah nak anak-anak mereka seperti kanak-kanak biasa yang lain. Jadi, ibu bapa yang mempunyai anak-anak autism, ADHD, down syndrome dan disleksia yang mild (Stage 1), bolehlah menghantar anak-anak ke RIZQ Islamic School ini.
Mereka bukan diasingkan, tapi akan bersama-sama sekelas dengan pelajar normal yang lain tetapi mereka akan dipantau dan dibantu dengan pakar terapi yang disediakan. Cara ini memberi peluang kepada mereka untuk berkomunikasi dan rasa seronok seperti yang lain.
Kemudian, Pakar Terapi dari Orlin Academy akan melihat perkembangan pelajar istimewa ini dan mengajar secara one by one untuk belajar dengan lebih berkesan dan sistematik. pembelajaran ini juga bagi menggalakkan untuk kanak-kanak berkembang dalam perkembangan intelek, sosial, emosi dan deria mereka.
Di Preschool RIZQ Islamic School disediakan bilik sensory untuk anak-anak istimewa ini merangsang minda mereka.
Kanak-kanak istimewa ini berhak mendapat peluang untuk belajar dan mencapai potensi terbesar mereka.
Daftar Anak di RIZQ Islamic School
Rizq Islamic School hanya mempunyai dua peringkat pelajar sahaja iaitu
Pre-School (Prasekolah) - 4,5 dan 6 tahun
Primary School ( Sekolah Rendah - 7 sehingga 12 tahun
Silibus pembelajaran di sini mengikut Kurikulum Standard Pra Sekolah. Kurikulum bersifat holistik, tidak banyak akademik, tidak membebankan, mengikut keperluan semasa dan selaras dengan KSSR
Di sini juga menggunakan sukatan pelajaran yang ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam selangor (JAIS) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Terdapat dua peperiksaan yang dijalankan di bawah silibus ini iaitu UPKK dan PSRA.
Nak tau lebih lanjut tentang pembelajaran di RIZQ Islamic School boleh baca Pembelajaran dan Persekitaran di RIZQ Islamic School.
Bahasa pengantara yang diguna ialah Bahasa Inggeris dan pembelajaran di sini menggabungkan 3 bidang Niche iaitu Tahfiz, Playbased, dan IT Savvy.
Di sini, alatan pembelajaran sangat lengkap dan canggih bertaraf dunia. Pelajaran harian bukan sahaja berlaku di dalam kelas, kanak-kanak akan menggunakan dan memaksimumkan kemudahan di RIS. Mereka mungkin belajar di Auditorium. Perpustakaan atau mungkin di Bilik Permainan atau di Padang.
Untuk ketahui lebih lanjut boleh datang ke :
RIZQ ISLAMIC SCHOOL
No.2, Lot 1456,
Jalan Cempaka Off Jalan Teratai
Kampung Sungai Ramal Dalam,
43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan
Office : +603 8912 0447 / +603 8926 0447
Telefon : 0183517357
Emel : hello@rizq.edu.my
Atau layari
Website : www.rizq.edu.my
Facebook : www.facebook.com/rizqschool
Twitter : www.twitter.com/RIS_School
Instagram : www.instagram.com/rizqislamicschool
bagus sekolah ni untuk yang berkemampuan
ReplyDeleteCantik dan bersihnya sekolah ni :)
ReplyDeleteGreat post, thanks
ReplyDeleteAppreciate this blog posst
ReplyDelete