Nikmati Hidangan Peranakan Di Madam Zee Ancasa Hotel Kuala Lumpur - Sekarang nak makan hidangan Peranakan Baba Nyonya ni tak perlu ke Melaka dah, dekat Kuala Lumpur pun ada. Masakan ni pun dibuat oleh Chef memang dari keluarga Peranakan, pastinya rasa sedap dan lain dari lain. Korang yang nak menikmati hidangan peranakan, boleh datang ke Madam Zee di Anca Hotel Kuala Lumpur.

Hidangan Baba Nyonya atau Cina Peranakan memang serasi dengan tekak orang Melayu. Makanan Nyonya ialah hasil gabungan bahan Cina dengan pelbagai rempah-ratus istimewa dan teknik memasak yang digunakan oleh masyarakat Melayu. Jadi, semua kaum boleh rasa.
Buffet Ramadan 2024 Bangi Golf Resort - Lagi beberapa minggu nak sambut Ramadan, korang dah buat persiapan belum?. Semoga kita dipanjangkan usia untuk menyambut Ramadan 2024 ini smpai akhirnya. Sekarang ni pun dah banyak hotel dan tempat yang buat Buffet Ramadan ni, hah, siap-siap buat list Buffet Ramadan mana nak pergi..hehe. Macam nad, tempat wajib berbuka puasa Buffet Ramadan mestilah di Bangi Golf Resort.

Memang setiap tahun datang sini, dari anak pertama kecil lagi sampai la sekarang anak dah membesar. anak-anak pun dah kenal dengan tempat ni..hehe. Semestinya, bulan puasa tahun ini, Bangi Golf Resort (BGR) sentiasa menyediakan menampilkan pelbagai hidangan lazat dan minuman yang 
menyegarkan, dengan menggunakan bahan berkualiti serta yang pastinya pada harga yang sangat 
berpatutan. Ada menu baharu tau untuk tahun ni.
Pati Oxymel Khal In-Sãnivir, Cuka Kurma Legakan Batuk, Selsema dan Demam - Sekarang tengah musim demam, batuk dan selsema ya, tak kira la orang dewasa, kanak-kanak. Tambah dengan cuaca yang sekejap hujan, sekejap panas boleh menyebabkan pelbagai penyakit. Nad pun tengah batuk-batuk ni, dah macam cara buat tetap tak hilang. Tambah risau anak-anak pun dah berjangkit. Risau ye bila anak-anak dah tunjukkan simptom tak sihat, walaupun dah cuba elak, tetap kena. Selalunya nad akan cuba cara tradisional dulu, campur madu, halia semua tu la. tapi biasalah kadang rajin buat kadang tak. Sudahnya carila produk natural ni. Sampai nad jumpa produk Pati Oxymel Khal In-Sãnivir.

Nad beli pun dekat shopee, sebelum beli biasanya akan baca feedback dulu, ramai kata bagus dan Pati Oxymel Khal In-Sãnivir ni menggunakan bahan semulajadi, jadi terus nad beli. Harga pun takda mahal mana pun, dan sesuai untuk seisi keluarga. Memang sesuai untuk demam, batuk dan selsema. Oh nad pernah minum Cuka Kurma Oxymel Khal Sakan Jabin di kedai shopee BK Network ni, sebab tu tak risau nak beli produk mereka yang lain.
Taman Hati Studio & Cafe Yang Unik Dan Menarik Di Petaling Jaya - Korang tau tak ada satu cafe tersembunyi dekat SS2 Petaling Jaya. Cafe tu bukan macam cafe biasa tau, ada tumbuhan dan kucing yang berkeliaran, eeeee comel tau. Ceritanya bila Nad ada event dekat situ, kalau tak, nad sendiri tak tau ada cafe seunik dan menarik tu dekat Petaling Jaya. Nama cafe pun menarik, Taman Hati Studio & Cafe.

Kenapa Nad kata tersembunyi? Sebab dari luar pun korang takkan nampak cafe ni. Signboard dia kecil, ada la juga dia letak papan hijau dekat luar tu, tapi kita pun takkan tau tu cafe. Mungkin kena buat something yang menarik dekat signboard tu bagi orang nampak. Nak ke cafe pun kena naik tangga, jadi berpandukan signboard tu sahaja nak tau kedai tu dekat mana.
Masakan Vietnam Di Rasa Viet The Sphere Bangsar South - Korang teringin nak makan makanan Vietnam? Salah satu restoran masakan Vietnam yang nad nak kongsi yang mesti korang cuba adalah di Rasa Viet The Sphere Bangsar South. Datang sini sebab teringin nak makan Sup daging Vietnam, so cari punya cari jumpa tempat ni. Takkan nak pergi Vietnam pulak baru boleh makan kan, nah dekat KL pun dah ada makanan Vietnam, senang dan mudah.

The Sphere Bangsar South ni memang sibuk kalau hari biasa, jadi pergi weekend takdala sibuk mana. Masakan Vietnam di Rasa Viet ni muslim friendly dan halal tau. Jadi tak perlula risau ye. Lepas parking, korang kena la jalan sikit. Dekat sini memang banyak restoran, tapi nad nak makan makanan Vietnam, kita terus ke Rasa Viet.
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2