Buffet Ramadan 2024 Bangi Golf Resort - Lagi beberapa minggu nak sambut Ramadan, korang dah buat persiapan belum?. Semoga kita dipanjangkan usia untuk menyambut Ramadan 2024 ini smpai akhirnya. Sekarang ni pun dah banyak hotel dan tempat yang buat Buffet Ramadan ni, hah, siap-siap buat list Buffet Ramadan mana nak pergi..hehe. Macam nad, tempat wajib berbuka puasa Buffet Ramadan mestilah di Bangi Golf Resort.
Memang setiap tahun datang sini, dari anak pertama kecil lagi sampai la sekarang anak dah membesar. anak-anak pun dah kenal dengan tempat ni..hehe. Semestinya, bulan puasa tahun ini, Bangi Golf Resort (BGR) sentiasa menyediakan menampilkan pelbagai hidangan lazat dan minuman yang
menyegarkan, dengan menggunakan bahan berkualiti serta yang pastinya pada harga yang sangat
Buffet Ramadan 2024 Bangi Golf Resort
Nad kalau nak berbuka dekat luar mesti cari tempat yang senang parking dan mempunyai kemudahan lengkap memudahkan kita sebagai pengunjung ketika berbuka puasa. Paling penting Buffet Ramadan yang murah. Sebab tu nad suka ke Buffet Ramadan Bangi Golf Resort ni.
Harga Buffet Ramadan 2024 Bangi Golf Resort
Harga:
RM65.00 bagi dewasa
RM32.50 kanak-kanak.
Harga diskaun bagi berkumpulan dan harga di luar waktu puncak boleh dibeli melalui laman web mereka iaitu https://bgrrest.com/ramadhan-buffet-2024/ .
Semua harga di atas adalah tertakluk kepada 6% SST.
Tarikh: 13 Mac 2024 sehingga 8 April 2024
Contact : 1-700-82-1457
Website : www.bgrrest.com
Kemudahan semasa Ramadan di Bangi Golf Resort
Dekat sini bukan setakat parking luas yang boleh menempatkan 800 kereta, malah ada Surau Lelaki Dan Perempuan untuk menunaikan solat, tandas, baby room/nursing room turut disediakan.
Menu Dan Tema Warna Warni Ramadan Bangi Golf Resort 2024
Untuk tahun ini, Buffet Ramadan Bangi Golf Resort bertemakan Warna Warni Ramadan. Ini kerana, menu yang dihidangkan adalah pelbagai dari semua kaum. Mungkin ada menu yang biasa ada dan ada yang baru juga. Jom tengok menunya.
Kambing Golek (kambing yang dibakar secara perlahan), makanan yang digemari semua orang dan cepat habis ya. Sebab tu kalau dah mula beratur tu, ni la tempat pertama kena pergi..hehe. Kambing bergolek dengan sos blackpepper yang sedap.
Bukan itu sahaja, Sup Kambing Mamak yang wangi dan berempah (Sup masakan ala India). Sup daging ni kuah memang pekat, rasa cukup, cicah pulak dengan roti. Pergh!! nikmatnya.
Sate Ayam buatan sendiri dengan pelbagai bahan sampingan
Telur Sous Vide dengan Mushroom Espuma ni pun korang wajib ambil dan makan. Hanya telur ni sahaja yang ada di Buffet Ramadan Bangi Golf Resort. Anak nad siap ambil banyak kali sebab memang sedap.
Juga tidak ketinggalan tumpuan utama di BGR adalah Nasi Kerabu; hidangan tradisional nasi
berwarna biru yang diperbuat daripada Bunga Telang, dihidangkan bersama dengan pelbagai Ulam-
ulaman yang dipetik dari Bangi Farm Resort milik mereka sendiri.
Macam nad kata tadi, ada menu baharu yang disediakan iaitu Gyoza Goreng buatan
sendiri dengan pelbagai sos istimewa, Bebola Daging Sweden dengan Sos Perang & Kentang Putar,
Mantao Goreng dengan Sos Cili Ketam, Ayam Panggang Peri-Peri, Mee Hokkien Pulau Pinang, dan
pelbagai pilihan lagi.
Nad terlupa ambil gambar Mantao Goreng, pergh!! sedap ye.
Tetamu juga boleh memilih pelbagai hidangan pencuci mulut yang disediakan termasuklah kuih
tradisional, diantaranya ialah Serawa Durian dengan Pulut Kukus yang terkenal.
Terdapat kira-kira 20 jenis pencuci mulut Barat yang terkini termasuklah beraneka jenis Brownies, Kek Span, Durian Puff, Chocolate Cream Puff, Kek Cawan, Mix Fruits Trifle, Tiramisu, dan Panna Cotta. Spanish Churros yang boleh dihias dengan Sos Marshmallow, Sos Coklat Pekat serta spring warna warni.
BGR menawarkan beraneka juadah dan pilihan untuk semua peringkat umur. Eh untuk kanak-akank ada Soft Serve Ice-Cream, Popcorn Karamel dan Gula-gula Kapas. Punya seronok anak-anak dapat gula-gula kapas ye.
Pelbagai jenis minuman yang menyegarkan.
Hah puas hati kan semua menu yang disediakan.
Untuk makluman semua, BGR telah mendapat Sijil HALAL dari JAKIM semenjak tahun 2009. Selain itu juga, BGR telah dianugerahkan Sijil HACCP dan GMP pada tahun 2021. Ini menunjukkan komitmen mereka yang dalam menitikberatkan Halal Toyyiban, standard kebersihan dan keselamatan makanan yang tinggi untuk dapur mereka.
Untuk ketahui lebih lanjut, boleh layari
Bangi Golf Resort
Alamat : No 1 persiaran Bandar, Bandar Baru Bangi, Selangor 43650 Malaysia
Koordinat : 2.95716N, 101.76518E
Tempahan dan pertanyaan : 1700 821 457
Emel: enquiry@bgrrest.com
Website: https://www.bgrrest.com
antara yang paling mesra marhaen sini ni tempat berbuka hehehhhe
ReplyDelete