Masakan Vietnam Di Rasa Viet The Sphere Bangsar South - Korang teringin nak makan makanan Vietnam? Salah satu restoran masakan Vietnam yang nad nak kongsi yang mesti korang cuba adalah di Rasa Viet The Sphere Bangsar South. Datang sini sebab teringin nak makan Sup daging Vietnam, so cari punya cari jumpa tempat ni. Takkan nak pergi Vietnam pulak baru boleh makan kan, nah dekat KL pun dah ada makanan Vietnam, senang dan mudah.
The Sphere Bangsar South ni memang sibuk kalau hari biasa, jadi pergi weekend takdala sibuk mana. Masakan Vietnam di Rasa Viet ni muslim friendly dan halal tau. Jadi tak perlula risau ye. Lepas parking, korang kena la jalan sikit. Dekat sini memang banyak restoran, tapi nad nak makan makanan Vietnam, kita terus ke Rasa Viet.
Masakan Vietnam Di Rasa Viet The Sphere Bangsar South
Bila nampak je nama Rasa Viet, rasa teruja bila tengok restoran ni. Dari luar je dah lawa dan satu-satunya restoran yang berwarna dan dekorasi kedai yang menarik perhatian. Kalau tengok depan kedai ni dah macam dekat Vietnam, dinding kuning terang, pintu unik dan warna yang menyerlah. Bgai nad, interior design sangat la insta worthy. Terus rasa tak sabar nak masuk dalam, nak rasakan suasana makan seperti di Vietnam.
Bahagian dalamannya juga selesa, dengan tanglung kertas berbentuk berbeza tergantung di siling dan memberikan ruang makan suasana yang hangat.
Apa yang nad tau, masakan Vietnam di sini semuanya dibuat cara tradisional untuk menyediakan semua hidangan super berperisa dengan bahan-bahan segar dan terbaik serta TIADA penggunaan MSG.
Rasa Viet adalah restoran mesra Muslim dan pembekal untuk semua bahan adalah disahkan Halal.
Datang sini mesti cuba minuman signature mereka iaitu Traditional Coffee Drip (with Milk). Kopi ini tidak terdapat di mana-mana kedai yang lain. Selepas drip, akan tuangkan pada cawan berisi ais. Rasa kopi ni memang kaw ye. Sedap, pelat dan aroma yang menyegarkan.
Air lain yang nad order Manggo Smoothie denagn Vetnam Lotus Tea.
Ok, yang ni pulak Kerabu Mangga Udang ( Mango Salad Prawan). Kerabu ni dimakan bersama keropok tu. Hah pertama kali kerabu makan dengan keropok, selalu makan macam tu je. Sedap ya. Dengan rasa kerabu manga yang masam, dan rangup keropok tu.
Ini pula Assorted Spring Roll yang merupakan pelbagai jenis Classic Summer Roll, Fried Roll, Mayo Prawn Netted Roll dan Veg Sweet Yam Netted Roll. Spring Roll ni ada juga dijual satu-satu, tapi sebab nak rasas emua, ambil la yang pelbagai ni. Selalu nad makan yang clasic spring roll, datang sini kenala cuba semua.
Assorted Spring Roll ni disediakan dengan tiga jenis sos. Paling menarik, selalunya spring roll ni makan dengan sos pedas, tapi untuk Classic Spring Roll, makan dengan sos kacang. Hah!!, lain dari lain kan. Setiap Spring Roll mempunyai rasa tersendiri dan isinya semua padat. Puas hati makan.
Seterusnya hidangan yang nad memang nak sanga makan iaitu Sup Vietnam atau Pho. Nad order Beef Noodle Sup. Pho, merupakan makanan jalanan yang popular di Vietnam yang dibuat secara tradisional dengan sup, rice noodle, herba dan daging atau ayam.
Korang tau tak sup ni telah direbus lebih daripada 10 jam dengan bahan semula jadi dan rempah ratus. Jadi, korang kena menikmati dan merasai kuahnya terlebih dahulu. Campur sos dan perah limau yang disediakan ke dalam sup dan kacau kemudian hirup. Pergh!, sedap sangat tau, memang lain dari yang lain rasa sup tu. ada juga cili sambal kalau nak pedas boleh masuk ke dalam sup. Cili sambal tu juga boleh dijadikan sebab sos untuk makan dengan meatball.
Rasa Beef Soup Noodle ni memang menyelerakan, ada rasa masam manis pedas. Memang kena dengan tekak nad ni.
Untuk anak-anak, nad order Grilled Chicken Rice. Biasalah waktu tengahari, dah lapar, orderla nasi untuk diaorang. ayam ni diperap dan digrilled dengan elok.
Akhir sekali mesti makan dessert pulak. Traditional Ceramel Pudding dan Fried Jackfruit Chempedak with Coconut Ice Cream. Korang kena cuba Fried Jackfruit tu makan dengan aiskrim..hehee. Nyum!!
Hah, dah terliur ke?..hehee. Ala kalau nak sangat tu pergi jela ke Rasa Viet dekat The Sphere Bangsar South ni.
Rasa Viet
The Sphere, Bangsar South
Unit No. G-3A, Level Ground, The Sphere,
No 1 Avenue 1, Bangsar South City,
No.8 Jalan Kerinchi 59200 Kuala Lumpur.
03 2242 1880
Daily: 11am - 10pm
Website : https://www.rasaviet.com/
Instagram : https://www.instagram.com/rasa.viet/
Sedapnya nad. Terus rasa teringin nak pi makan. Boleh masuk list kalau turun KL ni.
ReplyDelete