Nikmati Hidangan Peranakan Di Madam Zee Ancasa Hotel Kuala Lumpur - Sekarang nak makan hidangan Peranakan Baba Nyonya ni tak perlu ke Melaka dah, dekat Kuala Lumpur pun ada. Masakan ni pun dibuat oleh Chef memang dari keluarga Peranakan, pastinya rasa sedap dan lain dari lain. Korang yang nak menikmati hidangan peranakan, boleh datang ke Madam Zee di Anca Hotel Kuala Lumpur.
Hidangan Baba Nyonya atau Cina Peranakan memang serasi dengan tekak orang Melayu. Makanan Nyonya ialah hasil gabungan bahan Cina dengan pelbagai rempah-ratus istimewa dan teknik memasak yang digunakan oleh masyarakat Melayu. Jadi, semua kaum boleh rasa.
Nikmati Hidangan Peranakan Di Madam Zee Ancasa Hotel Kuala Lumpur
Baru-baru ni, nad menikmati keenakan hidangan Peranakan di Restoran Madam Ze terletak di Mezzanine Floor Ancasa Kuala Lumpur. Masuk je dalam Ancasa Hotel, boleh je cakap dekat kaunter nak pergi ke restoran Madam Zee. Nanti staff situ akan bantu korang.
Melangkah masuk ke restoran Madam Zee Baba Nyonya Cuisine, tertarik dengan dekorasi dalam ni. Sangat aesthethic, simple dan mengekalkan konsep Baba Nyonya tu sendiri. Tempat yang sangat luas, selesa, cantik. Ada banyak ruang makan, private dining room pun ada sesuai untuk gathering dengan kawan-kawan dan menikmati hidagan lazat Peranakan dengan orang tersayang.
Ini la Chef Allan yang membuat hidangan Peranakan di Madam Zee. Chef Allan menghidangkan masakan Peranakan ini dengan mengekalkan kaedah memasak secara tradisional dan menggunakan bahan premium yang segar. Di sini mempunyai pelbagai jenis hidangan Peranakan yang sedap.
Sebelum tu, korang kena cuba teh longan dekat sini. Sedap sangat tau minuman ni, Bila minum je air teh longan ni terus rasa segar. Manis minuman datang dari buah longan tu sendiri dan takda campuran apa-apa pun.
Ok jom tengok menu hidangan Peranakan yang nad makan haritu.
Hidangan Peranakan Di Madam Zee
Nyonya Pai Tee ( APPETIZER)
Kerangupn setiap gigitan tart ditambah dengan bahan seperti Sengkuang, Slice Omelette, Udang, homemade Chili Sauce dan daun ketumbar. Suka dengan Pai Tee sebab sengkuang fresh, bukan sayur semata dan paling penting Chili Sauce tu yang buat nad menambah untuk makan. Kalau nak tau Pai Tee sedapnya adalah di Chili Sauce tu. Pai Tee dekat sini memang lain dari yang lain dengan Pai Tee yang nad pernah makan dekat luar.
Dengar cerita Pai Tee ni akan ada promosi tau. Tak pasti promosi apa yang mereka nak buat. Jangan lepaskan peluang. Boleh makan banyak-banyak nanti..hehehe.
Ayam Buah Keluak
Hidangan ini adalah istiadat Peranakan. Buah keluak ni orang Melayu dipanggil buah kepayang, orang Jawa pula dipanggil buah rawan manakala orang Peranakan panggil Buah Keluak. Asal usul Buah Keluak ni adalah daripada Indonesia. Sejujurnya pertama kali nad makan buah keluak ni. Kalau makan buah tu sahaja memang pelik, tapi kalau makan dengan nasi dan kuah tu jadi sedap dan rasa berlemak.
Udang Sambal Petai
Memang kegemaran la makanan ni..heheh. Sambal petai ni mereka kurangkan belacan tapi lebihkan geragau kering yang telah disangaikan.
Sayur Lemak Keledek
Rasa berlemak dan ubi keledek yang lembut.
Nyonya Ngoh Hiang
Chicken Roll Stuffed dengan Diced Chicken, Sengkuang dibalut dengan Five Spiced Powder dengan kulit Tauhu. Kalau yang ni mesti budak-budak pun suka.
Ikan Cili Garam
Ya, hidangan Ikan Cili Garam ni hanya menggunakan dua bahan sahaja cili dan garam. Rasanya tak pedas tapi sedap. Untuk naikkan aromanya hanya diletakkan bawang dan buah keras.
Nyonya Cendol ( DESSERT)
Cendol ni memang berlainan sedikit rasanya, tak terlalu manis seperti cendol di luar sana. Tapi nad suka.
Korang cubalah makan Peranakan Cuisine dekat sini. Bagi nad, Peranakan Cuisine ni rasa dan pembuatannya memang sangat unik dan rasanya yang sedap.
Buat Tempahan Di Madam Zee
Boleh walk in atau booking dahulu. Nak senang booking la kan.
Madam Zee - Peranakan cuisine Restaurant, at Ancasa Hotel Kuala Lumpur
OPERATION HOURS:
11.30am - 3.00pm I 6.00pm - 10.00pm I
Closed on Sunday
LOCATED AT MEZZANINE FLOOR
FREE PARKING (2 Hours)
- For dine-in guest
For reservations, call 03 2026 6060 ext 7705
Terms and conditions apply
Best juga menu peranakan ni kan. Boleh la try nanti.
ReplyDelete