Pati Oxymel Khal In-Sãnivir, Cuka Kurma Legakan Batuk, Selsema dan Demam - Sekarang tengah musim demam, batuk dan selsema ya, tak kira la orang dewasa, kanak-kanak. Tambah dengan cuaca yang sekejap hujan, sekejap panas boleh menyebabkan pelbagai penyakit. Nad pun tengah batuk-batuk ni, dah macam cara buat tetap tak hilang. Tambah risau anak-anak pun dah berjangkit. Risau ye bila anak-anak dah tunjukkan simptom tak sihat, walaupun dah cuba elak, tetap kena. Selalunya nad akan cuba cara tradisional dulu, campur madu, halia semua tu la. tapi biasalah kadang rajin buat kadang tak. Sudahnya carila produk natural ni. Sampai nad jumpa produk Pati Oxymel Khal In-Sãnivir.
Nad beli pun dekat shopee, sebelum beli biasanya akan baca feedback dulu, ramai kata bagus dan Pati Oxymel Khal In-Sãnivir ni menggunakan bahan semulajadi, jadi terus nad beli. Harga pun takda mahal mana pun, dan sesuai untuk seisi keluarga. Memang sesuai untuk demam, batuk dan selsema. Oh nad pernah minum Cuka Kurma Oxymel Khal Sakan Jabin di kedai shopee BK Network ni, sebab tu tak risau nak beli produk mereka yang lain.
Oxymel Khal In-Sãnivir
Alhamdulillah, penghantaran Oxymel Khal In-Sãnivir sangat cepat dan pembungkusan pun banyak. Barang sampai dalam keadaan selamat dan tak pecah. Sampai sahaja terus nad cuba. Sebelum demam, batuk dan selsema semakin teruk, baik kita cegah dulu. Sebelum bagi anak-anak minum,biar mak nya yang rasa dahulu.
Oxymel Khal In-Sanivir merupakan sejenis ramuan herba turun temurun sejak zaman dahulu kala. Khal pula adalah perahan buah-buahan terpilih yang akan diperap bagi menghasilkan cuka. Manakala In-Sãnivir adalah ramuan yang di adun khas untuk memberi kelegaan pada orang yang sedang demam, selesema, batuk, pening dan seangkatan dengannya. Ia juga dapat mengurangkan mukus dan kahak di rongga udara.
Ketiga-tiga ramuan digabungkan untuk menghasilkan minuman cuka yang terbaik untuk kesihatan. Ni bukan cuka biasa, tapi cuka sesuai diminum untuk melegakan tekak.
Selalunya kalau nad beli ubat batuk, nad memang suka yang jenis berangin, baru lega tekak. Bila nad rasa Oxymel Khal In-Sãnivir, rasanya sedap dan berangin, dan teksturnya tak terlalu pekat. Rasanya berangin sebab ada ekstrak pudina dalam Oxymel Khal ni.
Bahan-bahan dalam Oxymel Khal In-Sãnivir
- Cuka kurma ajwa
- Madu Hutan Tropika
- Ekstrak Daun Pudina
- Ekstrak Rumpai Laut
Bahan semua semulajadi yang masing-masing mempunyai kebaikan tersendiri. Siap dah dalam satu
botol ada semua bahan ni, kita tinggal minum sahaja.
Lepas nad minum Oxymel Khal In-Sãnivir ni, memang rasa berangin dan lega sangat tekak ni.Rasanya sedap sahaja takda rasa pahit ke apa, rasa manis madu dan pudina tu sahaja. Badan pun rasa segar sahaja.
Bila anak ngadu batuk dan sakit tekak, terus nad bagi minum Pati Oxymel Khal In-Sãnivir. Mulanya memang diaorang rasa pelik bila minum, siap cakap pedas lagi, tapi bila rasa berangin tu, diaorang rasa ok dan suka dengan Oxymel Khal ni. Alhamdulillah , bagi dua ke tiga kali dah baik batuk dan takda sakit tekak.
Pati Oxymel Khal In-Sãnivir ni sesuai untuk orang dewasa dan budak-budak usia 4 tahun ke atas
Cara minum Pati Oxymel Khal In-Sãnivir
Korang kena goncang dahulu sebelum minum tau.
Dewasa
- 1 sudu besar sekali minum, diambil selepas makan. Diikuti minum air putih 2 gelas. Minum dua kali sehari atau bila perlu atau sehingga gejala sembuh.
Kanak-kanak
- Untuk kanak-kanak berumur 4 tahun ke atas.
- 1 sudu kecil selepas makan diikuti minum air putih 2 gelas. Minum dua kali sehari atau bila perlu atau sehingga gejala sembuh.
Kalau tengok pada packaging Oxymel Khal In-Sãnivir 100% Herbal Mixture, dibru oleh MM. Plaing bagus tanpa gula, tanpa pewarna, tanpa perisa tambahan, tanpa bahan pengawet dan tidak mengakibatkan batuk.
Cara menyimpannya
Pati Oxymel Khal In-Sãnivir boleh disimpan pada suhu bilik. Elakkan daripada haba panas dan cahaya matahari. Tidak perlu disimpan dalam peti ais.
.
Produk ini sesuai untuk para preppers. TIADA tempoh luput had masa. Boleh disimpan untuk jangka masa panjang dan tidak rosak. Simpan di tempat kedap udara pada suhu bilik, rasa tidak berubah bahkan menjadi lebih likat dan enak.
Kebaikan Pati Oxymel Khal In-Sãnivir
Selain untuk kelegaan batuk, selsema dan demam, Pati Oxymel
- Sangat bagus untuk kesembuhan selesema, batuk, demam
- Meredakan segala macam jenis masalah dan gejala common flu
- Meredakan masalah sakit kepala, pening dan seumpamanya
- Meredakan masalah selesema, kahak, dan mengecilkan mukus di rongga
- Memberi kelegaan daripada sakit tekak, batuk, demam dan seumpamanya
- Bertindak sebagai fast respons melawan virus berkaitan common flu
- Melancarkan pernafasan yang tersumbat akibat selesema
- Membuang angin dalam badan
- Badan akan mudah sendawa dan membuang angin
Korang jangan risau, kali kedua nad beli produk dekat sini, satu Cuka Kurma Oxymel Khal Sakan Jabin, ni pulak Pati Oxymel Khal In-Sãnivir, Produk ni semua buatan tangan, perapan sendiri dan semestinya 100% HALAL dan diyakini suci lagi bersih.
Nad rekomen sangat untuk korang beli Pati Oxymel Khal In-Sãnivir dan simpan dekat rumah, mana tau diri sendiri atau ada ahli keluarga yang mula tunjukkan diri tu tak sihat seperti batuk, selsema dan demam.
Korang boleh dapatkan di
Link shopee: shopee.com.my/bknetwork
Link produk: https://shope.ee/7fAsaS4iyp
Jadi, korang perlu jaga diri, sentiasa minum banyak air dan kekalkan penghidratan secukupnya.
dah botol kedua ,anak2pun boleh terima ,fresh je kat tekak.
ReplyDelete