Oligo Minuman Coklat Yang Lazat : Jom Bersolidariti Bersama Oligo - Korang tau tak, kita boleh memberi sumbangan kepada penduduk Gaza di sana dengan membeli produk Oligo. Bagus kan, sambil minum kita boleh menderma. Kempen ini telah dijalankan bagi membantu misi kemanusiaan dan meringankan beban penduduk Gaza di sana. Hari-hari nad selalu tengok update berkenaan Gaza, sedih dan hanya mampu berdoa. Bila dapat beri sumbangan ni, rasa syukur dapat tolong sedikit mereka yang memerlukan. 

Terkesan dengan apa yang berlaku di Gaza, melancarkan kempen dan sumbangan dalam usaha membantu misi kemanusiaan penduduk Gaza. Sumbangan anda sedikit sebanyak akan memberikan perbezaan yang lebih baik!
Madu Saffron Iran Untuk Imuniti Badan Dan Kecerdasan - Biasa kita ambil madu begitu sahaja, begitu juga dengan saffron, campur dalam minuman. Tapi kali ni, nad jumpa produk madu campuran saffron. Menarik bukan, sebab tu nad beli dan nak cuba. Madu dan saffron ni banyak khasiatnya, kalau diamalkan selalu bagus untuk kecerdasan dan dapat imuniti badan kita.

Biasa nad memang ambil madu setiap hari, tapi nad tak pernah lagi ambil saffron sebab harganya yang mahal. Madu ni, orang ambil untuk kesihatan, manakala saffron bukan shaaja kesihatan malah kecantikan. Banyak kebaikan kedua-dua bahan ni. Selalunya pun nad tengok ada juga orang minum madu dengan saffron. Tapi yang nad beli ni, madu siap campuran saffron dalam satu botol.
Kembali Ke Sekolah 2024 - Selamat Kembali Ke Sekolah adik-adik. Alhamdulillah, dah habis cuti persekolahan. Makanya harini 11 Mac 2024 bermula la alam persekolahan 2024. Anak-anak pun masa cuti sekolah dah cakap “ bila nak sekolah”, tak sabar nak jumpa kawan katanya..hahaha. Mommy dulu punya syok cuti sekolah nak, tak fikir sekolah pun. Korang ni dasyat..hahaha.

Tahun 2024 ni Fariza naik darjah 3, Farhanah tabika 6 tahun. Masing-masing dah besar dah. Pagi tadi bangun pagi pun takde masalah. Berkobar-kobar masing-masing nak pakai baju sekolah dan pergi sekolah. Farhanah, sekolah tabika buka lambat pun nak join bangun awal juga. Semangat sangat tu dik!!..hahaha
Buffet Ramadan 2024 Klana Beach resort Port Dickson - Sajian Nasi Padang & Selero Negeri Sembilan - Baru-baru ni nad merasai sendiri keenakan Buffet Ramadan 2024 di Klana Beach Resort, Port Dickson. Mana tau sesekali nak berbuka puasa dengan menginap di resort, dengan panaroma yang cantik, hah, Klana Beach Resort la sesuai untuk korang. Tahun ini Buffet Ramadan mereka bertemakan Nasi Padang & Selero Negeri Sembilan. 

Hanya mengambil masa 1 ke 2 jam untuk ke Klana Beach Resort. Boleh sahaja waze akan terus ke resort ni. Kalau korang nak tau, Klana Beach Resort ni terletak bersebelahan dengan Kompleks Baitul Hilal. Nad suka dengan suasana resort ni sebab betul-betul berdekatan dengan pantai. Memang rasa nyaman dan damai sahaja.

 6 Air Conditioner Maintenance Tips to Follow 


There are many reasons why it’s important to regularly maintain your air conditioner. Not only will it ensure that everything’s working properly, but it will also help you avoid major problems in the future that could leave a serious dent in your bank account. While this may seem overwhelming to some people, these helpful tips will help you get started!
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2