Terkesan dengan apa yang berlaku di Gaza, melancarkan kempen dan sumbangan dalam usaha membantu misi kemanusiaan penduduk Gaza. Sumbangan anda sedikit sebanyak akan memberikan perbezaan yang lebih baik!
Oligo Sumbang Sebanyak RM250,000 kepada Gaza
Setiap pembelian Oligo, kita dapat beri sumbangan kepada penduduk Gaza tau. Bulan puasa ni, elokla kalau nak buat amal jariah dan membantu saudara kita yang jauh di sana. Syarikat Power Root telah menyumbang sebanyak RM250,000 bantuan kepada penduduk Gaza. Sumbangan tersebut telah diberikan melalui Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima Berhad dan Bulan Sabit Merah UAE dalam membantu misi kemanusiaan penduduk Gaza.
Kita sebagai rakyat Malaysia dapat membantu dengan membeli produk Oligo. Dengan pembelian Oligo, sebanyak RM0.50 daripada produk serbuk dan RM0.10 daripada produk sedia diminum (tin/sachet) akan disumbangkan untuk bantuan ini. Alhamdulillah, sambil membeli sambil menderma. Terbaik Oligo!!
Inilah masa kita untuk membantu penduduk Gaza, selain berdoa, memberi sumbanagn juga, salah satu cara untuk kita membantu mereka. Bantuan yang diberikan semestinya akan menggembirakan mereka di Gaza terutama bulan Ramadan ini.
Menerusi kempen dan sumbangan ini, sama-sama berusaha mengumpulkan bantuan kepada penduduk Gaza dan sekali gus menyatakan solidariti kita bersama mereka,
Setakat ini sejumlah RM1.9 juta kutipan sumbangan sudah diserahkan menerusi tiga organisasi amal iaitu Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (Mercy Malaysia), Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) dan Malaysian Relief Agency (MRA).
Jom, kita tunjukkan sokongan kita sebagai rakyat Malaysia!!
Jumlah sumbangan sehingga 17 Mac 2024 adalah sebanyak RM303,229
Syarikat itu juga memperkenalkan duta baharu Oligo yang juga atlet lumba basikal negara, Datuk Azizulhasni Awang.
Minuman Coklat Oligo, Pilihan Kami Sekeluarga
Alhamdulillah dah seminggu lebih kita berpuasa. Paling best, bulan Ramadan ni anak-anak pun ikut nak berpuasa sekali. Jadinya, kenala fikir menu sahur yang bagus untuk anak-anak bertenaga dan tahan lapar sepanjang bulan Ramadan ni. Paling penting menu yang mudah dan berzat. Puasa tahun ni mencabar sikit dengan cuaca yang panas, nak tahan lapar dan dahaga. Selain, bersahur dengan makanan yang ringan, nad sediakan minuman Oligo, minuman yang padat dengan nutrisi dan beri tenaga sepanjang Ramadan.
Minuman Coklat Oligo menjadi kesukaan rakyat Malaysia tak kira orang dewasa dan kanak-kanak. Minuman Oligo ni bukan sahaja padat dengan segala kebaikan untuk kekal cergas dan bertenaga tetapi ia lengkap dengan NutriMax.
Oligo, minuman rasa coklat yang lazat diperbuat dari koko belgium, malt dan susu. Rasanya yang sedap, tak terlalu manis dan pastinya mengenyangkan.
Minuman ini penuh dengan Nutrimax di mana ia mengandungi gabungan Oligofruktosa yang menjaga sistem penghadaman, tinggi protein dan kalsium bagi mengekalkan tulang dan gigi yang kuat, Vitamin B6, Vitamin B12 bagi menguatkan sistem imunisasi badan dan mineral membantu menjaga kesihatan keseluruhan badan. Semuanya dalam satu pek. Bagus kan!!
Minuman Oligo Lengkap Nutrisi Dan Bertenaga Sepanjang Ramadan
Siapa tak suka minum air coklat kan. Sepanjang bulan Ramadan ni, nad dengan anak-anak minum Oligo ni. Minuman yang lengkap dengan nutrisi yang berkhasiat dan memberi tenaga sepanjang Ramadan.
Oligo ni, kita boleh diminum secara panas atau sejuk.
Pelbagai Resipi Dengan Oligo
Selain itu, Oligo ni bukan sahaja boleh diminum begitu sahaja, malah pelbagai resipi yang sedap dan mudah boleh dibuat dengan menggunakan Oligo ni. Pastinya bukan untuk orang dewasa sahaja, malah untuk anak-anak yang nak berpuasa. Sekiranya mereka mahu berpuasa, anak-anak perlu bangun pada awal pagi untuk bersahur. Tujuan bersahur ini adalah untuk memberikan tenaga bagi mereka menjalani ibadah puasa sepanjang hari. Jadi, ibu bapa perlu memainkan peranan mereka dengan membuat masakan atau resipi yang boleh menambahkan selera makan anak mereka ketika bersahur supaya kekal bertenaga
Antara menu yang boleh dibuat dengan menambahkan Oligo dalam resipi korang. Menu paling mudah, sedap dan sihat.
Macam Fariza dan Farhanah, diaorang lebih suka makan bijirin dan waffle. Seronok bangun pagi nak sahur, bila ada menu ni.
Minuman Oligo ni ada pelbagai jenis tau, daripada bentuk pek bersaiz besar dalam bentuk serbuk dan sachet, kotak kecil sehingga la dalam bentuk tin iaitu Oligo 3 In 1, Oligo 950gram Refill Pack, Oligo Calcium 200ml, Oligo Calcium 240ml, Oligo Protein 240ml dan Oligo Instant Cup. Hah pilih je mana-mana korang suka.
Kalau korang nak tau, Oligo ni minuman yang telah disahkan HALAL oleh JAKIM dan merupakan produk Malaysia. Jom kita sokong buatan Malaysia!!
Korang boleh dapatkan minuman Oligo ini di mana-mana kedai atau pasaraya yang berdekatan.
Untuk info lebih lanjut boleh layari:
Tadi di sabasun ada jenama ni
ReplyDelete