Fariza Shooting Untuk Video MV Lagu Raya - Tuah anak kan, tiba-tiba rezeki dia dapat masuk dalam video MV Lagu Raya. Macam tu la bila kerja mommy pun buat review produk dalam bentuk video, anak kena selit dalam video tu, lepas tu orang lain nampak kebolehan anak, terpanggil untuk shoot video sendiri..hehee. Okla, pengalaman dia kan. Kisahnya, nad tengah scroll Instagram, tiba-tiba dapat DM Inbox dari Dalin Lienda. Dalin ni tengok video job Lexus nad dengan anak. Lepas tu dia nampak dan DM. Dia tanya " dalam video tu anak nadia ke?"..nad jawab "aah"

"Okay macam ni"
" Saya tengah siapkan MV Raya "
" So saya perlukan talent kanak-kanak perempuan"
" Sikit ja part kanak-kanak"
" Tu tengok video review nadia"
" Macam ngam je"
" Nadia ok ke kalau anak nadia jadi talent kanak-kanak perempuan tu?"
Raya 2024: Meriah Raya Tahun Ni - Dah masuk raya ke 20, baru sempat nak update story pasal raya dalam blog ni. Setiap tahun mesti nak cerita sebagai kenangan..hehehe. Alhamdulillah, dipanjangkan usia untuk sambut Syawal tahun ni setelah penat berpuasa sebulan. Raya tahun ni, kitaorang beraya dekat Meru Klang, rumah mak ayah nad. Kitaorang raya dekat kampung sampai hari Ahad. Malam raya memang nad baru kemas-kemas baju nak balik kampung. Pagi raya, bersalaman dahulu dengan suami dan anak-anak dekat rumah, kemudian baru gerak balik Meru, Klang.

Setiap kali raya memang berharap balik Meru, Klang kampung nad. Sebab belah nad kalau beraya dari satu rumah ke satu rumah. Dari kecik dah rasa macam tu, memang meriah raya. Orang datang beraya ke rumah pun tak berhenti sampai malam. Tapi belah suami takde macam tu, memang rasa lain je bila orang KL lain. Satu rumah berjam-jam lama, pastu tak ramai. Sebab tu selalu harap sangat raya pertama tu balik kampung nad. Yela dah berpuasa sebulan, mesti la nak raikan dengan meriah. Lagipun, tahun ni dua orang anak nad, Fariza dan Farhanah puasa penuh. Nak bagi lagi best bila raya ni.
Moira World Tour 2024, Memilih Malaysia Sebagai Lokasi Pertama - Siapa peminat Moira Rachelle Bustamanre Dela Torre, artis terkenal Filipina? Hah, kalau korang nak tau, Moira akan mengadakan konsert sempena Moira World Tour 2024 di Malaysia tau pada 20 april 2024 ni. 

Nad berkesempatan berjumpa dengannya di sidang media yang turut dihadiri oleh rakan-rakan media anjuran Liverpass Asia dab Banyak Bagus Entertainment.
Ocrevus Pilihan Rawatan Baharu Untuk Pesakit Sklerosis Berbilang- Beberapa hari lepas, nad telah menghadiri satu majlis berkenaan penyakit Sklerosis Berbilang dan pelancaran Ocrevus di mana ia adalah rawatan untuk penyakit ini. Sejujurnya, ini kali pertana nad mengetahui tentang penyakit Sklerosis Berbilang ini. Dikatakan penyakit ini memang jarang ditemui. Alhamdulillah, bila ada Ocrevus, rawatan baharu untuk pesakit Sklerosis Berbilang ini, dapatla pesakit menjalani kehidupan yang lebih baik.

Jadi, sebagai masayarakat yang peka dengan penyakit ini, nad nak kongsi dengan korang supaya ramai tau dan sedar mengenai penyakit ini dan mendidik masyarakt untuk pencegahan diagnosis awal dan rawatan.
GB Gold Malaysia Perkenal Edisi Khas Rekaan Emas Alif Satar - Sekarang ni emas memang jadi pilihan untuk disimpan dan dijadikan sebagai pelaburan jangka panjang. Emas ni nilainya makin lama makin tinggi, jadi orang ramai mula sedar untuk menyimpan emas. Siapa yang suka kumpul emas mesti korang pernah dengar GB Gold Malaysia kan. Haritu nad dijemput ke Majlis Berbuka Puasa dan Pelancaran Produk Emas Alif bersama GB Gold Malaysia & Alif Satar. Nampak nama Alif Satar memang nad akan pergi..hehee. Majlis ni bukan sahaja berbuka puasa tapi perkenalkan Alif sebagai duta GB Gold Malaysia dan edisi khas rekaan emas Alif Satar.


Meriah ye majlis, semua yang datang adalah dari penyimpan-penyimpan emas, pelabur GB Gold Malaysia, rakan dalam industri dan terbuka kepada orang awam. Satu dewan penuh tau, menunjukkan ramai sedar bahawa emas tu sesuatu yang penting dalam kehidupan. Kalau dulu emas fizikal jadi pilihan untuk simpanan, tapi sekarang emas berbentuk dinar dan gold bar lebih menairk perhatian.
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2