Ocrevus Pilihan Rawatan Baharu Untuk Pesakit Sklerosis Berbilang- Beberapa hari lepas, nad telah menghadiri satu majlis berkenaan penyakit Sklerosis Berbilang dan pelancaran Ocrevus di mana ia adalah rawatan untuk penyakit ini. Sejujurnya, ini kali pertana nad mengetahui tentang penyakit Sklerosis Berbilang ini. Dikatakan penyakit ini memang jarang ditemui. Alhamdulillah, bila ada Ocrevus, rawatan baharu untuk pesakit Sklerosis Berbilang ini, dapatla pesakit menjalani kehidupan yang lebih baik.

Jadi, sebagai masayarakat yang peka dengan penyakit ini, nad nak kongsi dengan korang supaya ramai tau dan sedar mengenai penyakit ini dan mendidik masyarakt untuk pencegahan diagnosis awal dan rawatan.

Apa itu penyakit Sklerosis Berbilang?


Nad pasti, kebanyakan dari korang pun pertama kali pernah dengar tentang penyakit Sklerosis Berbilang ni. Sklerosis Berbilang (MS) adalah penyakit neurologi yang menjejaskan otak dan saraf tunjang (sistem saraf pusat) yang mengawal semua fungsi badan. MS merosakkan selaput yang melindungi saraf dikenali sebagai mielin. Kehilangan mielin atau demielinasi akan mengganggu keupayaan saraf untuk mengalirkan impuls elektrik ke otak dan dari otak.

Gejala yang dilalui pesakit Sklerosis Berbilang


Individu MS boleh mengalami pelbagai gejala. Jarang berlaku dua pesakit mempunyai gejala yang sama dan gejalanya juga sangat meluas daripada yang bersifat ringan sehinggalah yang melemahkan. Antara gejalanya termasuklah penglihatan kabur, pening, lesu, kebas dan sesemut, kekejangan otot, anggota badan menjadi kaku dan lemah, masalah pergerakan, masalah pertuturan, vertigo, rasa sakit, gangguan usus besar atau pundi kencing, dan sukar untuk menelan.

Walking ( Gait ) Difficulties

Numbness

Vision Problems

Mereka menyediakan corner untuk tetamu merasai apa yang dirasa oleh pesakit Sklerosis Berbilang ni. Nad pun cuba nak tau apa yang dilalui pesakit ini. Antaranya Masalah Pergerakan. Bila nad berjalan, memang sukar ye sebab cara pergerakan tidak seimbang. Selain itu, kebas contoh kita pegang ais memaang akan rasa kebas. Ketiga nad penglihatan kabur dan sukar melihat. Bila kita cuba, baru kita tau, pesakit ni menjalani kehidupan yang sangat sukar.

Sehingga 2020, MS memberi kesan kepada kehidupan 2.8 juta orang di seluruh dunia. Maknanya, 1 dalam 3,000 orang di dunia mengalami MS. Kadar kelaziman (prevalens) yang lebih tinggi direkodkan di Amerika Utara, Eropah, dan sesetengah kawasan di Australia dengan catatan 1 dalam setiap 300 orang mengalami MS.

Walaupun kadar kelaziman (prevalens) MS di Asia lebih rendah, namun gejala yang dideritai oleh pesakit tetap sama seperti di mereka yang tinggal di Barat. Di Malaysia, ia disenaraikan sebagai penyakit jarang jumpamdengan anggaran kadar kelaziman (prevalens)  enam kes bagi 100,000 penduduk.

Ocrevus Pilihan Rawatan Baharu Untuk Pesakit Sklerosis Berbilang

Majlis Pelancaran Media OCREVUS®

(Kiri:Kanan)
Dr. Fariz Abdul Rani, Ketua Unit Neurosains dan Penyakit Jarang Jumpa, Roche (Malaysia) Sdn. Bhd.;
Dr. Chey Shin Yee, Pakar Perunding Neurologi;
Dr. Low Soon Chai, Pakar Perunding Neurologi;
En. Rizal Aminuddin, Presiden Persatuan Multiple Sklerosis Malaysia (MSSM).

Roche (Malaysia) Sdn. Bhd. mengumumkan kehadiran OCREVUS® di Malaysia, iaitu pilihan dos yang memudahkan kerana ia hanya perlu diambil dua kali setahun bagi sklerosis berbilang yang berulang (RMS) dan sklerosis berbilang progresif primer (PPMS).

Apa itu Ocrevus


OCREVUS® - Memperlahankan Perkembangan dan Menyekat Serangan Berulang
Diberikan melalui suntikan infusi intravena setiap enam bulan, OCREVUS® telah menunjukkan keberkesanan tinggi yang berterusan dalam memperlahankan perkembangan penyakit, sekali gus memberi kesan positif kepada kualiti hidup pesakit MS.

Data menunjukkan tahap MS yang dialami oleh 8 daripada 10 pesakit RMS tidak berkembang selepas 10 tahun.

Panelist Jemputan


Tiga Panelist dijemput untuk bercakap tentang penyakit Sklerosis Berbilang ini dan Rawatan Ocrevus dengan lebih mendalam. Panelist yang dijemput ialah Dr Low Soon Chai, Pakar Perunding Neurologi, Dr Chey Shin Yee, Pakar Perunding Neurologi dan juga En Rizal Aminuddin, Presiden Persatuan Multiple Sklerosis Malaysia (MSSM), beliau juga merupakan suami kepada pesakit Sklerosis Berbilang ini.



Menurut Dr Low Soon Chai, Pakar Perunding Neurologi, “Sklerosis berbilang adalah masalah kesihatan sepanjang hayat  dan tidak dapat disembuhkan. Keadaan ini lima kali lebih biasa dalam kalangan wanita berbanding lelaki.”

“Penyakit ini sangat sukar diramalkan. Bagi sesetengah orang, mereka melalui fasa reda di mana keadaan semakin baik (remisi) dan kemudiannya penyakit menyerang semula (relaps). Bagi orang lain, keadaan mereka mungkin bertambah buruk dari semasa ke semasa. Namun, individu dengan semua bentuk MS mengalami aktiviti penyakit seperti keradangan sistem saraf dan kehilangan kekal sel-sel saraf di otak, walaupun ketika gejala klinikal mereka tidak ketara atau tidak kelihatan semakin teruk.”

“Matlamat utama apabila merawat MS ialah untuk mengurangkan aktiviti penyakit secepat mungkin bagi memperlahankan perkembangan ketidakupayaan seseorang.

Jika tidak diuruskan dengan baik, individu dengan sklerosis berbilang yang teruk mungkin boleh mengalami ketidakupayaan sepenuhnya atau yang tidak dapat dipulihkan,” tambah Dr Low.

Dalam memberi penjelasan mengenai jenis-jenis MS, Dr Chey Shin Yee, Pakar Perunding Neurologi, berkata: “Ia termasuklah individu yang mengalami MS relaps-remisi atau yang berulang-ulang (RRMS), iaitu jenis paling biasa yang berlaku pada pesakit. Individu yang mempunyai RRMS mengalami episod gejala neurologi yang berulang-ulang, diikuti tempoh reda atau remisi. Satu episod boleh berlarutan selama beberapa hari atau minggu, dan pemulihannya mungkin mengambil masa beberapa minggu atau bulan, bergantung kepada gejalanya, bahkan pada sesetengah pesakit ada gejala yang tidak hilang sepenuhnya.”

“Lama kelamaan, RRMS yang dialami sesetengah individu boleh berubah menjadi MS progresif sekunder (SPMS), di mana fungsi neurologi semakin merosot dan ketidakupayaan pula terkumpul secara berperingkat, walaupun tiada relaps. Perubahan ini biasanya berlaku selepas bertahun-tahun mengalami RRMS.”

“Sklerosis berbilang progresif primer (PPMS) adalah jenis MS yang lebih jarang berlaku. Tidak seperti MS relaps-remisi (RRMS), di mana pesakit mengalami episod gejala yang semakin teruk dan disusuli tempoh remisi (reda), PPMS dicirikan oleh gejala yang semakin teruk dari awal, tanpa relaps atau remisi yang ketara. Individu dengan MS yang sudah teruk mungkin terpaksa bergantung kepada alat bantuan pergerakan atau menggunakan kerusi roda, tidak dapat bekerja dan lambat laun mereka juga akan memerlukan penjaga,” tambah Dr. Chey.

Dr Low dan Dr Chey turut menegaskan kepentingan berjumpa pakar neurologi apabila mengalami gejala-gejala mirip MS untuk mendapatkan diagnosis yang tepat dan mengenepikan keadaan neurologi lain yang mungkin meniru gejala MS.

En Rizal yang menjaga isterinya sejak dia disahkan menghidap MS pada 2011, sangat menghargai usaha Roche Malaysia kerana menyokong pesakit dengan menyediakan program bantuan pesakit bagi membolehkan mereka mendapat akses kepada rawatan yang memberikan hasil yang lebih baik.


En Rizal jug amerupakan Presiden Persatuan Multiple Sklerosis Malaysia (MSSM) yang turut menjadi penjaga berasa sangat berbesar hati kerana Roche sudi berkolaborasi bersama kami untuk meningkatkan kesedaran nasional mengenai intervensi awal, rawatan dan pengrusan bagi mengelakkan perkembangan penyakit ini.

En Rizal berkata “MSSM percaya kepada pendekatan yang holistik dan inovatif untuk rawatan MS. Kami sentiasa memperjuangkan agar ubatan baharu ini tersedia untuk pesakit dan menyokong  pengamal perubatan am diberi latihan mengenali MS supaya mereka juga boleh membantu mengesan MS dari awal serta menyalurkan pesakit kepada pakar yang tepat untuk rawatan susulan.

“Saya juga bercakap daripada pengalaman sendiri sebagai penjaga MS apabila berkongsi kisah perjalanan pesakit yang agak traumatik jika mereka tidak disalurkan kepada rawatan dan sokongan perubatan yang tepat dari awal,” 

“Program bantuan pesakit menolong meringankan beban kewangan pesakit dan keluarga mereka, memastikan pesakit boleh mengakses penjagaan yang diperlukan dengan fikiran yang tenang,” tambah Rizal.

Data Klinikal yang Menyokong Keberkesanan OCREVUS®

Data klinikal menunjukkan bahawa OCREVUS® berkesan dalam memperlahankan perkembangan ketidakupayaan (RMS) dan merawat pesakit dengan PPMS5.

Keberkesanan OCREVUS® untuk rawatan RMS telah ditunjukkan dalam dua ujian klinikal, OPERA I dan OPERA II, di mana 1,656 peserta dirawat selama 96 minggu.

Dalam kedua-dua ujian, insiden relaps dalam kalangan pesakit yang menerima OCREVUS® didapati berkurang sebanyak hampir separuh (46%).

Ia juga terbukti berkesan dalam memperlahankan perkembangan penyakit di mana peserta yang menerima OCREVUS® kurang berkemungkinan mengalami perkembangan ketidakupayaan (40%), manakala peratusan peserta yang mengalami perkembangan ketidakupayaan adalah kecil (9.8%). Ramai peserta (33%) juga menunjukkan peningkatan yang baik dari segi ketidakupayaan selepas 3 bulan mengambil OCREVUS®. Ubat ini juga terbukti dapat mengurangkan lesi otak.

Kedua-dua kajian menunjukkan pengurangan lesi yang ketara menerusi imbasan MRI, dengan kadar 94% dan 95% masing-masing. Dalam kajian ORATORIO untuk PPMS ke atas 732 peserta yang dirawat selama sekurang-kurangnya 120 minggu, OCREVUS® didapati melengahkan perkembangan ketidakupayaan di mana peserta yang diberikan OCREVUS® kurang berkemungkinan mengalami perkembangan ketidakupayaan  (24%).

OCREVUS® telah diluluskan oleh US FDA pada Mac 2017 untuk orang dewasa yang mengalami RMS dan PPMS10. Di negara kita, ia telah diluluskan pada November 2023 untuk rawatan RMS dan PPMS.

OCREVUS® telah dimasukkan ke dalam Program Bantuan Pesakit Roche (RPAP) yang membantu pesakit berkelayakan mengakses ubat-ubatan Roche yang dipreskripsikan oleh doktor di bawah skim bersubsidi untuk menyokong keseluruhan kos rawatan mereka. Untuk maklumat lanjut mengenai MS, OCREVUS® dan RPAP, sila hubungi pakar neurologi atau doktor yang merawat anda.
SHARE 2 comments

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2