Drama Khun:Sa Beri Kesedaran Kepada Rakyat - Cerita ni dah tamat pun dan bakal ada Khun:Sa 2, tapi nad baru nak kongsi pendapat berkenaan cerita Khunsa ni..hehehe. Lepas tengok Episod 1,terus tengok tak pernah tinggal pun sapai Episod 28. Kalau tertinggal pun, nad boleh tengok siaran ulangan dekat Astro On Demand. Selalunya kita tengok cerita cintan cintun, orang kaya kawin orang miskin, cerita kawin dua la, kawin senyap-senyap la, eh penat tau nak tengok cerita macam tu. Benda sama je. Bila Shahrulezad buat certa Khunsa ni, bagus sangat sebab bagi kesedaran dekat semua orang. 

Bagi nad, cerita macam ni memang perlu ditonjolkan. Baru la orang tau ni bukan cerita untuk promote LGBT atau apa-apa la. Khunsa ni berkenaan seorang yang istimewa mempunyai dua kemaluan. Jadi nak pastikan mereka cenderung kepada perempuan atau lelaki, perlu tengok cara mereka ke arah mana. Macam dalam cerita ni, ia lebih kepada keperempuanan tapi akibat salah bapanya yang inginkan anak lelaki telah melakukan kesilapan besar menyebabkan anak itu merana sampai ke tua.


Drama Khun:Sa Beri Kesedaran Kepada Rakyat 


Kalau tengok gambar ni, nad ingat ni semua adik beradik yang berlakon, atau keluarga tau, tapi rupanya, gamabr ni menujukkan Cik Khun dari kecik sampaila, remaja, dewasa dan tua. Patutla tengok pelik bebenor kalau dia tunjuk semua keluarga, sebab muka kakak takda, ada muka mak je..haha. Lepas perhati baru faham. Cik Khun kan sama wajah macam mak dia, jadi adalah watak Nadia Aqilah lagi sekali masa dewasa untuk Cik Khun masa di usia dewasa.

Khunsa (atau KHUN:SA : Che Khun Che Nisa) ialah sebuah siri televisyen best Malaysia 2024 terbitan Radius One yang diarahkan oleh Shahrulezad Mohameddin (Budak Ijat).

Sinopsis Khun:Sa


Apabila budak ijat mencari sebuah cerita untuk didramakan, dan muncul seorang bernama Naem meminta supaya cerita makciknya yang Khunsa untuk didramakan.

Wan Jusoh yang tidak boleh menerima takdir dengan kelahiran anak bongsunya sebagai khunsa telah memilih untuk membesarkan anaknya itu sebagai seorang lelaki.

Namun, Che Khun membesar dan cenderung kepada sifat kewanitaan menjadikan Wan Jusoh marah.

Kehadiran Zaiton yang kini menjadi ibu tiri kepada mereka sering memperlakukan mereka dengan teruk. Pelbagai cabaran dan rintangan yang berlaku sepanjang Che Khun membesar sehingga dewasa dek kerana kesalahan bapanya yang menentukan jantinanya secara langsung buta.

Di akhir drama Khunsa menunjukan watak Che Nisa dan watak lain tergantung selepas yang mana Che Nisa (Nadia Aqilah) ditahan polis selepas membunuh Azlan meskipun dilakukan oleh Naem/Ahmad untuk melindungi ibunya, kemudian Ezad @ Shah (Megat) mengetahui bahawa Naem tu adalah Ahmad. Bagaimanapun penonton akan tertanya pengakhiran Che Nisa,Bakri dan lain-lain di usia tua dan kisah Ahmad Naem


Watak utama


Keluarga Wan Jusoh

Azhan Rani sebagai Wan Jusoh (episod 1-20)
Mikael Noah sebagai Che Khun (7 Tahun) (episode 5-15)
Mhia Firdaus sebagai Che Khun (14 Tahun) (episod 16-20)
Amalina Arham sebagai Che Nisa (21 Tahun) (episode 21-24)
Nadia Aqilah sebagai Munah / Che Nisa (35 Tahun) (episod 25-28)
Farah Ahmad sebagai Che Nisa (50 Tahun) (episod 1 [sebagai suara cameo]/bersambung dalam musim 2)
Putri Qaseh Izwandy sebagai Che Timah (10 Tahun) (episode 1-14)
Putri Jannah Izwandy sebagai Che Timah (17 Tahun) (episode 15-17)
Ayu Ayuni Sebagai Che Timah (27 Tahun) (episod 11-16)
Salsa Cella sebagai Che Midah (8 Tahun) (episod 1-5
Fara Nadiah sebagai Che Midah (15 Tahun) (episode 5-16)
Zizi Hazirah sebagai Che Midah (23 Tahun) (episod 16-20)
Emelda Rosemila sebagai Che Midah (30 Tahun)
Haura Jamalullail sebagai Che Ani (7 Tahun) (episod 1-5)
Kiky Hannah sebagai Che Ani (14 Tahun) (episode 15-17)
Dina Allysha sebagai Che Ani (20 Tahun) (episode 17-18)
Rasya Dean sebagai Che Ani (28 Tahun) (episode 22)

Keluarga Long Hassan & Long Hawa

Jeri Jamalullail sebagai Long Hassan
Laila Nasir sebagai Long Hawa
Rafique Iskandar sebagai Bakri (7 Tahun)
Muhsin Nadzli sebagai Bakri (14, 21 & 35 Tahun)
Fauzi Nawawi sebagai Bakri (50 Tahun) (bersambung dalam musim 2)

Memperkenalkan
Ezu Hashim sebagai Tuyah
Zarif Ghazzi sebagai Naem
Danny Soda sebagai Juki (Marzuki)

Watak Pembantu

Sherry Alhadad sebagai Zaiton
Megat Sharizal sebagai Ezad
Zarina Zainoordin sebagai Sarimah
Fizzy Aziz sebagai Khairul
Noorkhiriah sebagai Noor Marlia
Elfriena sebagai Zaida
Hisham A. Karim sebagai En. Hisham
Alyssa Lee sebagai Mei Lin
Zam Azmi sebagai Shah
Azrul Anuar sebagai Azrul
Azrul Zaidi sebagai Ustaz Malek
Josiah Hogan sebagai Azlan (35 Tahun)
Shiqin Kamal sebagai Siti (20 & 35 Tahun)
Elly Suhaili sebagai Kak Pah
Danieal Aidid sebagai Marzuki

Asrama

Khaled sebagai Azlan (14 Tahun)
Qistina Khaled sebagai Siti (14 Tahun)
Azzal Amaliz sebagai Fuad
Adam Ikmal sebagai Wafi
Ewan Fauzi sebagai Hairi
Ej Lee sebagai Azizi
Een Efendi sebagai Cikgu Samsiah
Sahronizam Noor sebagai Cikgu Sulaiman
Hilmi Zerain sebagai Lutfi

1. Drama Khunsa mendapat sokongan dan nasihat daripada pakar kesihatan bertauliah dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dari segi agama supaya memastikan jalan cerita realistik dan tidak bercanggah sahsiah.

2. Idea drama ini bermula pada 2020 apabila Shahrulezad ingin mencari kelainan cerita manfaat dan kesedaran kepada masyarakat, malah beliau lari fenomena drama Nur. Namun projek drama Khunsa hanya digerak pada 2022 katanya drama 28 episod pernah ditolak oleh sebuah stesen TV atas alasan tertentu hanya Astro sahaja luluskan.

3. Sherry Al Hadad pertama kali membawa watak jahat bagi mencari kelainan selepas beliau membawa watak komedi yang sinonim dirinya.

4. Lokasi penggambaran dijalankan di sebuah rumah replika terletak di Paya Wetland, Dengkil manakala selebihnya di Kuala Lumpur dan Kuala Kangsar, Perak

5. Mhia Firdaus yang membawa watak Che Khun (14 - 20Tahun) adalah anak kepada pengarah Pitt Hanif (nama sebenar Firdaus Hanif) dan ibunya Farah Ahmad yang mainkan watak sama untuk umur 50 an.

Cerita Khun:Sa sangat unik


Bagi nad cerita ini memnag elok dipertontonkan. Casting yang sangat SEMPURNA. Semua pelakon hebat-hebat belaka dan takda yang kayu pun even pelakon kanak-kanak. Cerita zaman dulu seorang bapa yang garang. Bapa dulu-dulu memang garang ye. Pelakon kanak-kanak, sampai dah besar peganag watak kakak-kakak memang terbaik, pertahankan adik yang tidak bersalah. Suka cara kakak marah dekat abah mereka.

Paling tak sangka lakonan Zaiton iaitu Sherry Alhadad. Ingatkan akan jadi ibu tiri yang baik, tapi rupanya lagi kejam disebabkan, muka Cik Khun sama dengan arwah ibunya. Wan Jusoh pun masih sayangkan isterinya, berkahwin dengan Zaiton sebab untuk menjaga anak sahaja. Teruk ye, mana taknya Zaiton lagi kejam.

Paling sedih, Cik Khun bila dah remaja nak masuk asrama, jumpa dengan Zaiton, nampak emosi Zaitun yang dia dah banyak buat salah dekat Cik Khun.

Kesian Cik Khun dari kecik sampai dewasa ada sahaja masalahnya. Sampaila masuk penjara sebab nak pertahankan anak angkatnya tu. Geram ye dengan anak angkatnya tu, Ahmad.

Paling kelakar dalam cerita ni, Tuyah dan adiknya Sarimah. Dua beradik yang suka menyibuk hal orang lain. Ending diaornag kena ambik dengan alien..hahahaha. Macam tak logik tapi entahla..hahaha. 

Cara makeup diaorang zaman dahulu pun menjadi.

Tapi tak bestnya kenapa ada Khun:Sa ke dua? Kenapa tak habiskan. Arghh geram dekat situ. Katanya Khun:Sa 2 keluar bulan puasa tahun depan. Oii lama oii. Tak sabar nak tau kesudahan Cik Khun selepas tua.

Drama ni memang berlainan dengan drama lain. Penagrah dia memang terkenal dalam pembikinan seperti ini. Bagus sangat. Ini yang sepatutnya jadi acuan untuk semua penulis skrip dan pengarah dalam  Malaysia. Bukan karya syok sendiri tangkap muat palysafe manjang.

Tahniah Budak Ijat. We appricate your efforts.
SHARE 0 comments

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2