Idea Potluck Jamuan Sekolah Anak - Bila ada jamuan sekolah tak kiralah, jamuan raya ke atau jamuan akhir tahun ke mesti mak-mak dah pening nak bawa apa untuk anak. Ada sekolah masih amalkan potluck jamuan sekolah anak. Ada sekolah yang tak nak peningkan mak-mak, akan beli sendiri makanna, parents hanya bagi duit sahaja. Cara macam tu bagus sebenarnya, takdela mak bertukus lumus nak memasak kan. Tapi kalau masih ada potluck jamuan sekolah, ada juga mak-mak yang membeli je tak larat nak buat sendiri. Ada mak yang rajin nak buat makanan untuk anak. Ikutla kan, mana yang terbaik untuk anak dan memudahkan parents.

Sama la macam nad, kalau rajin, nad masak untun potluck jamuan anak sekolah. Biasalah kadang pening nakn buat apa. Nak mudah beli je kek atau buat goreng yang simple sahaj macam nugget ke, sosej ke. Tapi, kadang datang rajin lain macam, kita buat berat sikit, contoh mihun, mee goreng, pasta..hah!!!

Idea Potluck Jamuan Sekolah Anak




Selalunya kalau jamuan sekolah anak ni, nak senang dan cepat nad goreng nugget je. Tapi entah tiba-tiba haritu terlebih rajin pulak, nak buat Macaroni Mac & Cheese dan cucuk-cucuk besbol dan sosej untuk jamuan sekolah Fariza. Biasalah, ada hari rajinnya lain maciam..hehehe. Jadi, kita pun beli la bahan-bahannya. Menu ni nad masukkan dalam bekas, jadi senang budak-budak ni nak makan nanti.

Macaroni Mac & Cheese




Bahan-Bahan:
2 tin PREGO Mac&Cheese
1 peket Sosej (hiris nipis)
2 peket Macaroni Kimball (tak sampai pon 2 peket). Rebus asing sampai empuk.
1-2 sudu besar Oregano
6 ulas Bawang putih (tumbuk)
3 sudu besar Butter

Gula/garam/perasa
Bekas untuk isi


Cara Membuat :
1. Rebus Makaroni sampai lembut
2. Panas butter.Tumis bawang putih jangan sampai garing sangat. Masuk sosej sehingga masak.
3. Masuk 2 tin Mac&cheese Prego, kemudian masukkan oregano sikit. Biar mendidih sampai pekat sikit. 
4. Selepas itu, masukkan macaroni yang dah rebus tu.
5. Masuk gula+garam sikit.
6. Gaul rata sampai sebati. Bubuh dalam bekas sampai penuh
7. Letak sekali garfu atau sudu kecik ye. Senang budak-budak ni nak makan.

Cucuk-cucuk Sosej dan besbol



Idea potluck satu lagi yang mudah korang boleh cuba ialah cucuk-cucuk Sosej dan besbol. Benda ni senang sahaja. Goreng Sosej dan Besbol. Dah siap masak semua, kemudian korang cucuk dengan lidi. Masa cucuk tu mintak tolong anak-anak buat sekali. Yela, jamuan diaornag kan..hehe. Sosej tu korang belah dua, jadi dapatla banyak.

Dua ni jela nad dapat kongsi idea potluck jamuan sekolah anak. Banyak lagi idea potluck yang menarik korang boleh tengok. Sekarang ramai je yang kongsi. Selamat mencuba.

SHARE 1 comment

Add your comment

  1. SEdap semuanya untuk anak anak... untuk mak mak.. dah kurang pergi sikit sosej ni

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2