Mandi Manda Di Riverside Janda Baik - Haritu plan dengan kakak, dia ajak bercuti bulan 5, lepas raya. Nad pun setuju je, sebab nad pun dah lama tak bawa anak-anak bercuti. Mulanya kakak nak pergi ke Perak, ad asatu lokasi viral, tapi macam panas betul. Yang ada dekat situ pun kolam renang sahaja. Jadi nad pun cari lokasi lain yang best. Baru teringat, sebelum ni kawan-kawan universiti ada pergi satu tempat dan bermalam dekat situ. Sepatutnya nad join kawan-kawan, tapi waktu tu ada hal. Bila teringat terus survey dekat google, facebook, dan tiktok. Tempat memang cun, dan dekat dengan alam semulajadi. Lama juga nak pergi sini sebab banyak tempat menarik dekat sini, terus cadangkan dekat kakak, apa kata pergi Riverside Janda Baik, ni pun salah satu lokasi viral yang cantik untuk bercuti.

Kakak pun setuju sebab dia tengok best juga. Terus nad tengok website Riverside Janda Baik untuk booking chalet. Hah, bab chalet nanti nad explain next entry ya. Yang ni nad nak cerita bab mandi manda dulu..heheee.

Mandi Manda di Riverside Janda baik



Perjalanan ke Riverside Janda Baik dari Kuala Lumpur ambik masa 45-60 minit sahaja. Kitaorang gerak dalam pukul 9 pagi untuk sarapan dulu. Kakak pulak gerak dari rumah dia dekat Rantau panjang dalam pukul 9.30 pagi. Ingatkan jumpa dekat kedai mamak di Gombak tapi lain pulak jadinya. Tiba-tiba tayar dia pancit, jadi lepas sarapan, kitaorang gerak dulu ke Riverside Janda Baik. Habis sarapan dalam pukul 10.30 pagi kitaorang gerak ke sana.

Alhamdulillah perjalanan lancar cuma ada jem sedikit dan hujan. Tapi takdela lama mana pun. Sampai dekat RNR Genting Sepah hujan dah turun renyai-renyai. Kitaorang berhenti dekat situ untuk rehat sekejap. Nampak orang jual ubi macam sedap je, mintak tolong me mafia beli. 



Ingat nak ubi rebus biasa je, sekali dia beli ubi rebus honey dengan buah berangan panggang. Manis dan sedap dimakan panas-panas. 

Lepas tu kitaorang terus gerak ke Riverside Janda Baik. Boleh tahan juga jalannya pusing-pusing. Tapi takdela teruk macam nak pergi Cameron atau Genting..huhuhu.


Kalau diikutkan banyak tempat menarik dekat Jandan Baik ni, tapi kitaorang pilih Riverside Janda Baik. Kitaorang sampai dalam pukul 12 tengahari. Hari Sabtu tak ramai orang sangat. Terus cari parking yang disediakan.

Masya Allah...cantik sangat dan cukup menenangkan! Memang teruja masa mula-mula sampai sini, tak sabar nak celup kaki dalam air tu. Pertama kali datang ke sini, selalu kalau nak bercuti pun dalam Kuala Lumpur je. Jauh dari KL memang susah sikit melainkan rancang dengan keluarga. Akhirnya sampai juga ke Janda Baik Pahang ni.

Harga Pondok



Datang sini nak mandi manda sahaja pun boleh sambil sewa pondok. Harga pondok berbeza, ada besar, ada kecik. Nad ambil yang kecik jela sebab nad kan ada booking chalet. Harga pondok nad RM30 perlu tambah deposit RM20, semua sekali Ram50. Deposit nanti dipulangkan. Biasalah deposit ni untuk kerosakan ke, apa-apa la terjadi kat pondok tu.


Plan memang masing-masing bawa makanan dari rumah. Macam nad bawa nasi, sandwich dengan nugget sahaja dan peralatan macam pinggan mangkuk dan sudu. Kakak bawa lauk pauk, mihun dan minuman. 




Alhamdulillah, lepas kitaorang sampai dalam 10 minit kakak pun sampai. Hah!! Mulala aktiviti berendam. Lama betul ye tak mandi sungai. Sungai ni ada banyak batu di bawah dan aliran agak deras. Tapi tidaklah berapa dalam.  Syok mandi sini, walau tak dalam air sejuk betul. Sesuai la untuk anak-anak mandi manda. Tapi tetap kene pantau ye. Lokasi yang sangat nyaman dan tenang je. Sana sini pokok. Lama dah tak dekat denagn alam semulajadi ni. Sejuk je rasa. Memang nak lari dari kepanasan di bandar..huhu.

Lagi seronok budak-budak dapat mandi manda.

Aktiviti Water Tubing


Dekat sini bestnya korang boleh buat aktiviti 'water tubing'.  Alah...duduk atas pelampung besar sambil di bawa arus sungai tu. Seronok tengok! Nad ni kalau tak mengandung, dah join sekali dengan anak buah semua main ni..hahahaha. Lupa pula nak ambik gambar. Ada video dalam youtube tu.

Nak main 'water tubing ' ni kena gunakan pelampung. Jadi, siapa tak bawa pelampung boleh sewa pelampung yang disediakan. Kami sewa pelampung hijau besar tu di sebuah gerai yang terletak berhampiran. Kadar sewa RM10 dan posit RM10 dikenakan.

Haritu memang kitaorang mandi puas-puas sampai petang. Dalam pukul 3 petang, nad uruskan chalet. Dah booking cuma ke pejabat dia dan bagitau kita ada booking chalet dekat sini. Disebabkan nad ramai, jadi booking chalet yang besar la untuk keselesaan. Nad booking chalet Rumah Kenanga atau dipanggil Rumah Kampung. Bab chalet next entry ye..hehee. Panjang pulak entry ni nanti..hehehe. 

Nad akan share juga cara booking macam mana.


Dekat sini ada kedai kecil jual apam balik tau, sedap gila apam balik dia. Korang kalau datang isni, kene beli apam balik orang ni. Ada beberapa jenis apam balik, apam balik biasa, apam balik coklat, cheese, eh macam-macam la. Ada juga jual minuman.

Kenapa Nad pilih Riverside Janda Baik

- Lokasi yang dekat. Kira-kira 45 minit memandu dari Gombak. 
- Masih dalam suasana kampung, nyaman dan tenang denagn pokok-pokok





- Kemudahan (Riverside) yang hampir lengkap. Ada bilik mandi, tandas, surau dan lain-lain. 
- Kadar sewaan pondok juga berpatutan, bergantung pada jenis pondok. 
- Boleh membuat aktiviti BBQ, barang bawa sendiri. 
- Air sungai yang jernih dan cetek sangat mesra kanak-kanak. Riverside sudah agak ke hilir, tapi airnya masih lagi elok untuk mandi-manda. 
- Aktiviti "tubing" memang mengujakan anak-anak. Tube ada disewakan oleh pihak Riverside

Tips; 

- Datang awal sekiranya pergi pada hujung minggu.
- Bawa makanan sendiri. Walaupun ada restoran tapi lebih mudah bawa bekal dari rumah. 
- Bawa duit lebih, kalau-kalau ada musim buah.

Lepas dah selesai urus chalet sambung mandi lagi..heheeh.
SHARE 0 comments

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2