Klana Beach Resort Port Dickson - Port Dickson ni memang banyak hotel dan tempat menginap yang best. Salah satunya ialah Klana Beach Resort. Nad stay sini pun disebabkan haritu ada buat Buffet Review Ramadan di Klana Beach Resort. Dapatla menginap semalam di sini, pada masa sama dapat gembirakan anak. Sekarang tengah cuti sekolah, elok bawa naak-anak bercuti ke Port Dickson. 

Ingatkan Klana Beach Resort ni biasa-biasa sahaja, tapi best betul suasana tempatnya. Pemandangan dan lokasinya betul-betul di tepi pantai. Nak pergi pantai Port Dickson pun senang, ada tangga disediakan, kita turun dah sampai pantai. Memang lawa kalau nak tengok matahari terbenam.

Klana Beach Resort Port Dickson


Mengambil masa 1 jam perjalanan dari Kuala Lumpur dan nak pergi korang google maps taau waz saaja, nanti sampaila ke destinasi. Klana Beach Resort bersebelahan dengan Komplek Baitulhilal. Masuk je di perkarangan Klana Beach Resort ada parking luas yang disediakan. Kalau tengok Klana Beach Resort ni memang biasa sahaja tapi menariknya ialah pemandangan depan hotel ni.

Keistimewaan Klana Beach Resort


Pemandangan yang menarik dan cantik berhadapan dengan Pantai Port Dickson


Masa sampai di Klana Beach Resort, nad memang kagum melihat pemandangan resort ni yang menarik dan cantik berhadapan dengan Pantai Port Dickson. Nak jalan-jalan ke panti, disediakan tangga untuk turun dan menikmati pemandangan dengan berjalan kaki secara santai di sepanjang laluan pejalan kaki yang disediakan oleh pihak Klana Beach Resort dan masing-masing mempunyai akses ke Pantai Teluk Kemang dan Pantai Seri Purnama.

Sesuai sangat kalau nak tengok matahari terbit atau matahari terbenam. Cantik je. Nak turun mandi dekat pantai pun senang. Memang lokasi yang strategikla Klana Beach Resort ni.

Bilik Selesa 






Bilik pula ada yang berhadapan dengan pantai. Macam nad dapt tingkat 2 tak silap, bilik superior. Cantik sangat pemandangan dalam bilik. Bilik pun dalam keadaan bersih dan wangi. Katil supersingle ada dua. Sesuai la untuk family kecil kami ni.

Kemudahan Bilik Yang disediakan


Klana Beach Resort menyediakan kemudahan yang lengkap
- Free Wifi
- Peti sejuk
- Iron & iron board
- Hanger
- Hair dryer
- Mini Bar (untuk buat air dan kattle)
- Laundry Services
- Meeting Facilities
- Luggage Storage
- Restaurant (7.00am to 10.30pm)
- Room Service
- Wake up Call
- Prayer Room (Surau)
- 300 meter Board Walk
Free Car Parking
BBQ Pit


Bagusya dekat sini, disediakan telekung, kain pelikat dan sejdah untuk solat. Selalunya hotel mana-mana pun jarang sediaakn ni semua. Memang mudahkan pengunjung Muslim untuk solat atau mereka yang terlupa bawa kelengkapan solat. Dekat bahagian laci sebelah katil pun ada Al-Quran disediakan. Jangan risau, resort ni selamat dan tiada entiti..hehehe. Malam tu na tidur lena je dengan anak-anak.

Kolam Renang memisahkan lelaki dan perempuan




Selalunya, kolam renang ni terletak dalam bangunan hotel, tapi kolam renang di Klana Beach Resort ni, terletak di luar bangunan, di tepi resort. Jadi keluar dari resort tu kenala jalan. Tapi menariknya, pemandangan dia memang lawa. Korang boleh tengok gmbar yang nad letak tu. Kalau cuaca elok memang cun la.

Dekat sini kolam renang lelaki dipishakan dengan kolan renang wanita. Ada juga kolam renang untuk kanak-kanak. Untuk kolam anak-anak siap ada slide Ikan Paus (Children Pool Slide) lagi tau, sesuai untuk percutian keluarga.

Jalan-Jalan Tepi Pantai





Ada masa, boleh jalan-jalan menikmati pemandangan pantai. Turun je terus nampak pantai, boleh mandi dekat pantai juga. Suasana yang nyaman dan mengasyikkan. Dapatla anak-anak main pasir dan mandi pantai. 




Sempat juga nad buat maternity shoot..hahaha. Tapi tak lama pun, panas lit lit ye.

Sarapan di Klana Beach Resort





Macam biasa, waktu pagi disediakansarapan dekat sini. Bayaran untuk sarapan tidak termasuk dalam penginapan. Kalau nak bersarapan dekat resort perlu membuat bayran lain. Sarapan macam biasalah, nasi lemak, bijirin, bubur, dan macam-macam lagi.

Alhamdulillah, walaupun dapat menginap sehari, dapatla gembirakan anak-anak. Lepas ni boleh booking lagi.
SHARE 2 comments

Add your comment

  1. Banyak juga kemudahan. Lama tak pergi PD. Last masa anak2 kecik je bercuti kat sana lepas tu tak pergi dah.

    ReplyDelete
  2. Wah dekat je dengan rumah. Bolehlah pergi inshaAllah. Salam kenal. Jemputlah singgah blog saya taw :)

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2