Jom Ke Transformers One Roadshow Di AEON Mall - Hello you alls, siapa sini peminat Transformers? Hah ada berita best ni nak bagitau!! Kepada peminat Transformers, jangan lepaskan peluang untuk melihat model Transformers yang korang minati dengan lebih dekat lagi di TRANSFORMERS ONE Roadshow yang diadakan di AEON Mall terpilih. 

AEON telah berkolaborasi bersama United International Pictures bagi mempromosikan movie TRANSFORMERS ONE dan roadshow ni bermula 19 Ogos sehingga 30 September 2024. Banyak aktiviti dan ganjaran menarik menanti pengunjung yang datang ke Transformers One Roadshow ini.

Transformers One Roadshow Di AEON Mall



TRANSFORMERS ONE Roadshow bukan dekat semua AEON Mall tau, hanya AEON terpilih sahaja. Mana yang berdekatan bolehla datang ke AEON dan pastinya peminat Transformers datang dari pelbagai peringkat usia. Nak tau AEON mall mana dan aktiviti apa yang ada di sana, boleh tengok sampai bawah.

Lokasi dan Tarikh


Tarikh : 19 Ogos - 30 Spetember 2024

Lokasi AEON Mall yang mengambil bahagian:

Selangor/Kuala Lumpur

- AEON Mall AU2 Setiawangsa
- AEON Mall Cheras Selatan
- AEON Mall Metro Prima
- AEON Mall Bukit Raja
- AEON Mall Bukit Tinggi

Johor

- AEON Mall Bukit Indah
- AEON Mall Kulaijaya
- AEON Mall Tebrau City
- AEON Mall Bandar Dato Onn

Penang

- AEON Mall Bukit Mertajam

Perak

- AEON Mall Ipoh
- AEON Mall Ipoh Klebang
- AEON Mall Ipoh Station 18
- AEON Mall Kinta City
- AEON Mall Taiping
- AEON Mall Seri Manjung

Negeri Sembilan

- AEON Mall Seremban 2

Melaka

- AEON Mall Bandaraya Melaka

Aktiviti Menarik TRANSFORMERS ONE Roadshow


Ambil Gambar Model Gergasi Transformers dan melihat model Autobots dan Decepticons




Hah, datang sini, mesti kena ambil dengan model gergasi Transformers. Teruja bila nampak transformers besar depan mata kan. Dapat tengok Optimus Prime, Bubblebee yang kiut tu..hehhe..Ambil gambar banyak-banyak dan post di media sosial.



Boleh tengok model Autobots dan Decepticons yang ada di situ.


Ambil gambar OOTD di prop yang disediakan



Korang berpeluang melihat model-model Transformers kegemaran dengan lebih dekat dan boleh mengambil gambar OOTD dengan prop filem yang besar. Wajib ye bergambar dengan aksi menarik untuk dijadikan sebagai kenangan. Bukan budak-budak je suka, orang dewasa mesti nak OOTD juga. 

Tebus Tiket Filem TRANSFORMERS ONE



Apa menariknya lagi, sempena pembukaan tayangan filem TRANSFORMERS ONE ini, korang boleh menebus tiket filem TRANSFORMERS ONE yang eksklusif. 

Bagaimana tebus tiket?


Caranya, korang perlu berbelanja RM300 (bukan Ahli AEON) atau RM200 (Ahli AEON) dalam tiga resit gabungan pada hari yang sama dari mana-mana kedai di AEON MALL yang menyertai peraduan ini untuk melayakkan diri bagi ganjaran menarik ini.

Apa lagi, dapatkan tiket eksklusif ini dan jadi orang pertama menonton filem ini.

Permainan dan Hadiah Menarik








Bukan itu sahaja, ada banyak lagi yang menanti korang! Bawa anak-anak untuk menikmati pelbagai aktiviti dan permainan yang menarik, dan berpeluang untuk memenangi hadiah yang hebat. Aktiviti yang disediakan bukan sahaja untuk kanak-kanak malah sesuai untuk semua peringkat usia.  

Jangan lepaskan peluang, datang ramai-ramai ke TRANSFORMERS ONE Roadshow yang diadakan hanya sekali seumur hidup menjanjikan keseronokan dan kegembiraan serta pengembaraan luar biasa. 'Save the date' dan datang ke AEON Mall terpilih berhampiran korang.

Raikan Hari Merdeka



Sempena Hari Merdeka jon sama-sama kita Raikan Hari Merdeka dan Hari Malaysia bersama AEON Mall dengan tema " TRANSFORMERS ONE: AEON Celebrates All Malaysians as One"

Untuk info lanjut boleh layari
Instagram: aeonmallmalaysia


#AEONMALL
#AEONMALLXTRANSFORMERSONE
#TRANSFORMERSONE
#HASBRO
SHARE 0 comments

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2