Jana Pendapatan Bersama Al’Ard Dan Bantu Ekonomi Para Petani Di Palestine - Dari sehari ke sehari melihat berita mengenai Palestine memang menyedihkan. Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin dengan isu yang berlaku di Palestine, kita hanya mampu tolong mana yang boleh dan berdoa. Bagi meningkatkan ekonomi Palestine, syarikat Al' Ard memberi peluang kepada sesiapa sahaja untuk jana pendapatan dengan menjual produk Palestine. Sambil jana pendapatan, kita juga dapat membantu para petani Palestine meneruskan kehidupan mereka.

Inisiatif Jana Pendapatan Bersama Al’Ard bertujuan untuk membantu meningkatkan ekonomi para petani di Palestin. Palestin, yang telah lama menghadapi pelbagai cabaran geopolitik, turut terkesan dalam sektor pertanian, di mana para petani sering berdepan dengan kekurangan sumber, serta ketidakstabilan ekonomi. Melalui program ini, Al’Ard membuka peluang kepada mereka untuk menjana pendapatan sambil menyumbang kepada kebajikan sosial.
Kids Food Games Culinaryschools.org Online - Siapa tak suka bermain game, semua orang suka terutama sekali anak-anak. Game ni bukan sahaja menghilangkan bosan dan stress malah dapat mengasah bakat dan menguji minda. Nad jumpa satu platform yang mempunyai banyak koleksi game dalamnya. Hah, game itu ialah Kids Food Games ( game makanan dan masak-masak online) di culinaryschools.org. Mempunyai pelbagai jenis game dan main secara percuma.

Permainan game ini sesiapa sahaja boleh main, tidak kira kanak-kanak atau orang dewasa. Banyak kategori dalam game ini, ada yang basic, ada yang mencabar, tengokla game mana yang bersesuaian dengan umur korang. Sebelum bagi anak-anak main, mommy yang main dahulu..hehe. Lama betul mommy tak main game ni, sekali dah main seronok ya.
Pameran Pelancongan Saudi di IOI Mall Putrajaya - Ada yang berhasrat ingin membuat umrah atau merancang percutian dan menjelajah keindahan dan keunikan Arab Saudi? Kunjungi Pameran Pelancongan Saudi di IOI Mall Putrajaya.  Pameran Pelancongan Saudi yang pertama seumpamanya, diterajui oleh Pihak Berkuasa Pelancongan Arab Saudi (Saudi Tourism Authority, STA)  bermula dari 28 Ogos hingga 1 September.

Hah, cuti merdeka ni kalau jalan-jalan ke Putrajaya, bolehla singgah ke Saudi Travel Fair ni. Sempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-67, terdapat tawaran eksklusif seperti beli satu tiket SAUDIA, dan dapatkan potongan 50% untuk tiket kedua, serta pelbagai hadiah, tawaran lain disediakan. Masa ni la korang berpeluang menjelajahi keindahan Arab Saudi! Nad dah pergi ye, memang best tau. 
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2