Jana Pendapatan Bersama Al’Ard Dan Bantu Ekonomi Para Petani Di Palestine - Dari sehari ke sehari melihat berita mengenai Palestine memang menyedihkan. Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin dengan isu yang berlaku di Palestine, kita hanya mampu tolong mana yang boleh dan berdoa. Bagi meningkatkan ekonomi Palestine, syarikat Al' Ard memberi peluang kepada sesiapa sahaja untuk jana pendapatan dengan menjual produk Palestine. Sambil jana pendapatan, kita juga dapat membantu para petani Palestine meneruskan kehidupan mereka.

Inisiatif Jana Pendapatan Bersama Al’Ard bertujuan untuk membantu meningkatkan ekonomi para petani di Palestin. Palestin, yang telah lama menghadapi pelbagai cabaran geopolitik, turut terkesan dalam sektor pertanian, di mana para petani sering berdepan dengan kekurangan sumber, serta ketidakstabilan ekonomi. Melalui program ini, Al’Ard membuka peluang kepada mereka untuk menjana pendapatan sambil menyumbang kepada kebajikan sosial.


Al'Ard Syarikat Palestine Tunggal Di Malaysia 


Al’Ard merupakan satu-satunya syarikat Palestin yang beroperasi di Malaysia berpusat di Seksyen 13, Shah Alam Selangor, dan satu-satunya anak syarikat di luar Palestin. Ditubuhkan dengan matlamat untuk memperkenalkan produk-produk Palestin ke pasaran Malaysia, Al'Ard telah menjadi jambatan utama dalam mempromosikan barangan berkualiti tinggi dari tanah suci Palestin.

Bagi Al’Ard, polisi Kerajaan Malaysia yang sentiasa menyokong perjuangan Palestin sejak puluhan tahun adalah bukti kukuh bahawa negara ini adalah lokasi yang paling sesuai untuk menjalankan operasinya. Justeru, walaupun produk mereka dihantar ke pelbagai pelusuk dunia seperti Arab Saudi, Eropah, Amerika Syarikat, Kanada, Chile, Jepun, Australia, dan Indonesia, Malaysia tetap menjadi pilihan utama kami.


Al’Ard menjual pelbagai produk berkualiti tinggi Palestine seperti minyak zaitun, za’atar, sabun zaitun, serta pelbagai produk asli dari bumi Palestin. Dengan memberi peluang kepada orang ramai untuk menjana pendapatan, Al’Ard bukan sahaja membantu ekonomi tempatan Palestin tetapi juga menyatukan umat Islam di seluruh dunia dalam usaha kemanusiaan yang penting ini.

Jana Pendapatan Bersama Al' Ard



Sistem jana pendapatan bersama Al’Ard direka untuk memberikan peluang kepada individu yang berminat dalam perniagaan dan ingin menyokong perjuangan Palestin. Konsep ini membolehkan mereka bertindak sebagai agen atau pengedar produk Al’Ard dan membantu rakyat Palestine membeli produk mereka.

Genap Sedekad Di Malaysia 


Sejak sepuluh tahun lalu, model simbiosis ini telah dilaksanakan di Malaysia. Al-Ard bermula di Malaysia dengan sistem ejen. Rakyat Malaysia menerima bekalan secara terus dari Palestin, menjana pendapatan melalui perniagaan, dan dalam masa yang sama, dana dapat disalurkan terus kepada rakyat Palestin melalui transaksi perniagaan yang sah.

Kempen ‘Palestin di Setiap Rumah’ sedang berlangsung dengan sasaran untuk menghantar 3 juta ringgit ke Palestin. Sejak permulaan kempen pada awal Disember 2023, Al' Ard telah berjaya menghantar dana sebanyak USD 340,000.00, bersamaan RM 1,914,790.00 ke Palestin.

Sepanjang berlangsungnya kempen ini, mereka akan sentiasa memberikan perkembangan dari masa ke masa sehinggalah berjaya mencapai sasaran yang dikehendaki.

Menjual Produk Asli Datang Dari Palestin





Produk yang ditawarkan adalah hasil bumi yang diusahakan secara organik dan tradisional, termasuk minyak zaitun yang terkenal dengan kualitinya yang luar biasa. Dengan setiap pembelian, pengguna bukan sahaja menikmati produk premium, tetapi juga membantu memberikan sokongan langsung kepada rakyat Palestin yang memerlukan.

Nad pernah beli produk dengan Al' Ard ni, seperti minyak zaitun, memang bagus tau. Banyak lagi produk yang ada memang datang dari Palestine.

Memetik kata-kata Duta Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali pada Disember lalu, cara terbaik membantu rakyat Palestin adalah dengan membeli produk asli keluaran mereka. 

“Rakyat Palestin bukannya hanya mahu meraih simpati. Kami melakukan perniagaan sebagai usaha membangunkan ekonomi yang akhirnya dinikmati setiap lapisan rakyat.”

“Melalui perniagaan jugalah segala sokongan kewangan dapat disalur ke Palestin dengan cara yang telus, tanpa sebarang ketirisan,” tegas beliau.

Partner  Al’Ard



Sebelum ini, Al’Ard Malaysia menjalankan kaedah penjualan secara terus kepada pengguna dan juga melalui sistem ejen. Namun, setelah menerima maklum balas daripada semua pihak, Al’Ard telah menambah baik sistem penjualannya dengan memperkenalkan Sistem Al’Ard Partner.

Dahulu, proses penjualan dilakukan secara manual melalui pesanan stok di WhatsApp atau secara berhadapan. Kini, penjual produk Al’Ard boleh melakukan pembelian stok secara dalam talian melalui sistem yang telah diperbaharui.

Sistem Al’Ard Partner terbahagi kepada tiga kategori iaitu Gold Partner, Silver Partner, dan Bronze Partner. Berikut adalah perbezaan antara kategori-kategori ini:

Gold Partner

- Margin keuntungan sehingga 40%
- Pembelian pertama: RM3,888.00
- Pembelian seterusnya/Pembelian minima: RM1,888.00

Silver Partner

- Margin keuntungan sehingga 32%
- Pembelian pertama: RM388.00
- Pembelian seterusnya/Pembelian minima: RM388.00

Bronze Partner

- Margin keuntungan sehingga 20%
- Pembelian pertama: RM188.00
- Pembelian seterusnya/Pembelian minima: RM188.00

Sales Kit

Al’Ard juga menawarkan Sales Kit/Marketing Support yang merangkumi:
- Channel Telegram Konten
- Gambar/Poster/Video
- Flyers Produk
- T-Shirt Al’Ard
- Bunting
- Promotion Stand
- Non-Woven Bag
- Web Listing

Al’Ard bukan sekadar perniagaan, ia adalah gerakan untuk mengubah hidup rakyat Palestin melalui perniagaan yang adil dan beretika. Dengan menyertai program jana pendapatan bersama Al’Ard, anda bukan sahaja mampu menjana pendapatan tambahan tetapi turut memberi sumbangan besar dalam memperjuangkan hak dan kehidupan rakyat Palestin

Mungkin ada antara kawan-kawan nad ni yang ada impian bercita-cita nak berniaga tapi tak tau nak berniaga apa? Boleh join Al'Ard ni .

Untuk mendaftar sebagai partner Al’Ard, sila layari laman web www.partneralard.com atau hubungi nombor whatsapp https://wasap.my/60132615878/SertaiPartnerAlard
SHARE 0 comments

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2