Kids Food Games Culinaryschools.org Online - Siapa tak suka bermain game, semua orang suka terutama sekali anak-anak. Game ni bukan sahaja menghilangkan bosan dan stress malah dapat mengasah bakat dan menguji minda. Nad jumpa satu platform yang mempunyai banyak koleksi game dalamnya. Hah, game itu ialah Kids Food Games ( game makanan dan masak-masak online) di culinaryschools.org. Mempunyai pelbagai jenis game dan main secara percuma.

Permainan game ini sesiapa sahaja boleh main, tidak kira kanak-kanak atau orang dewasa. Banyak kategori dalam game ini, ada yang basic, ada yang mencabar, tengokla game mana yang bersesuaian dengan umur korang. Sebelum bagi anak-anak main, mommy yang main dahulu..hehe. Lama betul mommy tak main game ni, sekali dah main seronok ya.

Kids Food Games culinaryschools.org Online



Main game ni dekat mana-mana boleh. Dekat rumah, luar rumah pun boleh. Tengah bersantai, bercamping pun boleh main game ni. Senang, sebab game ni dalam website, bila-bila masa boleh main. Banyak ye koleksi game dalam culinaryschool.org ni. Sampai tak tau nak main mana satu. Semunya best.

Ni antara permainan yang nad main

Watermelon game




Comel je Watermelon Game ni tau. Game ni permianan buah-buahan, di mana korang perlu menjatuhkan buah-buahan dengan buah yang sama. Apabila buah-buahan yang sama disentuh mereka bergabung menjadi buah yang lebih besar dan lebih berharga. Gabungkan 11 buah berturut-turut untuk menghasilkan tembikai.


Food Count




Dalam cullinaryschool.org ni juga ada permainan pembelajaran. Sambil bermain boleh anak-anak belajar sekali. Permainan yang berunsurkan matematik mudah yang boleh kanak-kanak belajar cara mengira seperti menambah.

Dimana pelbagai koleksi makanan yang akan dipaparkan seperti donut, ayam, cheese. Dari situ akan mengira berapa bilangan yang ada mengikut pada paparan dalam nota tu. Contoh dia nak donut sahaja, berapa bilangan donut yang ada dalam gambar tersebut. 

Bagus kan, boleh didik anak mengira bermula dari game, boleh terapkan ke realiti. Budak cepat pandai bila macam ni.

Ice Cream Bar




Lama betul tak main game ni. Di mana game ni memerlukan pelayan menyediakan ice cream kepada pelanggan. Kalau lambat kelam kabut la jadinya..hehee. Bagus game seperti ini, dapat didik kita untuk fokus dan cara penyediaan makanan dengan betul. Ia juga melibatkan urusan jual beli antara pelayan dan pembeli. Bila dapat buat seperti mana pelanggan mahu, kita terus rasa seronok dan nak buat lagi..hehhe.

Bagus permainan dalam ni, dapat memberi pelajaran kepada kanak-kanak dalam dunia masakan, makanan, seni kulinari dan lain-lain.



Menariknya lagi, selain game, ada juga panduan untuk membantu anak-anak memahami kepentingan memasak dan makan makanan yang sihat.

Di sini juga,korang boleh membuat pengiraan berat badan. Info lanjut boleh check dekat Weight Loss Calculator , Body Fat Calculator dan Workout Calories

Jom main game dekat sini.


SHARE 0 comments

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2