Tamashii Spot Pop Up X Ultra Heroes 2024 di Mytown - Korang nak jumpa Ultraman! Jangan lepaskan peluang datang ke Tamashii Spot Pop Up X Ultra Heroes di Central Town, Level G di Mytown Shopping Centre. Ultraman datang kembali untuk berjumpa dengan peminatnya. Seperti tahun-tahun lepas, acara ini menampilkan patung Ultraman dan persembahan Ultraman, tapi tahun ini lebih meriah untuk pengunjung. 

Tamashii Spot Pop Up X Ultra Heroes bermula 18 October sehingga 27 October pada jam 10 pagi hingga 10 malam. Temui Ultraman kesayangan korang dan anime watak lain yang dipamerkan di sini. Ultraman merupakan watak yang digemari semua, masa ni la korang boleh tengok secara dekat watak Ultraman yang ada dan juga watak anime yang lain. Jangan risau, masuk adalah PERCUMA!!

Tamashii Spot Pop Up X Ultra Heroes 2024 di Mytown



Tahun ni, Tamashii Spot Pop Up X Ultra Heroes menampilkan Ultra Hero Terbaharu iaitu Ultraman Arc. Setiap tahun pasti ada sahaja patung Ultraman baru, tu yang membuatkan pengunjung nak datang ke sini. 



Tahun ni bukan satu patung sahaja tapi dua patung Ultraman iaitu Ultraman Arc dan Ultraman Blazar.m bersaiz manusia setinggi 2 meter. Nampak patung besar ni semestinya bergambar untuk dijadikan kenangan dan post di media sosial..hehehe. 

Pelbagai Figura Dipamerkan












Korang takkan jemu bila datang ke sini, sebab boleh tengok pelbagai figura dari pelbagai watak yang dipamerkan di sini. Figura eksklusif terkini dan figura Tamashii Spot seperti figura dari Siri Ultraman, Dragon Ball, One Piece, Naruto dan banyak lagi. Nad suka tengok figura ni semua, cantik dan menakjubkan. 

Bersempena Ulang Tahun CHOGOKIN ke-50, figura eksklusif CHOGOKIN ke-50 iaitu METAL ROBOT SPIRITS WING GUNDAM ZERO dan METAL BUILD EVANGELION TEST TYPE-01 akan turut dijual sepanjang acara ini.

Nad tau ramai pengumpul figura ni kan, masa ni la korang boleh dapatkan figura kegemaran korang untuk tambah koleksi. Ada banyak pilihan korang boleh beli. Masa ni banyak promosi yang ada. Datang awal takut ada yang habis stok, yela orang Malaysia ramai suka patung ultraman dan anime. 

Promosi Tamashii Spot Pop Up X Ultra Heroes



Dengan setiap perbelanjaan sebanyak RM200 atau membeli patung Ultraman Arc S.H.Figuarts ni korang berpeluang dapat tiket Ramah Mesra bergambar dengan Ultraman Arc dan Ultraman Zero. Tiket adalah terhad, hanya 50 orang sahaja setiap sesi. Sesi Ramah Mesra pula akan diadakan sejurus selepas setiap persembahan tamat.





Selain itu berbelanja sebanyak RM200 akan mendapat Ultra Heroes Poster, manakala berbelanja sebanyak RM300 akan dapat Event Ultra Heroes paperbag dan berbelanja sebanyak RM500 boleh dapat lucky draw bepeluang menang 1 figura.

Live Show Ultraman



Paling menarik acara ini mestilah live show perlawanan antara Ultraman dan raksasa. Tahun ni Ultraman Arc dan Ultraman Zero menentang Ultraman Belial dan Bemzeed. Pelbagai aksi yang hebat ditunjukkan dan lebih mendebarkan. Memang fokus nad tengok live show ni tau, dengan music, dengan background belakang tu, macam kita tengok dekat tv, tapi ni real depan mata. 



Bahagian aksi ketika Ultraman Arc menggunakan pedang khas iaitu “ Arc Eye Sword” untuk menghapuskan raksasa memang terbaik. Tahun ini waktu persembahan juga dipanjangkan ke 20 minit, bagi memuaskan para pengunjung melihat kelincahan Ultra Hero mereka. Baru puas kan tengok aksi Ultraman.

Jadual Persembahan



Jadual persembahan adalah pada hujung minggu iaitu 19,20,26 dan 27 Oktober pada pukul 1 petang, 3.30 petang dan 6 petang.

Datang ke Mytown


Jom datang beramai-ramai temui Ultraman dan anime lain di Tamashii Spot Pop Up x Ultra Heroes. Bawa anak-anak datang sini mesti diaorang seronok punya tengok Ultraman berlawanan. Teruja habis la.

Untuk maklumat lanjut boleh layari https://www.faceboo.com/Tamashii.Nations.South.Asia
SHARE 1 comment

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2