Dato Dr Nazri Khan (DDNK) Catat Sejarah Sebagai Juara Trader Dunia 2024, Lambang Keunggulan Malaysia Di Peringkat Global - Jutaan tahniah kepada Dato' Dr Nazri Khan, atau lebih dikenali sebagai DDNK, Pengurus Dana Bertauliah yang Berlesen Malaysia, telah mencipta sejarah sebagai anak Malaysia pertama yang dinobatkan sebagai Juara Trader Dunia 2024 di pentas berprestif ‘World Cup Trading Championship’ dengan rekod pulangan sebanyak 302.5% suku pertama, 179.6% suku kedua dan 357.2% untuk suku ketiga.
Kejayaan ini bukan sahaja mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa tetapi juga membawanya menerima pengiktirafan oleh The Malaysia Book of Records dengan gelaran "Most World Cup Trading Championship Won In A Year 2024."
Dato Dr Nazri Khan (DDNK) Catat Sejarah Sebagai Juara Trader Dunia 2024, Lambang Keunggulan Malaysia Di Peringkat Global
Melihat pencapaian anak Malaysia dalam bidang Trading adalah satu kejayaan besar kepada Malaysia. Bukan semua ornag boleh berjaya dalam trading ni. Nad sendiri kagum dengan pencapaian DDNK ni.
Pencapaian ini tidak datang tanpa cabaran besar. Untuk muncul sebagai juara dalam kejohanan perdagangan yang berprestij ini, DDNK terpaksa mengharungi persaingan sengit daripada ribuan para pedagang terbaik dunia yang memiliki kemahiran luar biasa serta strategi yang canggih.
Pencapaian beliau juga adalah bukti keberkesanan kerangka Ekonomi Digital selaras dengan Ekonomi Malaysia Madani, yang menyokong pembangunan modal insan yang berintegriti, inovatif, dan kompetitif di peringkat dunia.
Dengan kejayaan ini, DDNK telah membuktikan bahawa anak Malaysia mampu membawa nama Malaysia ke persada antarabangsa, mengangkat reputasi negara sebagai pelahir pedagang berkualiti tinggi dan mampu bersaing dalam pasaran global.
“Pengiktirafan ini juga merupakan inspirasi bagi golongan pedagang dan pelabur di Malaysia mengenai kepentingan tentang ilmu pelaburan dan kewangan menerusi kelas-kelas saham yang dianjurkan.
"Saya membuktikan bahawa walaupun berhadapan dengan persaingannglobal yang sangat kompetitif, anak tempatan berpotensi untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dengan usaha gigih dan ketekunan dalam ilmu pelaburan saham
"Hanya satu harapan, kejayaan saya ini dapat menjadi pembakar semangat kepada semua pihak terutamanya golongan muda di Malaysia untuk menceburi bidang perdagangan saham khususnya dengan lebih serius dan melihatnya sebagai jalan menuju kecemerlangan," menurut Dato' Dr Nazri Khan.
Melalui pencapaian luar biasa itu, DDNK bukan sahaja meningkatkan imej Malaysia di peringkat antarabangsa tetapi juga menonjolkan potensi sebenar negara dalam melahirkan individu berkualiti yang mampu mencapai kejayaan di arena dunia.
Dengan semangat dan visi selaras dengan prinsip Malaysia Madani, DDNK diharapkan akan terus memotivasikan rakyat Malaysia untuk terus maju dan merebut peluang demi kemajuan ekonomi dan nama baik negara.
Pengiktirafan oleh Malaysia Book Of Record
Kejayaan beliau telah mendapat pengiktirafan oleh Malaysia Book Of Record dengan gelaran "Most World Cup Trading Championship Won In A Year 2024."
"Terima kasih juga kepada Malaysia Book Of Record atas pengiktirafan yang diberikan kepada saya.
"Sudah tentu, ia akan menjadi pembakar semangat dalam mendepani masa depan dan bersama mengangkat martabat negara.
“Saya akan berkongsi kejayaan ini dengan rakyat Malaysia tidak lama lagi. Saya ingin melihat lebih ramai rakyat Malaysia menjadi juara khususnya perdagangan pasaran saham demi meningkat tahap kewangan untuk setiap isi rumah," katanya.
Menang Saham 2.0
Rentetan daripada kejayaan itu, DDNK, nama yang sudah tidak asing lagi dalam pendidikan pelaburan kini kembali dengan seminar terbarunya yang dikenali sebagai Menang Saham 2.0 (MS 2.0). Ia adalah sebuah program yang direka khas untuk membantu pelabur, pedagang baru dan berpengalaman mengetahui ilmu pasaran seiring dengan mendepani cabaran masa hadapan.
Sepanjang pembabitan DDNK dalam dunia pelaburan saham, beliau telah melahirkan hampir 300,000 peserta pelaburan saham yang turut merangkumi penyertaan dalam program Menang Saham. Mereka yang hadir dari pelbagai latar belakang, termasuk mereka yang tidak mempunyai asas dalam dunia pelaburan. Menariknya, 80% daripada peserta adalah ‘newbie’.
Berfokuskan kepada pasaran global, Menang Saham 2.0 akan memperkenalkan pelabur, pedagang kepada saham-saham gergasi dunia, membimbing rakyat Malaysia dari Semenanjung hingga Sabah dan
Sarawak dengan ilmu pasaran yang baharu.
DDNK juga akan berkongsi ilmu kepada rakyat Malaysia, apakah rahsia kejayaan beliau hingga menjadi Juara Trader Dunia 2024 selama tiga musim berturut-turut.
Program ini bukan sekadar kelas pelaburan. Ia adalah platform untuk mengubah rakyat Malaysia biasa menjadi trader bertaraf global. Dengan sokongan alat inovatif, integrasi AI, dan strategi yang diiktiraf dunia, Menang Saham 2.0 menjanjikan perubahan dalam cara rakyat Malaysia melihat dan terlibat dengan pelaburan dan trading.
"Menang Saham 2.0 bukan sekadar satu kemunculan semula, ia adalah gerakan untuk memperkasakan setiap rakyat Malaysia, daripada yang baru bermula hingga trader berpengalaman, untuk berjaya dalam pasaran global menggunakan teknik yang telah menjadikan saya juara dunia. Inilah masanya untuk menjadikan trading mudah diakses oleh semua," katanya.
Jom sertai Menang Saham 2.0 bermula pada 21 Disember 2024 dan temui cara untuk membuka peluang potensi kewangan anda dengan alat dan strategi yang terbukti. Info lanjut tentang program sila layari www.menangsaham.com
Autopilot Investor
Disamping itu, DDNK turut melancarkan buku terbaru beliau, Autopilot Investor, khas untuk para pelabur, pedagang serta peserta dalam program Menang Saham 2.0 oleh DDNK bermula 21 Disember 2024 dengan pendekatan pelaburan terbaru dari DDNK.
Untuk ketahui lebih lanjut boleh layari
Website : https://www.menangsaham.com atau https://www.ddnk.ai
Facebook : https://www.facebook.com/mohdnazrikhan
Telegram : ttps://t.me/DDNKTelegramOfficial
Twitter : https://twitter.com/DatoDrNazriKhan
Talian Hotline : 014-669 4164 / 014-669 8307 / 014-669 8327
Talian Pejabat : 03-86796377
Email : support@ddnkholdings.com
ooooo ini orang nya yang iklankat radio tu ,tak hensem tak pe asal kaya hahhahah
ReplyDelete